MAKANAN KAYA ZAT BESI UNTUK WANITA HAMIL & MENYUSU ~
Assalammualaikum. Entry Farah hari ni berkenaan dengan kepentingan zat besi bagi ibu hamil/ menyusu serta sumber makanan yang membantu dalam membekalkan keperluan zat besi untuk para ibu. . Ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi (iron). . Zat besi merupakan kompenen pembentuk hemoglobin (HB) dalam sel darah merah di dalam darah yang berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh sel-sel tubuh. zat besi amat penting kepada ibu hamil dan menyusu ini kerana kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat, keletihan, kelesuan, jantung berdebar-debar, mudah sakit kepala, penyembuhan luka yang lambat, pendarahan, serta kaki bengkak. . Bagi ibu hamil yang kekurangan zat besi akan lebih berisiko terkena penyakit Anemia, cepat letih dan lesu, lemah jantung & mengalami kehilangan darah yang banyak. . Komplikasi pada bayi pula, tumbesaran bayi akan terbantut dan berisiko menghadapi ke