Kelebihan bisnes Shaklee, anda patut tahu.
Hi, Assalammualaikum,
Selamat pagi pembaca yang dikasihi.
Okay Farah terus ke point je lah ya, nanti karang Farah bagi ayat bunga-bunga mesti korang malas nak baca, hihi, kalau Farah suka baca terus lompat ke point je, ayat bunga-bunga ni kalau ada masa kena storytelling dia superb tahap langit ke-7 memang terlayanlah jugak. herherher
Baiklah, seperti tajuk yang Farah highlightkan diatas, "kelebihan memilih Shaklee sebagai bisnes anda" jadi Farah akan fokus pada kelebihan yang ada pada perniagaan MLM SHAKLEE. ha dengar MLM je nak boikot lah tu.errrr nanti tunggu dulu, baca sampai habis dulu lepastu boleh putuskan nak boikot MLM Shaklee ke tidak, ok? yes, Shaklee adalah perniagaan MLM, tapi tak kan sama dengan MLM yang telah membusukkan nama MLM itu sendiri, korang tak kan jumpa MLM setelus dan seadil Shaklee, tiada selindung disebalik namanya yang gah dipersada dunia tau, dah bertapak kat Malaysia je lebih 50 tahun. eh, nanti Farah sambung dalam point untuk tajuk ni. okay? setiakan bacaan anda. hehehe
Jap nak tanya, ada tak rakan-rakan pembaca yang sedang bekerja? atau suri rumah tanpa pendapatan sekarang ni? kalau yang dah bekerja gaji korang cukup tak nak buat saving 20% setiap bulan secara konsisten dan berjaya cecah RM50K simpanan selama 5 tahun? kalau ada kira ok sangat, Alhamdulillah, tapi kalau yang tak de? ha ni yang Farah nak membawang ni. hihi
atau lagi satu ada tak rakan-rakan pembaca yang nak setelkan loan rumah dan kereta dengan cepat, kalau korang rajin baca blog tentang kewangan, ada juga diajar cara nak habiskan loan dengan cepat, caranya bayar extra setiap bulan, bila cepat habis bayar kita boleh jimat beratus ribu ringgit sebab jumlah interest tu menjadi lebih rendah. tapi kalau gaji pon cukup-cukup makan je, dengan kos sara hidup makin tinggi macam mana nak menyimpan ye tak?
sebab tu walaupon bekerja, berniaga bukan lagi pilihan, tapi pastikan perniagaan yang kita usahakan tak mengganggu kualiti kerja korang yang sedia ada, dan dalam banyak-banyak bisnes, bisnes online adalah yang paling sesuai.
dalam banyak-banyak bisnes, bisnes Shaklee adalah yang paling mudah dan praktikal, sambil bekerja pon boleh menjana infiniti income tanpa mengganggu kualiti kerja yang sedia ada. jadi sekarang ni Farah nak rungkai kenapa korang wajib pilih bisnes Shaklee sebagai bisnes sampingan atau bisnes sepenuh masa korang. apa kelebihan yang ada pada Shaklee dan tak de pada bisnes lain. marii teruskan kesetiaan anda membaca entry Farah kali ini, hihi
1) Modal kecil, untung besar.
Dalam perniagaan Shaklee tiada paksaan untuk korang keluar modal beribu-ribu untuk pendaftaran atau buat stok barang, Modal rm75 sahaja untuk keahlian. tak sampai seratus pon tapi since korang serius berbisnes dalam Shaklee, Shaklee boleh bayar bonus berlipat kali ganda, 3,4,5,6 angka? semua korang punya. korang boleh pilih nak daftar secara percuma pon ada, ha ni lagi gila, free-free je join ahli lepas tu boleh pulak dapat bonus tak masuk dek akal. fuh!. tapi ada syarat lah kan, korang ni pon fikirlah logik, mana ada dalam dunia ni semuanya senang, ingat ni perniagaan magic ke, join je ahli tak buat apa-apa terus kaya. haha
2) Income Shaklee dari pelbagai penjuru.
Shaklee menawarkan cash, car bonus dan juga convention kepada pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan. dari segi cash korang boleh dapat on the spot hasil dari keuntungan runcit dan juga bonus bulanan hasil jualan produk Shaklee yang akan dibayar pada pertengahan bulan kebiasaannya. Shaklee tak pernah miss untuk bayar bonus kepada semua pengedar Shaklee yang cukup kelayakkan. Car bonus pula, bonus yang diberikan dalam bentuk cash jugak, tapi sukahati koranglah nak guna duit tu untuk ambil kereta baru ke atau simpan saja duit tu bagi lagi gemuk, hihi. Convention pulak,
Shaklee belanja korang trip melancong secara percuma setiap tahun. ada dalam dan luar negara, nak pergi Umrah pon boleh pergi Shaklee taja sepenuhnya korang.
Shaklee tidak meletakkan had sama sekali terhadap pendapatan yang anda boleh perolehi, bukan setahun tetapi setiap bulan. lagi best, sistem bonus Shaklee ni unik dan tidak boleh ditiru, Sistem ini telah dipatent oleh Shaklee, di patent ni maksudnya tiada syarikat MLM lain yang boleh meniru cara pembayaran bonus Shaklee, kalau tiru boleh dikenakan saman tau. bayaran bonus dari 2 angka sehingga ken infinity. (angka yang tak de kesudahannya) wow ke wow sangat? hehe
3) Shaklee company yang kukuh dan stabil
ada ke yang baru kenal Shaklee? Farah baru kenal 5 tahun lepas, hihi, kenal-kenal terus cuba, then terus register keahlian percuma sebab tak tahan nak share kebaikkan Shaklee kat semua orang. okay
lebih 50 tahun Shaklee beroperasi di Malaysia jadi memang tak perlu ragu-ragu lagi nak buat bisnes ni sebab dah terbukti ramai yang berjaya dengan bisnes Shaklee ni. sebuah syarikat yang kukuh dan tak pernah gagal lagi terlambat bayar bonus kepada kami setiap bulan. tak pernah ok! walaupon keadaan gawat cam mana sekalipon bonus akan masuk dalam akaun ON TIME.
4) Produk hebat dan berkualiti tinggi.
yang ni antara paling utama dalam Shaklee, Shaklee ada produk yang bermutu dan berqualiti tinggi. nak sebar kebaikkan mestilah produk yang selamat untuk digunakan kan?. tentu rasa bersalah sangatkan kalau kita nak suruh orang guna produk yang belum tentu lagi selamat. produk Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, tanpa bahan kimia yang merbahaya sejak dari proses penanaman sehinggalah kepada end product. Mereka juga mempunyai saintis tersendiri yang akan membuat ujian klinikal tentang produk mereka, berbillion USD mereka laburkan untuk melakukan ujian klinikal dan landmark study.
Shaklee ada pelbagai produk untuk seisi keluarga, dari kanak-kanak hingga ke warga emas, untuk rumah pon ade, skincare pon ada. nak cantik, nak sihat, nak kurus, nak bersihkan rumah Shaklee ada jalan penyelesaiannya. semua natural tau. bestkan?
falsafah Shaklee, sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. since 1915 lagi, lebih 100 tahun inovasi produk yang telah dihasilkan oleh Shaklee, jadi Shaklee bukan company cikai-cikai ya. Shaklee sentiasa komited dalam memastikan semua produk-produknya adalah sentiasa selamat daripada bahan merbahaya, Shaklee juga sudah ada banyak bukti dan kajian diterbitkan dalam jurnal terkenal. kajian klinikal juga menunjukkan peningkatan kesihatan dikalangan para pengguna produk Shaklee. oh ya, para atlet, explorer bertaraf dunia dan juga angkasawan NASA sudah menggunakan produk Shaklee sepanjang misi mereka.
5) Sangat fleksibel, boleh buat secara part time.
Mudah, bila customer order kita cuma perlu akses ke dalam website Shaklee dan klik icon shopping untuk order barang, Shaklee akan terus poskan barang sehingga depan pintu rumah customer. korang tak perlu berkejar-kejar ke pejabat pos lagi dah, banyak jimat masa terutamanya mereka yang masih bekerja sepenuh masa. nak buat stok dalam tangan lagi bagus, sebab ada customer yang tinggal berdekatan nak cash on delivery boleh terus hantarkan.
6) online bisnes @ zero cost marketing
untuk memasarkan produk Shaklee kita boleh gunakan pelbagai medium percuma yang sedia ada, contohnya di instagram, facebook, whatsapp, telegram ataupon di blog. semua ni adalah zero cost marketing tanpa perlu keluarkan modal untuk mempromosikan produk Shaklee.
7) bimbingan mentor dan support group yang hebat
bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli sebab nak buat bisnes, korang akan dimasukkan ke dalam group eksklusif di facebook, whatsapp atau telegram. kelas online akan diadakan dari semasa kesemasa. kelas online sangat membantu bukan sahaja korang dapat ilmu tentang bisnes malahan ilmu tentang kerohanian juga akan diberikan, bestkan?
disediakan juga projek-projek yang best oleh mentor-mentor Shaklee seperti #projekbuatduitRM2000, #Projeksyoknyamenyusu #projekcantiksihat dan banyak lagi yang mana ianya adalah bertujuan bagi membantu protege-protege mendapatkan ilmu, tips, serta bimbingan melalui kelas online dan offline dari semasa ke semasa, disediakan juga tools untuk kemudahan protege mempromosi produk Shaklee secara online mahupon offline.
korang berminat nak sertai #projekbuatduitRM2OOO? Ingin jana pendapatan sampingan macam Farah tak? boleh contact Farah Shaklee klik je kat nama tu ya. nanti terus tuju kehati Farah. ehhh, tuju ke whatsapp Farah lah. hihi
with love,
Farah
Coordinator Shaklee Malaysia
Comments
Post a Comment