~LOVE STORY : KISAH KAMI (part1)~

Bismillahirrahmannirrahim...



Assalammualaikum. Alhamdulillah tamat sudah tahun 2014. semalam closing december yang cemerlang untuk saya dan team shaklee saya..hihi.. masuk sudah tahun masihi yang baru 2015, bermakna umur saya pun dah kira 25 tahun untuk tahun ni. cepatnye masa berlalu...



okay, saya pernah janji kan nak cerita dan simpan kisah kami ni di blog suatu hari nanti. saya tiada diary  so simpan di sini la...muahaha...(lagipun tak minat tulis diary, lenguh tangan)
kisah kami...


saya suka duduk sorang-sorang dan ingat semula kisah kami, mulalah saya senyum sorang-sorang...hahaha. 


sebenarnya kami dah kenal lama, masa sekolah menengah lagi. saya kawan baik adik dia. Liyana. yea..kenal-kenal gitu ajelah, tiada la sampai ada perasaan suka. betul! tak suka pun dekat dia sebenarnya... walaupun saya ni kawan baik dengan adik dia tiada la tergerak hati nak ngurat-ngurat atau ada perasaan walau sekelumit kat dia. hahaa...


satu rahsia. dia ni dulu antara kanak-kanak nakal di sekolah..hahahaha. boleh dikatakan tiap minggu mudir (pengetua) panggil dia ke hadapan. memang  famous dia ni. dia memang comel...saya tak nafikan...malangnya saya tak de gambar time dia sekolah dulu...-_-


walaupun dia comel tapi hati ni tak tertarik pun..hahaa (jangan marah abang) sayang tahu abang tengah senyum time baca kisah ni. heheeh :p


yang atas sekali ni gambar dia tak pasti la time bila. tapi kalau korang nak tahu muka dia time sekolah cam ni la...lebih kurang. cuma time sekolah dulu muka lagi comel...hihih...


my beloved husband

dia sekolah sampai form 3 je pastu dia pindah sekolah lain. perwatakkan dia time sekolah yang saya ingat lagi (pelik kan? kata tak pandang tapi masih ingat tentang dia) tula namanya jodoh kan...haaa. dia suka pakai songkok macam nak jatuh, jambul terkeluar, suka angkat jubah, bawak motor laju sampai ibu saya pernah cakap dengan saya, " lajunya bawa motor, ada tercampak adik dia kang" hahaha. tidak ku sangka budak ni jodoh ku...

dia ni la yang dah jadi suami saya sekarang. Munim nama dia... 

macam mana boleh terjadi???

lama tinggalkan sekolah, after SPM, saya pergi ke Kelantan selama setahun untuk ambil subjek STAM. (Sijil Tinggi Agama Malaysia) Alhamdulillah lulus dengan pangkat Jayyid Jiddan.  Ambil STAM pun dengan adik dia Liyana, tidur sebilik lagi...sekali lagi tidak kusangka Liyana ni jadi adik ipar ku...hahaha, kemudian habis STAM kami berpisah... saya dapat lanjutkan pelajaran di USIM, adik ipar pula ke KUIS.


Di USIM 4 tahun. belum habis belajar dia dah datang...masa tu saya dua semester terakhir dah kat kampus, semester akhir saya praktikal di Jabatan Mufti Melaka, 


Ingat lagi masa tu raya ke3, saya baru je balik dari kampung. memang setiap tahun raya kami duduk kat kampung selama 3 hari. sampai Melaka dah petang. so siap-siap mandi, rehat dan after solat saya ajak adik saya Fatin kemas rumah dan isi kuih raya dalam bekas kuih. sebab dah kebiasaan raya ke4 pagi-pagi  lagi kawan-kawan dah ada depan muka pintu...hahaha, so setelkan malam tu juga.


handphone saya tinggalkan di bilik atas. around kul 1 pagi selesai. penat juga la kan kemas rumah, basuh cawan, pinggan isi kuih semua.


kaki menapak ke atas, masuk bilik capai handphone dan baring (sedap betul dapat luruskan pinggang) hehehe, eh ada "1 new message"

jeng3...ingatkan orang wish raya. tup2 dapat mesej dari sorang budak ni...hahahaha "akum, ni farah eh?" haaa, saya masih ingat mesej pertama suami saya. 


ceh, nak ngurat la tu...saya pu reply tanpa menyangka dia ni Munim abang si Liyana...
"aah, siapa ni?"

saya letak handphone dan tidur. bangun subuh tengok ada mesej, haha

start tu lah tau tu abang yana.saya tanya nak apa ni? 
dia jawab nak jadikan awak isteri saya...bahahaahha, direct betul tak de tapis2. merah muka kakak cantik...:p, eh, kawan jela dulu. saya tak ready lagi kot nak kawen, dah la kenal pun tak....(tak tahu saya terkejut sampai mengigil nak taip mesej)


dipendekkan cerita, dia sangat sabar dan tak mudah putus asa. disebalik usaha dia ni ada kisah yang menyebabkan saya terima dia.


kisah 1

10 malam terakhir Ramadhan saya berdoa untuk ditemukan jodoh dengan lelaki yang betul-betul sesuai untuk saya, mampu jaga saya.sayang saya, saya niat dalam hati pasni siapa je melamar aku, aku akan terima. tapi tak la terima terus kan...mesti la kena tapis2 juga. nak buat suami ni.


kisah 2

istikharah selepas dilamar. sebelum ni adalah juga lamaran dari orang lain, saya buat istikharah tapi memang tak jumpa jawapan. lebih 3 kali saya buat. tak de mimpi apa-apa, tak de petanda apa-apa. tapi after suami saya lamar, saya try buat...pelik! nak tau apa saya mimpi?


saya mimpi malam tu juga saya pergi satu tempat suasana sama macam sekolah lama saya, seorang perempuan bertanyakan status saya dan ingin perkenalkan saya dengan pilot kapal terbang tapi saya paling kan muka dan terus berjalan, saya cakap dalam hati aku sudah berpunya. saya berjalan menuju satu tempat macam majlis kahwin, tiba2 terpampang nama MUNIM dekat satu signboard...


saya terus tersedar lebih kurang jam 4 pagi, satu petanda lagi, selepas bangun tiba-tiba saya rasa ada angin sejuk melintasi muka saya.saya rasa tenang sangat-sangat. saya lupa sekejap pasal mimpi, nak sambung tidur semula tiba-tiba teringat yang saya ada buat istikharah sebelum tidur, dan teringat mimpi saya tadi.

terus bangun dan saya tercengang!  haaaa? serius saya nak menanges time tu, sebab masa saya buat saya tak nak dia muncul dalam isikharah saya...so saya boleh bagi alasan untuk tolak lamaran dia...saya tak suka dia...tak tahu kenapa. saya tak nak percaya, saya abaikan istikharah tu, saya tak beritahu dia...saya nak bukti lagi...

takut betul la time tu...


kisah 3

doa dan ketenangan hati.
time ni dia seboleh-boleh nak jumpa saya dan family. nak datang raya. ibu ayah izinkan, ayah yang paling excited suruh saya terima je...ibu pula risau, yela ibu mana tak risau bila tahu anak dia bakal dilamar, saya faham sangat perasaan ibu time tu...

selepas solat maghrib, saya doa sungguh-sungguh sampai mengalir air mata ni. ini kali pertama saya nak tengok muka dia selepas beberapa tahun kami tak jumpa. saya minta ALLAH beri ketenangan hati saat saya melihat dia. dan kalau ibu dan ayah suka saya terus terima. 


dipendekkan cerita hati saya terus terpaut pada insan yang sudah bergelar suami saya sekarang. yea, 1st time tengok hati terus terdetik, ni rupanya bakal suami aku. memang segalnya dipermudahkan. dah jodoh kami, saya bertunang masa study week, naik exam saya dah jadi tunangan orang. 

itulah antara tiga kisah sebab saya terima suami saya...

sepanjang dalam tempoh pertunangan kami tidak pernah keluar berdua. 3 x kali keluar tapi ditemani ibu dan adik ipar untuk ukur baju pengantin. malu tak tau nak kata..hahaha (saya curi-curi pandang muka dia je) hehehe :P

ni lagu yang suami saya bagi. pernah dengar tak lagu "akur janji" by Eddie dan Wani? melting dengar lagu ni. mesti ingat kat dia...hihi
sebab lagu ni sesuai sangat dengan kami..(ceh perasan) hihihi

meh hayati lirik akur janji kejap,


tak pernah ku menduga 
kan bertemu denganmu
bersatu dialam cinta
tak pernah kumerasa
bahagia begini
disisimu

kekasih ku sayangkan kamu
cintaku kasihku untukmu
kekasih hanya kau kumahu
hidup dan mati bersamamu

akur janji setia padamu
akur janji menjaga hatimu
akur janji jiwa dan ragaku
kuserah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan

Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui

hehe, nak dengar lagu klik akur janji. suami saya ni romantik dan sangat penyabar orangnya. saya sayang dia saya nak masuk syurga bersama dia dan anak kami
okay, akan bersambung kisah pertunangan kami pulak.
bye! enjoy ur reading...:p












Comments

  1. Very Islamic Love Story! :')

    Aku doakan semoga jodoh korang kekal berpanjangan hingga ke Syurga Firdausi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima ksh sya! Doaku untk mu dan hasri jugak! Semoga korg cepat2 ditemukan chaya mata.

      Jangan pernah mengalah. Doa dan berserahlah pada Dia.


      Aku tau kau kuat. ;)

      Delete
  2. semoga Allah berkati farah sekeluarga ;')

    ReplyDelete
  3. Thanx dear rini. Aamin. Moga Allah berkati rini sekeluarga juga. ;)

    ReplyDelete
  4. best2.
    yeheeee. akhirnya, kitaorg pon terkejot !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)