Kenapa Pilihan Saya Nak Jadi Suri Rumah Tapi Bergaji?

Bismillahirrahmannirrahim

hai, assalammualaikum korang.

sihat ke hari ni, mesti letih kerja kan...especially yang dah berumahtangga dan ada sikecil yang perlu diuruskan, plus suami lagi. anda wanita hebat! kuat. beza dengan saya. tapi x bermakna saya x kuat bila x kerja...aippp...siapa cakap saya tak kerja?

zaman sekarang ni, dengan keadaan ekonomi sekarang memang x boleh suami sorang je kerja. frankly speaking, dengan hutang kami yang menimbun, hutang kereta, rumah, bank, hutang belajar saya lagi, sapa nak bayar? suami? kesian kan kat dia. mana dia nak selesaikan hutang dia, ni nak tambah hutang bini dia...saya xkan benarkan dia bayar hutang saya kecuali dia dah terlebih kaya...hehehe

tipulah korang tak dek hutang. mesti ada kan. tapi saya memang rasa beruntung la, saya cuma hutang belajar rm18k je.  hutang lain memang xde. so, korang rasa kalau saya x kerja macam mana yea saya nak settle kan hutang belajar saya? rugi kan, belajar 4 tahun tapi x kerja. aipp..siapa kata saya x kerja. nanti saya cerita apa kerja saya.


suri rumah ni kira kerja juga tau, kerja paling mulia. tabik springla kat mereka yang kerja kat luar dan balik uruskan rumahtangga pulak...saya boleh bayangkan keletihan mereka. cari duit, urus rumahtangga lagi, anak2 lagi...subhanallah, kagum dengan kekuatan wanita yang ALLAH cipta. para suami sila lah hargai isteri anda. cukup dengan ucapan "terima kasih sayang" dah cukup buat isteri lega, hilang penat. buatlah. mesti dia senyum. :P


dulu sebelum kahwin saya dah ada pengalaman mengajar SRA Alai. selepas kahwin sebulan je ngaja ganti guru bersalin tapi tempat berlainan la, dekat SRA Duyung. time tu bulan 1 saya dah dapat tahu saya pregnant (bunting pelamin) dah start letih2, mabuk, cepat penat. ALLAH maha mengetahui. bulan dua saya dah x ngaja sebab dah selesai tugas saya sebagai guru ganti.


Dengan mengajar saya kenal ramai orang, kawan2 bertambah, ada yang jadi pelanggan tetap saya sekarang, (hikmah kerja) pastu saya nak ngaja lagi, banyak kali juga la minta kat Jaim, Tapi memang xde rezeki saya. saya nak bantu suami, saya teringin nak jawatan guru agama kontrak. tunggu punya tunggu paggilan interview dari sehari ke sehari...mula2 dengar interview bulan 3, pastu dengar bulan 5 pastu dengar bulan 7 sampai saya bersalin sebulan lepas tu dapat surat panggilan interview dari jaim kalau tak silap saya pertengahan bulan 10.


time ni la macam2 kisah yang buatkan saya tekad dah xnak terima lagi tawaran mengajar. haha..frust tu adalah sikit tapi tu dulu sebelum Nailah ada. 


yea, saya tekad nak duduk rumah xnak kerja! teruk ke? bagi saya x. saya nak jadi suri rumah, ibu yang boleh melihat perkembangan anak daripada bayi hingga dia dewasa. yea, segala2nya berubah saat saya memandang wajah kecil ini. mungkin ramai yang kata saya tolak rezeki. whatever lah macam2 cerita saya dengar. tapi bagi saya, keputusan saya adalah tepat. saya nak jadi guru untuk anak saya, nak jadi isteri yang sempurna dipandangan mata suami saya. salah ke?


my Nailah



walaupun hakikatnya pada permulaan saya menerima surat tawaran temuduga (baru temuduga.hihih) suami saya, ibu ayah saya beria2 suruh pergi tau...sedih tau...nak nanges rasa. saya xnak kerja...dulu yelah boring kat rumah. sekarang dah ada kawan. ibu cakap, kerja long, bayar hutang. ibu jenis xsuka berhutang kecuali terpaksa, respect my lovely mum. ibu cakap kalau kak long xde hutang xpe...nampak risau ibu.

suami pula risaukan saya xde duit belanja. yela nak beli baju ke, suami saya pulak jenis xsuka sangkut bayar hutang, so dia akan bayar hutang dulu, nafkah dia tetap bagi kat saya, tapi belanja rumah berkurang la xmewah macam mula2 kawen since amek kereta. saya xkisah, xpernah merungut. apa yang ada saya syukur, dah banyak suami sediakan.

nah tengok bukti ni. hehe..surat tawaran temuduga...


surat interview



tambahan pula seorang lagi ahli dalam rumah kami bertambah, keperluan sikecil ni lagi. tapi saya yakin rezeki Nailah ada untuk dia, so xde apa yang nak saya risau. suami siap tanya kawan2 dia, pandangan yang sama, kawan2 dia suruh saya pi juga iv. huh. berkerasnya saya kerana my little pricess ni.


memang tiada paksaan dari suami. tapi suami suruh saya fikir masak2...banyak faktor yang saya kaji sebelum buat keputusan. petunjuk ALLAH paling saya utamakan. setiap malam saya nangis tengok muka anak saya. betapa saya sayang sangat kat Nailah, saya rasa xsanggup saya biarkan orang lain jaga dia. saya minta pendapat sepupu saya...we are very close dari kecil hingga sekarang. sepupu saya Athirah merangkap emak shaklee saya. dia yang berkeras juga supaya jangan tinggalkan nailah dan buat shaklee betul2. saya akui setiap kata2 dia. 


saya buat istikharah, saya minta petunjuk dari DIA. mana yang terbaik tunjukkan jalan untuk saya yang tengah gila buntu ni. finally tiba hari interview, saya tekad xnak pi walaupun ramaiii sangat suh saya pi. hati saya tenang! tenang sangat2, saya boleh senyum kembali bila tengok anak saya. yesss!


saya dapat melihat perkembangan Nailah, saya yang akan tahu dulu perkembangan dia, bukan orang lain yang tahu dulu. saat dia mula senyum, mula meniarap, mula ketawa, mula mencapai objek, mula geli bila berak...haha, semua saya tahu dulu. nikmat yang saya tak tahu nak gambarkan cane. 



banyak faktor yang sangat mempengaruhi keputusan saya. saya tak boleh terima kalau saya sendiri marah anak saya apatah lagi orang lain. kalau dah pernat kerja dengar anak menangis ofkos kita akan termarah dia kan, padahal dia nak kan perhatian kita. faktor lain saya akan nyusahkan suami pi hantar jemput saya balik kerja, gaji rm1100 bagi saya macam xde je..haha, jujurla memang x cukup tau. anak makin  membesar, kita pun nak pakai macam2..sebulan kerja dengan duit minyak, wajiblah saya beli kereta comel satu untuk saya, nampak x? korang rasa cukup ke? sama je kan macam xkerja. duit habis kat situ je. 



akhirnya saya tekad dan janji pada diri saya, saya nak duk rumah je tapi saya nak duit saya juga, saya nak beli apa saya nak guna duit saya, bukan tambah beban suami. tapi macam mana cara saya nak dapat duit dengan duk rumah je??? saya wajib juga bayar hutang saya tu, macam mana?? 

jangan cari masalah, mari selesaikan masalah.hihi


konfom korang dah tau kan apa saya buat kat rumah sekarang. mula2 buat shaklee bonus saya 2 angka je...rm38++. meningkat 3 angka. now dah 4 angka. lebih dari gaji yang jaim bagi...hehehe. tapi shaklee ni unlimited bonus tau. janji korang sabar, rajin, ikut kata mentor, amalan rohani bagi mantap, rajin share dan niat nak tolong orang, yakin lah, ALLAH tunjukkan jalan dan ALLAH akan bantu kita. 


saya akan cerita untuk part ni di next entry. stay tune tau. nak follow saya? nak join under saya, nak join team & family dreams? cari saya cepat! :p









Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)