Friday, 18 July 2014

BISKUT RAYA ~ MY FAVOURITE COOKIES

Hai...Assalammualaikum semua!

pejam celik pejam celik dah hari ke 20 kita puasa kan means dah 20 Ramadhan...

serius, sekejapnye masa berlalu, sedar tak sedar tinggal 9 hari je lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita...

mesti ramai yang dah mula buat cookies raya ni kan, so far tahun ni memang saya x buat cookies kot, teringin jugak buat sebab sometimes mood nak buat biskut raya ni tiba2 je datang..hihih tapi kalau malas jangan haraplaaa...

oven pun xde, masih banyak pekakas dapur yang x lengkap lagi apatah lagi pekakas nak buat biskut raya..hehe , kne tunggu bonus shaklee 5-6 ribu ke atas saya beli semua pekakas2 tu la...hehe...buat untuk suka2 isi masa terluang je...:P

Setiap tahun kalau dah nak raya mulala tekak ni mengidam nak makan biskut raya, maklumlah setahun sekali kan...tapi bukan semua la biskut yang saya suka...ade jenis2 jugak...jom tengok my favourite cookies...


ni memang peberet betol,cornflakes madu, nak buat pon senang, tapi malas la pulakkk..hihi
cornflakes madu antara my peberet kuih raya, kalau gi beraya habis satu balang cornflakes madu orang...hahah, teruk betol perangai...

biskut kacang atau biskut mazola ni pun sedap tau, tapi makan banyak2 cepat haus..
.kne ada air sejuk...sedapnyeee..hihihih
haaa...ni pon sodappp...dulu salu order kat mak sedara saya...samalah rupa camni
kuih makmur, dalam dia ade kacang hancur, sedap jugak ni antara my peberet cookies..
ni biskut suji peberet dari kecik lagi...suka sangat makan biskut ni...tapi lau terlebih minyak sapi agak x sedap jadi kuih ni, pernah try buat sekali, menjadi! hehe
tart nenas, dulu x bape nak gemar, tapi lately ni suka pulak makan biskut ni...

and last but not least...heheh, ni saya baru first time makan tahun ni, sekali makan terus jatuh cinta!

tadaaaa! popia nestum! ngidam sangat nak makan...dah booking 2 botol kat kawan...hhihi


tu la antara my peberet cookies, ade banyak lagi...tapi cukup la dapat tgk gambar ni rasa hilang jugak ngidam tu cket...xpe, x lama lagi melantak la kuih raya puas2...hihihi

tidak dilupa kepada mangsa MH17, semoga ditempatkan dikalangan hamba2 ALLAH yang soleh, rakyat palestin, semoga ALLAH menghadiahkan syurga buat mereka...:'(















Tuesday, 15 July 2014

#WORDLESS WEDNESDAY# MY LOVELY FAMILY#


<3 <3 <3 LAST DAY IN CAMERON HIGHLANDS 11 JUNE 2014...<3 <3 <3

Nama Anak

Assalammualaikum semua!

ceria-ceria selalu yea, semoga sentiasa sihat2 je ..hihi 
actually saya tengah buntu ni nak cari nama yang sesuai untuk zuriat saya yang bakal melihat dunia around 2 bulan lagi...dup dap dup dap perasaan ni...

pening jugak nak letak nama anak ni, saya nak letak gabungan nama para sahabat+moden, haha...tapi x tau nama apa yang sesuai...

jantina anak tak tau lagi, 2 kali scan budak ni sorokkan, malu kot agaknya, doktor kata dia kepit dengan peha so susah nak nampak...haha...memang terasa time nak scan je dia akan bergerak...seorang yang pemalu ke anak saya ni...hihih

lelaki or perempuan saya tak kesah, janji zuriat saya sihat, selamat, sempurna fizikal dan mental dia, dan juga comel!

so saya kene prepare 3 nama lelaki dan 3 nama perempuan. anyone can help me? heee



okay, babai... ;)


Monday, 14 July 2014

SET HAMIL SHAKLEE

Assalammualaikum semua...

Salam Ramadhan yang ke 16, dah separuh Ramadhan alhamdulillah saya berjaya puasa penuh tau setakat ni..hihih...sukenya! sukenya!

Alhamdulillah, kalau nak tau rahsia saya kekal bertenaga sampai hari ni boleh klik entry "Khasiat Performance Drink Shaklee"

hamil...anugerah ALLAH yang tidak ternilai, siapa yang tak suka bila dapat tau dia hamil kan, especially bagi yang baru mendirikan rumahtangga, apatah lagi yang dah bertahun menunggu cahaya mata mereka. semoga mereka tabah menunggu, mungkin ada hikmah cepat atau lambat kan...ALLAH yang aturkan segalanya...:)

Alhamdulillah, sekarang saya dah masuk 7 bulan...lagi 2 bulan nak menunggu saat2 merasa pengorbanan seorang ibu, perasaan?? macam-macam ada...takut, berdebar, gembira, excited, mcm2 ada...ya ALLAH permudahkanlah aku melahirkan zuriatku...Aamin...tolong doakan saya yea korang...

sepanjang hamil vitamin adalah suplimen wajib yang kita kena ambil, bukan je untuk kesihatan diri tapi untuk kesihatan baby yang dalam perut jugak, bila pregnant doc akan bagi b complex + iron formula + obimin.
tapi, sebenarnya....saya x makan langsung vitamin yang doktor bagi tu..hihih...sebab saya dah ada vitamin shaklee!

yea..saya gantikan semua vitamin tu dengan vitamin shaklee...dari first day dapat tahu yang saya hamil terus saya ambil stok2 vitamin saya untuk jual tu dan terus saya jadikan sebagai suplimen kesihatan untuk saya dan janin dalam perut ni...

antara suplimen asas yang wajib saya ambil ketika hamil:

  1. vita lea - merupakan multivitamin yang wajib diambil oleh ibu mengandung
  2. vita c 
  3. b complex -asid folik
  4. ostematrix - pil kalsium
SET HAMI SHAKLEE ASAS + OMEGA GUARD
1-3 bulan pertama atau trimester pertama tu je suplimen wajib yang kne ambil tau...bila masuk je trimester ke dua dan ketiga, saya cuma add on:
  1. ESP
  2. Omega guard shaklee.
ESP-Energising Soy Protein

berbaloi ke? memang berbaloi untuk kesihatan anda dan baby dalam perut, alhamdulillah sepanjang check up semua normal, baby pun sihat.

khasiat setiap vitamin:

vita lea : atasi masalah hb low (anemia) dikalangan ibu hamil, penting untuk tumbesaran anak, badan sentiasa bertenaga dan banyak lagi
VITA LEA SHAKLEE
vita c : membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi, menguatkan antibodi, mengelakkan kelahiran bayi pra matang, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, membina kolagen dll.



b complex : pembentukkan darah yang cukup, menstabilkan hormon, mencegah tekanan darah rendah, menjaga saraf ibu dan bayi.


ostematrix : membina sel dan pembentukkan tulang bayi, mengelakkan kejang otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh, kebas kaki dan tangan, mengelakkan penyakit reput tulang dan gigi, mengelakkan sembelit, tidur lebih lena dan banyak lagi.


ESP : penting untuk pembentukkan kuku rambut dan kulit, memberikan ibu tenaga, membantu aliran darah dengan baik, mencantikkan kulit bayi dan banyak lagi



omega guard : membantu tumbesaran dan perkembangan otak dan memori janin, mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi, membantu mengawal kolestrol dalam badan ibu, mengawal berat badan berlebihan, menigkatkan sistem imun.


actually memang banyakkk lagi khasiat2 setiap vitamin diatas, owh ya, my hubby pun consume semua vitamin yang saya ambil tau. ia tidak terikat untuk wanita hamil je malah untuk semua. memang vitamin yang owsem!

cubalah rasai apa yang kami rasa kalau x caya...hihi

untuk beli direct ke shaklee boleh la klik link di bawah:


Atau boleh direct whatsapp saya

Puan Farah 0132120792











Saturday, 12 July 2014

KHASIAT PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Assalammualaikum semua...

hai, hai, hai, dah masuk 14 Ramadhan dah, serius lajunya masa mengejar kita...seronok puasa tahun ni, x macam tahun-tahun lepas, saya tetap kekal bertenaga walaupun berbadan dua...

pelik jugak, dulu sebelum kahwin, i means time anak dara lagi terasa lembik je puasa, pernah rasa x larat langsung lagi-lagi bila dah jam 12.00 tengahari ke atas...perut mula pedih, almaklumlah saya ada gastrik tapi kentalkan jugak diri ni untuk terus berpuasa sebab x sanggup nak ponteng banyak hari..ekeke

actually start tahun lepas lagi saya puasa dan saya rasa bertenaga, start saya kenal dengan ESP, nama penuh dalam IC Energisng Soy Protein Shaklee, memang best sangat first time cuba saya dah fall in love dengan ESP ni, puasa saya mampu bertahan sampai petang...alhamdulillah dengan izin ALLAH..

ESP SHAKLEE

Dan sehingga hari ini ESP tetap menjadi pilihan hati saya tapi... ada satu lagi buah hati saya, antara produk shaklee yang memang jadi pujaan hati saya tahun ni haaa...PERFORMANCE DRINK SHAKLEE...

stok PERFORMANCE DRINK saya..hehe, dah bancuh simpan dalam fridge...

Apa keistimewaan dan khasiat dia yang buat saya jatuh cinta? nak tau?

jemput baca sampai habis..hehe

Antara khasiat yang terdapat didalam PERFORMANCE DRINK SHAKLEE:
  1. Membantu mengekalkan cecair dalam badan
  2. kurangkan kekejangan
  3. meningkatkan prestasi ahli sukan
  4. memberikan tenaga yang berpanjangan
Sangat sesuai untuk mereka yang:
  • Mengandung
  • Menyusukan anak
  • Para atlet
  • Mereka yang berpuasa untuk kekal bertenaga
  • Lelaki dan wanita
  • Kanak-kanak
  • Warga tua
  • Demam
rencana kesihatan 2013
minuman ini juga diambil oleh para atlet terbaik dunia seperti Caryn Davies pemegang pingat emas dalam sukan berkayak.

kerana PERFORMANCE DIRNK SHAKLEE merupakan minuman isotonik yang membantu penghidratan sempurna dan mengekalkan tenaga yang juga mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.

karbohidrat ringkas yang terdapat dalam PERFORMANCE DRINK SHAKLEE adalah glukos dan fruktos yang berfungsi mengekalkan tenaga serta merta dan maltodekstrin yang membekalkan tenaga berpanjangan.

lagi yang best!
  • Rasa oren, sedap!
  • Best minum sejuk2!
  • harga? tak sampai rm70 pun!

actually, PD+ESP+MEALSHAKE merupakan set mighty 3 gems, kami panggil set berpuasa lengkap, tapi mealshake saya x pernah cuba lagi, mereka kata rasa vanilla, maybe next Ramadhan saya akan add on mealshake sebagai menu sahur saya pulak...hihi

p/s: nak beli set berpuasa lengkap direct to shaklee? boleh klik link "set berpuasa lengkap" atau roger2 saya yea.

jom sihat bersama SHAKLEE!

PUAN FARAH
0132120792
SID 953262
COD AREA MELAKA SAHAJA










Thursday, 10 July 2014

Ketupat Rendang

salam semua!

lamanya x update blog..memang dah bersarang lebah, burung semua ada..hehe, last update 9 month ago...lahai, teruknyaaa... ni angkara lupa email & password, nasib baik jumpa balik, puas cari sticky note yang i pernah tulis email & password untuk blog ni..

okay cukup!

Baru masuk 12 Ramadhan, Fasa kedua dalam bulan ni, fasa pengampunan. Alhmdulillah i dapat puasa penuh setakat ni, tak de ponteng lagi, kekal bertenaga gara-gara PERFORMANCE DRINK SHAKLEE & ESP SHAKLEE la ni...hehe

Tajuk nak selera kan, ketupat rendang, actually raya ni raya yang x sama cam raya lepas2, dulu bujang sekarang dah berdua dan hampir bertiga, dulu kalau nak raya last Ramadhan i dengan my lovely mum mesti dah start masak awal2 pagi...So, kami sekeluarga akan iftar dengan juadah ketupat rendang..

tahu tak? masakan ibu paling sedaaaapp kat dunia ni...tanyalah sapa2 pun pasti mereka akan kata masakan ibu dia paling sedaaap...rindu nak makan ketupat rendang ibu...sedapnyeee lahai x terkata!




                                           sumber gambar dari mr google

ibu tengah demam, tolong doakan my lovely mum sihat yea...terima kasih...:)