Wednesday, 24 September 2014

NUR NAILAH INSYIRAH- my little princess

Assalammualaikum semua!

Rasullullah bersabda "setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa yang menjadikannya yahudi, Nasrani ataupun Musyrik" (sahih Muslim)

Nur Nailah Insyirah, entry terbaru hari ni.hhihi...actually nama ni nama my little princess, my sweetheart, my love dunia akhirat..siapa tak sayang anak kan, selama 9 bulan lebih kita bawa dia dalam perut, tengok perkembangan dia menendang2 perut kita, perasaan yang tak dapat digambarkan saat tu, and bila lahir pulak tengok  muka dia terdetik kat hati  "laa ini dia budak yang duk dalam perot ibu yea..."

Nur Nailah Insyirah seindah nama mu anak, cahaya yang sentiasa memberi kebahagiaan, nak letak nama anak bukan mudah, saya dan suami naek pening pk kan nama baby, last2 saya suruh adik saya farhan carikan nama yang sesuai untuk puteri kecil ni. sampai tak tidor pak ngah dia cari nama..haha

NUR = CAHAYA
NAILAH= YANG SENTIASA MEMBERI/ NAMA ISTERI SAIDINA UTHMAN
INSYIRAH= KEBAHAGIAAN/ KEGEMBIRAAN/ YANG MELAPANGKAN DADA

Koleksi Nama Anak Terindah oleh Marzuki Mohd Noor

Sempat gi beli dekat Mydin Mitc beberapa hari sebelum melahirkan my little princess Nur Nailah.
overall buku ni memang best sebab ada nama tokoh-tokoh Islam lelaki dan perempuan beserta kisah mereka, senarai nama anak lelaki, anak perempuan, gabungan nama terindah anak lelaki dan perempuan dan juga senarai nama-nama yang dilarang.


Nailah- yang suka memberi

Insyirah- kegembiraan/kebaikkan hati/kelegaan/kelapangan
kebetulan ade nama anak saya dalam buku ni...hihi, suka sangat2...bila adik bagi nama ni saya rasa terus suka especially bila tau maksudnya yang sangat indah & bila tanya suami dia pun tak kisah,so inilah nama terpilih untuk my little princess. 

hari ke 5 suami daftarkan nama si kecil ni kat jabatan pendaftaran...

tadaaaa!
My Kid Nur Nailah Insyirah

yeay! officially namanya tertulis di surat beranaknya..hihi
tak lama pun gi daftar nama si kecil ni, dalam 20 minit siap, siap ada mykid lagi...

hai Nur Nailah Insyirah, moga dikau menjadi anak yang seindah namamu, yang sentiasa memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua orang especially ibu dan ayah mu nak...

doa ibu untuk Nailah...

"ya ALLAH, dia puteri solehah kami, dia permata kami, satu pintaku, moga dia sentiasa didalam peliharaanMU, didalam perlindunganMU, jika Kau ingin mengambilnya ambil lah dalam keadaan yang Kau redhai, moga Nur Nailah Insyirah akan menjadi penghuni syurgaMu."


p/s: Nur Nailah, sedikit coretan ibu buat adik bila adik dah besar nanti, kalau ibu yang pergi dulu Nailah kuat ye nak, ibu sayang sangat2 kat adik, adik kena jaga diri, jadi hamba yang bertaqwa ye sayang.

p/s: ibu tidak tenang tanpamu sayang!



WITH LOVE,
Ibu MU...

Saturday, 20 September 2014

PENGALAMAN BERSALIN CAESAR

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan seorang puteri solehah pada tarikh 3 september 2014 jam 12:29 pm, btw bersalin secara caesar/operation disebabkan anak songsang dalam perut. okay, mula2 memang terasa sedih sebab saya teringin sangat nak rasa sakit bersalin normal, nak sangat rasa tapi apekan daya ALLAH yang aturkan semua ni, DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya...

actually, doctor bagi 2 option dekat saya masa g appointment dengan doctor pada 28/8/2014, option pertama doc nak pusingkan sendiri, tapi ada risiko yang saya rasa saya x sanggup sebab melibatkan baby, risiko nya jantung baby boleh jadi lemah, usus boleh pecah dan ada lagi risiko lain...

option kedua operation terus, after diskas dengan suami dan ibu tersayang saya pilih option kedua... sebab apa? sebab baby saya sihat2 je, saya pun xde masalah pape, so pilih jela caeser dengan izin ALLAH dua2 selamat.

saya kena admit sehari sebelum operation 2/9/2014, sebelum jam 8 pagi dah sampai untuk register kat kamar bersalin, ditemani suami tercinta tapi sedih dia x bley masuk...;( okay macam2 jugak proses dalam kamar bersalin ni, kne scan semula untuk kepastian, amek darah, pasang tiub darah kat tangan semua..mula2 saya dipanggil masuk untuk tukar baju pink yang agak besarr, then nurse bertugas ambil tekanan darah, berat, urine test bagai macam biasalah.

kemudian saya disuruh tunggu...hmm, ramai ibu2 yang dah nak bersalin kat dalam tu, macam2 masalah yang ada kat dalam kamar bersalin tu dengan keadaan yang agak sibuk sangat rimas time tu..beberapa jam kemudian doctor panggil ambil keterangan semua tentang saya & baby, banyak soalan, kemudian ditulis dalam satu borang., beberapa minit dipanggil lagi untuk ambil darah dan scan baby semula, scan untuk kali yang terakhir, yesss still breech lagi, 

"okay puan, malam ni start puasa yea, tunggu kami bagi katil" doctor yang scan dah cakap gitu confirm2 la esok nya saya akan dioperat...

satu mesej dari suami tercinta, "tabah k sayang" berjujuran air mata, air mata sayu, gembira, takut, semua perasaan ada...yea, memang kami x sabar nak tengok zuriat kami, at d same time saya sebak sangat2 sebab saya dah nak jadi ibu. perasaan yang xdapat digambarkan bila kita sendri serah diri untuk di operate...

jam 6 petang saya ditempatkan di wad perbidanan, disebabkan suami kerja goverment dapatlah saya duk dalam bilik 3rd class kat spital tu. waktu melawat semua datang, ibu, ayah, dan juga parents in law. 

bila habis je waktu melawat suami dan ibu ayah nak balik, time tu saya x dapat sorokkan air mata yang mengalir laju macam ujan lebat...sebak sangat bila salam encik suami dan ibu...ibu pesan kat telinga " kak long kena kuat nak jadi ibu", nampak dah mata ibu merah..huhu suami hanya pandang dengan pandangan sayu, "abang balik dulu k"

nampak dia berat hati nak tinggalkan saya keseorangan. okay, berderai air mata  n x bleh dah nak pandang dyoerg yang keluar dari bilik tu...


after dats bermula la rutin nurse cek tekanan darah, suhu badan semua. jam 12 saya disuruh puasa, memangla saya pun x kuasa nak makan dah tgh2 malam dah pnt sangat rasa, tapi sebelum tu saya minum susu ESP SHAKLEE, telan suplement set hamil dan kurma 10 biji.

letak dalam pilbox yg flexible boleh dibawa kemana2,,
jam 4.30 pagi saya dikejutkan untuk mandi dan tukar baju putih...jam 7 pagi pulak nurse dah pasang tiub dekat pundi kencing, huh! rasa nk nanges ALLAH, x selesanya, sakit nya memang semua posisi duduk baring x kena...sakit!

saya kes kedua & dijangka turn saya pagi. okay, jam 11.30 pagi, nurse suruh saya bersedia sebab sekejap lagi saya akan ditolak ke bilik pembedahan, tetiba rasa nervous semacam...

saya diberi minum ubat yang agak payau masin2, yaksss..nak muntah balek je rasa, ubat tu untuk elakkan saya diserang gastrik after opertion nanti...beberapa minit kemudian saya dibaringkan diatas katil tolak yang keras kejung, keluar melintasi orang ramai untuk ke kamar bersalin, waktu tu hanya ALLAH je yang tau perasaan ni bila nampak ibu & suami yang sedang menunggu di luar...

"kuat ye nak" terdengar suara sayup2 ibu memberi semangat...sebak sangat2 waktu tu...yea, teringat pengorbanan ibu dari saya kecil hingga sekarang, terlalu banyak, x terbalas...kasih sayang ibu, kelembutan dia, ya ALLAH x sanggup rasanya kehilangan insan mulia ni, xde siapa boleh gantikan dia, biarlah kalau boleh saya pergi bersama ibu, walaupun dah mempunyai sorang zuriat, ibu tetap bersusah2 untuk saya, dan impian saya yang mesti saya capai jadi master shaklee, saya serius sangat2 nak buat ibu hidup senang, nak bawak dia pergi haji, melancong, saya nak sangat3!

selamat tiba di bilik pembedahan, ramainya petugas dalam bilik tu, seorang petugas lelaki yang berumur lingkungan 40 an menenangkan saya..."kuat ye puan, puan nak berjuang, ingat ALLAH, selawat, istighfar, puan nak jadi ibu, jangan takut okay, puan boleh." terasa saya kembali bersemangat, mulut memang tak lekang menyebut nama ALLAH, saya dibangunkan dibantu dengan 4 orang petugas dalam bilik operation tu untuk 2 suntikan di tulang belakang saya, saya diberikan bantal untuk peluk sekuat mungkin sewaktu disuntik. suntikan ubt bius separuh badan. x sampai beberapa saat saya terasa kebas dari bawah dada hingga ke kaki. 

"puan, kita nak mula yea, ingat ALLAH" satu sifat petugas2 dibilik pembedahan yang amat saya kagumi, yea, itu sahaja pesanan mereka untuk saya, semoga ALLAH balas segala jasa mereka dengan seribu kebaikkan.

terasa perut dirabak, seperti digodak walaupun x sakit, gigi bergetar dengan kuat, saya menggigil sangat kuat, kedua tangan diikat ditepi katil, saya x mampu nak buat apa selain menyebut nama ALLAH. beberapa minit kemudian terdengar suara tangisan nyaring si kecil, ALLAHUAKBAR, mengalir air mata saya saat tu walaupun bahagian muka saya bergetar sangat kuat, baby terus dibawa ke muka saya. 

"puan nampak x jantina anak? tanya petugas india yang sedang memegang baby. yea, subhanallah anak perempuan, (sebelum ni scan x pernah nampak jantina dia, dan ramai doc yang jangka lelaki, tapi firasat saya anak saya perempuan)

baby diletakkan atas dada saya dan disuruh saya cium, kemudian dibantu menyusukan baby saat tu saya menangis, saya lupa perut saya sedang dijahit...alhamdulillah baby keluar dengan sihat, takde jaundis walaupun berat dia 2.5 kg & risiko kena jaundis sewaktu lahir tu tinggi. baby saya selamat daripada duduk di nursery, jam 3.30 saya dibawa keluar dari kamar bersalin, ibu setia menunggu, saya tersenyum sempat menjerit kat ibu baby perempuan, en suami ke toilet kata ibu dia asyik buang air dari ko masuk bilik bedah sampai sekarang. hehe...disebalik wajah yang tenang saya tau dia sangat risaukan saya dan baby.

baby selamat diazankan dan diiqamatkan oleh ayahnya. kemudian dihantar ke kaunter supaya nurse dapat jaga baby sementara saya baring.

6 jam saya tidak dibenarkan bangun dan dibaringkan tanpa bantal. ubt bius makin hilang, sakit mula terasa bila saya bergerak sedikit, jam 12 malam saya dibangunkan nurse untuk minum sedikit demi sedikit untuk elakkan muntah. alhamdulillah saya x muntah, gastrik pun xde, mungkin penangan ESP SHAKLEE...cuma agak pening bila nak bangun.

Beberapa jam saya dibangunkan untuk makan ubat, jam 4.30 pagi saya disuruh bangun untuk ke toilet tukar baju, jam 5 pagi baby diserahkan dekat saya..waktu tu hanya ALLAH yang tau bila saya dapat pegang sendri baby saya, dalam keadaan sakit saya berusaha untuk breastfeed baby. 

baby saya pulak bila menangis boleh kata sampai luar wad boleh dengar, nyaring yang amat, gelabah saya dibuatnya,,hehe, maklumlah baby org lain semua nyenyak tidor, baby saya x henti nanges lagi2 bila saya letak...memang rasa penat sangat2 saya xdapat tidor dalam keadaan sakit lagi, air susu xde, saya menangis! saya rasa nak balek jumpa ibu dan suami...nak mereka ada bersama...baby menangis sebab lapar...sampaikan saya mengadu dekat nurse saya xde air susu, baby lapar, tolonglah saya..

"saya x boleh tlg puan, puan tetap kena bagi susu badan dekat dia, positif k, suapkan je dalam mulut baby selalu dan yakin ada susu, setiap ibu yang melahirkan anak automatik akan ada susu, ALLAH maha mengetahui.,baca ya Matin 70x baca ayat yang ke 60 dalam surah al baqarah" pesan nurse tadi...wow, start tu saya mula positif, saya tekad nak breastfeed baby saya, saya xkan bagi dia minum susu formula. yea, walaupun susu masih xde mulut saya x lekang berdoa dan minta ALLAH tlg.

alhamdulillah dengan kuasa ALLAH dan fikiran positif yang mereka ajarkan beberapa jam kemudian saya dapat susukan dia, gembiranya hati ini. keajaiban yang memang xdapat disangkal lagi...

4 hari dok kat wad, penat sangat2 rasa bila kita uruskan baby sorang2, esp kita dalam keadaan sakit dan terbatas pergerakkan..mengadu kat ibu dan suami, menangis rasanya dah bertong2 airmata saya time kat wad tu.

hari ke3 tu masuklah sekumpulan nurse2 yang sedang berpraktikal, baby saya jadi perhatian, sorang nurse tiba2 tanya saya, "awak jual shaklee kan??" haha...terkezut makk..."cne akak tau?" "alah saya tgk fb kwan saya ade like gmbr baby shaklee awk tu kt wall suami awak, tgk baby cm kenal, betul la ni...wah, comelnye baby shaklee ni, cantik kulit dia"...sorang nurse lagi pulak cakap "wah pasni aku kne consistent minum ESP ni"...hahaha...okay, saya teruja sekajap bila nurse2 tu pun sedang consume shaklee..


fresh baru keluar dari oven..hihihi

hari yang ke 10.

rasa x menyesal je amek set hamil time saya hamil dulu, hasil dia saya dah nampak, syukur sangat2 pada ALLAH, now saya sedang terus amalkan set pantang pulakkk...


set pantang shaklee

saya agen shaklee, juga pengguna shaklee, saya consider membantu dan mencadangkan anda set shaklee yg terbaik utk anda...kesihatan tidak boleh dibeli, tapi ia boleh dijaga dengan pengamalan pemakanan tambahan yang sihat, selamat, berkesan dan mesra alam. saya sudi membantu.


with love,

puan farah sid 953262
whatsapp 0132120792
cod area melaka tengah.