Friday, 22 August 2014

TIPS MUDAH BERSALIN- BY RAKAN-RAKAN FACEBOOK

Assalammualaikum semua...

semoga sihat2 dan ceria2 selalu k...by the way, saya dah selamat masuk ke minggu yang ke-36, belum selamat bersalin lagi..hihi,

hari ini hari jumaat 22/08/2014 genap usia kandungan saya 36 minggu = 9 bulan...
doctor cakap 36 minggu baby dah boleh keluar sebab dah matang... saat2 macam ni memang tiap malam saya terbayangkan saat saya nak deliver baby nanti...macam mana la ye rasa sakit nak bersalin...huhu seram sejuk makkk...

selain persedian dari peringkat awal pregnant dengan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE, saya juga kena buat persedian dengan mengambil set pantang shaklee terus, so, pasal masalah kesihatan dalaman saya xde masalah, dengan izin ALLAH alhamdulillah dari first check up until now semua normal. dan saya bawak sekali set ni pi hospital nanti...nanti saya cite kat entry lain pulak persediaan barang-barang untuk ke hospital okeh!
so dah tak yah pening2 cari set pantang lain...



cuma, yang saya risau sebelum berpantang kenalah bersalin dulu kan..hihi, tapi macam mana nak kurangkan kesakitan ketika bersalin tu? saya tau bersalin tu sakit...tapi saya yakin mesti ada cara untuk kurangkan kesakitan time bersalin tu...banyak tips yg saya baca kat blog, buku hamil semua, dan kita boleh apply time tiba masanya nanti...tapi dalam buku & blog tu terlalu panjang & complicated kadang2 malas nak baca, jadi saya minta rakan2 fb saya yang pemurah yang dah ade experience untuk share sendri tips mudah nak bersalin...

apa-apa pun kita kena jugak atasi rasa risau dan takut tu...in sha ALLAH, ALL IS WELL! 

saya dah printscreen untuk kita apply kan bersama especially yang xde experience nak bersalin ofkoslah for the first baby...






okay secara ringkasnya daripada perkongsian rakan2 di alam maya, plus pesanan directly or indirectly dari orang2 sekeliling saya (suami, ibu, kawan-kawan, saudara mara, doktor, nurse)  , tips mudah bersalin adalah:
  1. amalkan surah maryam, x sempat baca pun cuba dengar, cth: otw nak g jalan tu pasanglah kat kereta surah Maryam.
  2. istighfar/selawat/3 qul/ zikir (laa ila hailla anta subhanaka inni kuntu minozzholimin), ni time nak deliver lagilah digalakkan kita menyebut ayat-ayat azimat ni semua, jangan menjerit melolong sakit...nanti nurse marah..hihi
  3. banyakkan berjalan-jalan, (jalan kaki) g windows shoping, pantai, bersiar2 kat taman ke, menyapu rumah, mop rumah, pergerakkan kena selalu walaupun slow dan kerapkan lagi aktiviti berjalan apabila dah ada tanda-tanda sakit nak bersalin.
  4. Minta maaf pada suami, ibu ayah, parents in law, saudara mara, rakan2 & etc, doa mereka sangat penting bila tiba waktu tu nanti...
  5. minum air selusuh dan vco (virgin coconut oil) air dan minyak ni mestilah dibaca dengan surah maryam, yusof, toha dan sewaktu dengannya, (minum time dah rasa betul2 sakit)
  6. kalau xnak kena induce, pastikan pergi hospital bila kita dah betol2 rasa sakit yang kerap, anak sulung mostly ramai yang sakit agak lama.
  7. dan yang paling penting dari sekarang kena positif, set kat minda ALL IS WELL...dan semestinya dengan izin DIA...maka berdoalah minta pada DIA moga diringankan sikit rasa sakit bersalin ni...
Papepun, tqvm pada yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing serta nasihat dan tunjuk ajar yang sangat berguna, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian..

okay...doakan saya selamat bersalin dan dapat zuriat yang sempurna akal dan fizikal dan comel! hihih

bye!

with love,
farah-mom to be <3












Friday, 8 August 2014

HERBAL BLEND MULTI - PURPOSE CREAM (SHAKLEE ESSENTIALS)

Assalammualaikum!

just want to sharing my hubby testimonial..;)



saya guna cream ni untuk sapu strecthmark kat perut, almaklumlah bila perut terus  membesar mesti strecthmark ni muncul, krim ni pelbagai guna, terkena minyak panas ke, gatal-gatal ke, gigitan serangga ke boleh cuba sapukan krim ni.

okay jom layan gambar jela yea...nak try kena beli sendiri..hihi


.


boleh whatsapp saya untuk anda memiliki krim ajaib ni, harga? murah je...;)

pengedar shaklee anda,
puan farah 953262
0132120792

Nur of Happiness: RESEPI MEE GORENG SEDAP

Nur of Happiness: RESEPI MEE GORENG SEDAP: Assalammualaikum semua! rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam yang berjaya puasa pada bul...

Thursday, 7 August 2014

RESEPI MEE GORENG SEDAP

Assalammualaikum semua!

rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam yang berjaya puasa pada bulan Ramadhan yang lepas, sambut raya sebab kemenangan kita selepas berjaya berpuasa selama sebulan kecuali bagi mereka yang sedang dalam keuzuran dimaafkan.

tajuk entry nak perasan kan...ehehe..sebenarnya ni menu breakfast kami suami isteri pagi tadi, hari ni tetiba terajin plak masak mee goreng ni, kalau x jangan haraplaaa, saya la orang paling "rajin" kot nak sediakan breakfast pagi2 ni...lagi2 sebelum kawen dulu, after kawen memang terasa berat la nak wat breakfast, tapi sebab suami perlukan breakfast jadi saya pun kenalah sediakan tiap-tiap hari, asalkan ada roti pun jadila dengan segelas air manis. (nasib baik suami x berapa nak cerewet) hihih, suami pun terkejut hari ni ada mee goreng...hahah, isteri yang rajin sangat..(ikot mood)

okayla, actually saya ni dulu suka jugak makan mee goreng, seingat saya mee goreng paling sedap saya makan kat satu kedai ni tapi kat kelantan, pastu tiap kali p makan kat luar memang semua mee goreng x menepati citarasa anak tekak saya ni.. ade je yang x kena dengan selera saya...so, saya google la nak cari mee goreng sedap punya, satu hobi saya suke google gambar makanan sejak dari zaman university lagi..haha

okay saya saja nak share resipi kat cni takut lupa, saya amek resipi ni dari satu blog ni x ingat plak blog apa, tapi saya dah ubah ikut selera saya la...mee goreng sedap, sedap ikut tekak saya la kot..hihi, tapi puas hati bila suami makan bertambah..walllaaa! sedap la kot..haha

MEE GORENG SEDAP

bahan-bahan:
  1. Mee kuning sepeket
  2. setengah biji bawang besar (tumbuk kasi lumat)
  3. 3 biji bawang putih (tumbuk kasi lumat)
  4. 2 sudu besar cili kering yang dah dikisar
  5. segenggam kacang tanah yang dah digoreng dan ditumbuk halus
  6. udang dan sotong
  7. sawi dan taugeh
  8. 1 sudu besar sos tiram
  9. 1 sudu besar sos tomato
  10. 1 1/2 sudu sos cili
  11. 1 sudu kicap pekat
  12. sebiji telur
cara-cara

1) tumis dulu bawang besar dan bawang putih yang dah ditumbuk sampai naik bau.
2) kemudian masukkan cili kering, masak hingga cili garing (jangan garing sangatla, agak2 okay), kemudian masukkkan udang dan sotong
3) agak2 udang dan sotong dah masak masukkan sos tiram+sos tomato+sos cili+kicap pekat tadi.
4) kacau dan kacau kemudian pecahkan telur dan kacau lagi..
5) pastu boleh masukkan kacang yang dah di tumbuk hancur tadi.
6) masukkan mee kuning yang dah dileraikan dan last sekali masukkan sawi dan taugeh.

siap dan boleh dihidang! nak sedap goreng telur mata dan letakkan sos cili cket atas telur tu dan boleh dimakan..nyum2!

tadaa! siap untuk dimakan!
INFO:

okay, share info cket sepinggan mee goreng bersamaan dengan 376mg kolestrol, sedangkan bagi individu normal jumlah kolestrol yang diperlukan tidak lebih dari 300mg sehari.

manakala bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung mestilah kurang dari 200mg sehari.

sepinggan mee goreng je dah lebih had...ayoyo...tapi saya x risau, shaklee kan ada...hihih, (baca dengan nada iklan ptptn) :p hihi

pas makan saya dah siapkan omega guard utk saya dan suami.

banyak kan? tapi x banyak pun sebab share ngan suami tu...hihih, sorang sebiji,
oste je kne banyak cket sebab baguss untuk tulang!

actually supplement yang terbaik untuk block kolestrol dari terus serap ke salur darah kita adalah Phytocol-st shaklee yang baru dilancarkan bulan jun hari tu...
dalam perancangan nak bli...tapi saya nak beli set pantang shaklee dulu coz due saya nak bersalin dah x lama lagi...

owh yaaa...vitamin2 dalam gambar tu actually set hamil saya, tapi lelaki pon boleh ambil, best kan shaklee ni...hihi, penjimatan berganda, kesihatan jugak berganda! boleh men share2 pulak...;)

dup dap dup dap, moga saya senang bersalin nanti...Aamin...

nak try set hamil? set pantang shaklee? atau produk2 shaklee yang lain?

boleh contact saya terus...
pengedar shaklee anda
Puan Farah sid 953262
wassap 0132120792