DEHIDRASI, bahaya atau tidak?
Dehidrasi adalah dimana keadaan kita mengalami kekurangan air dalam badan atau dengan kata lain tubuh badan kita kehilangan cecair dan elektrolit (zat garam) dalam jumlah yang berlebihan dan boleh mengakibatkan badan kita tidak berfungsi secara normal. Tubuh badan manusia dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik, ini kerana tubuh badan kita terdiri daripada hampir 60% air. Antara gejala apabila badan anda sedang mengalami dehidrasi adalah: 1- Anda berasa haus 2- Kulit, mulut dan mata menjadi kering 3- Sering keletihan walaupon tidak melakukan kerja yang berat 4- Air kencing menjadi sedikit, warna agak pekat, dan berbau hancing yang agak kuat 5- Mengalami sembelit 6- Kerap mengantuk walaupon cukup tidur 7- Rasa pening apabila menukar posisi daripada duduk ke posisi berdiri 8- Air mata menjadi kering 9- Mata cengkung 10- Nafas laju Secara umumnya dehidrasi boleh berlaku kepada semua peringkat usia