Alasan kenapa saya masih setia dengan SHAKLEE?
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalammualaikum, hye readers!
sharing is caring kan? biasa kan dengar perkataan ni? yea, saya kongsikan dengan korang kenapa yea saya masih setia dengan shaklee until now and in sha ALLAH sampai akhir hayat saya. hihi..
idea untuk menulis tentang ni dah lama bermain dalam otak saya yang cerdik ni...malam tadi teringat balek nak menulis tentang tajuk ni bila Master Hafsah Mardhiah start bangkitkan soalan "kenapa saya masih setia dengan shaklee? dekat group telegram inspirasi. jadi, saya rasa cam tertarik nak share kat semua tentang alasan saya dekat entry hari ini.
saya mula start kenal shaklee tahun lepas, register bulan jun 2013, yang bawa saya kenal shaklee ni my close cousin, Athirah (panggilan mesra : kak tie). (merangkap mak shaklee saya) salu jugak nampak dia pos botol2 shaklee kat fb, tapi x amek tau sangat sebab saya ni pemalas...haha, malas nak tanya selagi xde manfaat untuk saya...time tu saya masih dalam tempoh praktikal lagi dan time tu jugak saya dah kenal dengan my husband, dalam tempoh pertunangan dan akan melangsungkan perkahwinan at the end of year 2013.
dipendekkan cerita saya terkena gatrik sekali lagi, dan ternampak satu blog tentang gastrik dan ESP. baca punya baca ESP bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik, bukan itu je, banyakkk sangat antaranya nak kulit gebu, anjal, cantik, dan macam2 lagilaaa...muehehe, ( bonus ni nak kawen kan )
antara khasiat esp yang pelbagai |
terus teringat kat kak tie ni. terus rojer dia tanya "ada ESP x beb?" dye reply "ada. aku kat Bangi ni, kat rumah abang boy (abang dia) nanti balik aku suh dak Din anta" macam tu la lebih kurang conversation kteorang...heheh. (im still remember okay!)
ni post pertama saya tentang ESP kat fb kalau x silap |
gambar diatas saya beli ESP untuk yang kedua kalinya, satu canister saya dah habis, so nak beli lagi guna duit gaji pertama saya sebagai guru agama JAIM..muahaha, kebetulan adik ipar nak dua canister, so total saya beli 3 canister. sebab apa repeat order? sebab memang nampak keberkesanan ESP ni, gastrik saya baik x menjengah lagi dah, saya kenyang lama jugak, kulit rasa soft je.
haaa, jap2...sebelum saya terlupa, time tu (sebelum beli 6 canister) saya ada gak nampak kak tie ni post cheque rm1600++ cam tu la kalau x silap...terpikir mana dia dapat duit tu padahal dah nampak tu cheque shaklee..kak tie ni x kerja, duk umah parents dia, wow! macam nak je macam nak je...bonus dia lebih dari gaji aku ni, syiok la kan...haha, terus pm tanya..haa. kak tie apa lagi cecepat dia tarik saya bawah dia...hahaha ,tapi bila dia cita cam mana nak dapat bonus sebanyak tu saya rasa cam susah je...cam tak mampu je (negative thinking) so, saya bagi jawapan nanti dulu tunggu gaji (jawapan x berapa nak selamat) sebab bila gaji keluar kak tie dah mesej tanya...hahahahahaha
so kebetulan time tu nak repeat order, saya nak beli 3canister ESP jadi kak tie ni cucuk2 saya suh beli 6 terus dan free membership, jimat rm75 xyah bayar..eheh, dengar free membership macam seronok...okay lah saya tambah lagi 3 can dengan duit gaji saya tau. 26 june 2013 officially saya jadi ahli shaklee.
Oleh kerana saya ada cakap ngan kak tie saya nak jadi cam dia, dia dan kak ainul yang merangkap nenek shaklee saya (dah master sekarang) duk push saya...mula2 rimas gak, haha (pengakuan jujur) rimas kan orang suh buat itu buat ini, tapi baru sekarang saya nampak dan sedar disebabkan paksaan daripada dyeorang saya banyak berubah daripada malas jadi rajin ni antara sebab kenapa saya terus setia dengan shaklee. sebab apa? banyakkk. banyak sangat nak share kat korang..
antara ayat mereka yang buat saya sedar "kalau nak berjaya keluar dari pulau alasan" yea, sebelum2 ni saya banyak bagi alasan bila mentor ajak jumpa, bila mentor suruh itu suruh ini banyak alasan yang saya cipta. semua bermula dengan terpaksa tau, akhirnya jadi rela. saya sendri yang serah diri dan rela untuk dibambu oleh mereka sebab saya dah jatuh cinta dengan shaklee..bukan produk dia je yang best tapi organisasi yang saya join ni yang merubah hidup saya. ubah mindset saya. kalau bagi banyak alasan duk la kat tmpt awak tu lelama, keje la makan gaji selamanya...terikat itu terikat ini. (saya akan ulas next entry okay)
so antara alasan kenapa saya masih setia dengan shaklee saya simpulkan kat sini sebab:
1) Qualiti produk
shaklee antara asbab saya kekal sihat, produk dia bukan cikai2 oi, nampak mahal tapi bagi saya x langsung! sebab sangat berbaloi dengan manfaat dia. tu pun masih ramai yang berkira2 demi kesihatan. shaklee suplimen, suplimen bukan macam ubat yang ada dadah dan bahan sintetik. saya yakin sebab shaklee da bagi 100% gerenti selamat, berkesan dan mesra alam. ni lah kelainan shaklee dengan suplimen lain. amacam? x caya? xnak caya dah, awak yang rugi...hahah
ni jaminan dari shaklee |
2) Peluang jana pendapatan dari rumah melalui on9 je!
shaklee juga membantu dalam menjana ekonomi diri saya dan keluarga, saya xnak kerja makan gaji, lebih2 lagi ada anak, huh, bercinta nak tinggalkan si comel saya, xmampu rasanya nak berjauhan dengan dia walau sesaat. so, shaklee bantu saya bekerja dari rumah yang tak memerlukan modal, dan x bebankan saya langsung. mudah! x payah simpan stok banyak2 masa awal2 bisnes dulu. tapi sekarang saya wajib buat stok atas permintaan yang tinggi dari area Melaka je yang salu nak urgent, ikutkan xnak buat stok pon xpe tapi xnak terlepas customer, saya buat stok setiap satu jenis produk. x macam bisnes lain yang memerlukan stok dan modal yang besar untuk awal2 perniagaan. Saya sekarang agen shaklee yang terkenal kat melaka..hahaha..:P
stok saya |
3) 3C (cash, car, convention)
percaya x kalau buat shaklee betul2 korang akan layak dapat cash bonus! car bonus dan trip melancong free 100% fully sponsored by shaklee! tapi syarat nya kena hati kental la, kena rajin la, kalau malas jangan harap boleh dapat 3 hadiah kat atas tu...hihi, setakat ni saya baru dapat cash bonus, bonus tertinggi saya rm2k. bonus terendah saya rm300++ tengok pada hasil jualan. okay what, duk umah je pun. tapi saya xnak dok dalam comfort zone, "cukuplah bonus banyak tu"..xnak xnak! saya masih usaha untuk dapatkan cash bonus yang lagi besarrr..saya nak kejar car bonus dan kumpul point untuk trip melancong tanpa bayaran.hehe
3C |
4) Susur galur jutawan
owh dengan bangganya saya merupakan susur galur jutawan, yea, dah ade jutawan shaklee dalam susur galur saya ni, dan yang buat saya bangga hampir semuanya wanita muslimah. yang dah master tu income memang dah 5 angka la, 6 angka pon ada,..tapi bangga dengan orang lain kalau sendri x gerak x guna gak, duk la mana2 organinsasi yang hebat2 tapi diri sendiri xnak usaha, xnak berubah x guna gak woi..xdapatla macam yang master2 ni dapat. diorang ni cekal, rajin, ujian macam2 dah lalui coz tu layak dapat 5, 6 angka ni...haa meh layan jap susur galur saya.
presidential master shareeza or panggilan mesra pm cery |
Master Laila |
Master Zahirah |
Master Hafsah Mardhiah |
Master Ainul Shahrazad ( sepupu saya merangkap nenek shaklee ) |
Master to be Athirah (kawan masak2 time kecik2 dulu merangkap Mummy shaklee saya) |
Master to be Farah..hehehe |
so, ada yang nak join member under saya? rojer je okay..;) owh yang bestnye sapa dah naik rank master, shaklee akan raikan kejayaan mereka, 100% sponsor jugak. cakap je nak buat kat hotel 5 bintang ke 10 bintang ke semua shaklee uruskan...kita datang makan free je, yang diraikan macam pengantin...seronok ke seronok? hehehe..ni la yang saya impikan selain bonus berpuluh ribu, kereta idaman honda civic, melancong ke luar negara. MASCEL - Master Celebration juga termasuk dalam vission board saya.
5) ukhwah
yep, dalam group kami, bukan bisnes je dalam kepala tapi nilai persaudaraan, dulu saya x ramai kawan, sekarang kawan2 saya ada dimana2 walaupun kenal dialam maya je. kami mesra, saling berkongsi pendapat, share ilmu, semua positif, x kedekut, saling menguatkan semangat antara satu sama lain. cas2 positif sentiasa mengalir dalam kehidupan kami...kami dilarang untuk menyebarkan cas2 negatif lagi2 dekat umum. bahaya cas2 negatif ni boleh mempengaruhi kesan negatif kat orang lain gak...jadi kami kena sebar cas2 positif kat umum supaya orang lain juga rasa kesan positif...paham ke idak apa den cakap ni? hahaha, selain ukhwah dengan upline, sideline dan downline, saya jugak dapat tambah kawan melalui customer.
customer macam2 ragam...walau macam mana pun ragam customer kita mesti layan dengan baik, ada customer yang saya rasa macam adik beradik pon ada, macam kawan baik pon ada...seronoknya hanya ALLAH yang tau perasaan ni...saya bukan jual barang je kat dia, tapi saya berikan kasih sayang pada dia, niat nak membantu dibalas dengan senyuman mesra dan ucapan terima kasih menerbitkan kasih sayang antara saya dan customer...indirectly saya terus doakan kesihatan mereka, kesejahteraan mereka, still contact dan bantu apa yang mereka perlu...indah!
okay, sebenarnya banyak lagi tau nak share...tapi nanti la saya share next entry okay...nak buat breakfast untuk suami jap, nak siap2 solat subuh dulu...
enjoy ur reading okay...hehehe
~M.FARAH~
working at home mum and wife.
Comments
Post a Comment