Posts

Showing posts from 2017

12 Proses Jual Beli Rumah - Panduan Penting Hartanah

Image
Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia - Info Penting Hartanah Untuk menjalankan proses jual beli rumah di malaysia ada beberapa pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Pihak yang terlibat antaranya ialah; Pihak penjual iaitu pemilik hartanah (dipanggil sebagai vendor) Pihak pembeli (dipanggil sebagai purchaser) Ejen hartanah (jika dilantik) Peguam Pihak bank Jurunilai (dipanggil sebagai valuer) Pejabat tanah Pihak pemaju (dipanggil sebagai Developer) LHDN 12 Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia (Ringkas) #1 Penjual melantik ejen hartanah yang bertauliah #2 Serahan dokumen kepada ejen hartanah #3 Pengiklanan oleh ejen hartanah #4 Bayaran booking oleh pembeli #5 Pembeli membuat pinjaman perumahan dengan bank #6 Tandatangan Sale and Purchase Agreement (SPA or S&P) #7 Bayaran khidmat profesional ejen hartanah #8 Tempoh 3 bulan diberikan kepada pihak pembeli untuk membayar full amount #9 Pihak bank penjual menerima b
Salam Perkenalan, Saya Nor Farah bt Mohd Farid Isteri Munim b. Ab.Jalil Ibu kepada Nur Nailah Insyirah dan Muhammad Muaz Amsyar. Bekerja dari rumah (WAHM) Pengedar sah Shaklee Malaysia Rank Coordinator Shaklee Pengedar Sah Shaklee di Melaka, Daerah Melaka Tengah, Negeri Melaka. (Shaklee ID : 953262). Penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. Hubungi : Nor Farah bt Mohd Farid 0132120792 Norfarah2105@gmail.com http://norfarahfarid.blogspot.my/

WAHM: Kelebihan Bangun Awal Pagi.

Image
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi" -riwayat at tirmizi. Hai Assalammualaikum salam ceria dan positif dari saya pada hari yang penuh barakah. Hari jumaat yang indah semoga rakan-rakan pembaca diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Antara dugaan yang paling hebat untuk saya yang bergelar WAHM ni adalah untuk terus celik mata seusai solat Subuh. Ya, bila berjaya lawan godaan tidur pada awal waktu pagi Masha Allah banyak sangat kelebihannya! Antara kelebihan bila kita mampu menguasai pagi kita: Bangun sebelum matahari terbit atau sebelum subuh dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan tenang sekaligus ia mampu mengurangkan stress dalam diri kita. Fikiran yang lebih fresh akan membuahkam idea-idea yang lebih bernas dan menarik, bahkan semua kerja yang kita lakukan akan menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon kortisol dalam badan kita akan lebih meningkat supaya badan

WAHM: Tips Merancang Masa Untuk Elak Stress di Rumah...

Image
Working at home mother (WAHM) merupakan gelaran bagi ibu yang bekerja dari rumah. pasti ramai wanita yang bergelar ibu diluar sana bercita-cita untuk mendapatkan gelaran ini bukan? Namun adakah anda mampu untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya dalam mengendalikan tugas sebagai ibu, isteri dan juga  bussinesswomen  ketika anda memilih untuk berada dirumah? "Saya dah penat uruskan hal bisnes pada masa yang sama anak-anak saya terabai" "Saya banyak kerja, hal anak lagi, tak sempat nak fokus bisnes saya" "Stress jugak duk rumah ni ya. Kerja tak pernah siap" Itu antara luahan hati penulis yang masih baru memegang gelaran WAHM selama 3 tahun. baru la sangat 😅. Apa pon situasi anda, amat penting untuk anda kembali melihat semula tujuan anda memilih untuk berada dirumah. Sudah pasti matlamat utama kerana keluarga dan anak-anak, kemudian disusuli dengan rasa ingin membantu menjana pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga.  Berikut s

Hargai Usaha Anak

Image
Ibu ni apa?, soal Nailah dengan nada yang lemah lembut dan manja. Satu persatu alat pekakas mainan memasak ditunjukkan kepada ibu bersilih ganti. Ibu terus meletakkan hp disisi dan menjawab setiap pertanyaan Nailah dengan penuh perhatian. paling Nailah suka bila ibu join dia main "masak-masak" hehe. Jelas riak wajah gembira dia. . Begitulah Nailah apabila mood dia dalam keadaan baik. Namun, ada ketika dia juga akan berubah menjadi seorang anak yang memerlukan lebih lagi perhatian.  Nailah seorang anak yang sangat lembut dan petah berbicara dengan orang yang dia rapat since dia pandai bercakap. Saat dia mula penat, kurang tidur, lapar atau ada masa mood dia ada yang tidak kena, dia akan berubah menjadi anak yang selalu menguji kesabaran kami. Ada masa ibu berjaya kawal amarah ibu dan menghadapi Nailah dengan penuh tenang dan sabar. Tapi ada masa ibu juga gagal kawal amarah ibu. . Perkara ini hakikatnya hanya berlaku pada waktu mereka masih kecil dan masih tida

AWAS! KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA IBU HAMIL DAN BAYI!

Image
Hai, assalammualaikum. 😊 tajuk tu bukan sengaja nak bagi seram tapi memang saja nak bagi kesedaran kepada semua para wanita termasuk saya especially ibu hamil betapa pentingnya kalsium kepada kita. . beberapa hari lepas ada seorang ibu anak dua call saya nak risik-risik pasal set hamil shaklee.  first time nak cuba katanya sebab kandungan pertama dan kedua yang sepatutnya jadi memori yang terindah bagi seorang ibu telah diragut dek kerana mungkin rasa tak percaya atau ambil ringan si ibu terhadap kepentingan vitamin-vitamin untuk ibu dan baby. . teruskan perbualan antara kami, "saya sekarang mengidap reput tulang dan gigi mudah pecah Farah" saya tanya history dia time hamil dulu. dia memang tak suka minum susu dan tak suka makan ubat (dalam fikiran saya dah dapat agak dia tak ambil vitamin time hamil ni) dan sangkaan saya tepat bila ibu tadi inform saya dia selalu culas telan vitamin. . perbualan diakhiri dengan close deal set hamil asas disebabkan ibu tadi sedan

Mengapa set kehamilan shaklee perlu menjadi pilihan anda?

Image
Mengapa set kehamilan Shaklee perlu menjadi pilihan anda? . Hai Assalammualaikum. suka saya berkongsi kisah kehamilan saya bersama Shaklee tapi next entry ya. Heee. Cuma secara ringkasnya, since anak pertama hinggalah masuk anak kedua saya memilih set kehamilan Shaklee sebagai suplemen tambahan sepanjang tempoh kehamilan saya. Dan ia sangat membuatkan saya teruja bila ianya betul-betul berkesan terhadap saya dan juga bayi didalam kandungan saya. Alhamdulillah semua dengan izin Allah. Sebagai hambaNya saya berusaha mencari dan memberikan yang terbaik untuk diri dan bayi saya. anugerah yang Allah pinjamkan kepada kami. . Untuk next entry nanti Insha Allah saya akan mulakan dengan kisah kehamilan pertama saya. Baiklah secara umumnya. Shaklee sendiri telah menyediakan set khas untuk Prenatal dan Postnatal bagi ibu-ibu yang memerlukan nutrisi lengkap untuk diri dan juga bayi didalam kandungan. Penting sangat ke ibu-ibu hamil ambil vitamin? Ya, ibu sangat perlukan vitamin tambahan d

"Baju oh baju" - wanita ini kongsi tips mudah setelkan masalah baju.

Image
Siapa kat sini malas betul nak basuh, jemur dan lipat kain baju? Bila baju dah terlalu banyak mood malas pulak menyinggah. baju boleh jadi macam gunung berapi dah tunggu nak meletus je. 😅 Ni nak share tips sikit untuk ringankan beban ibu-ibu, bapak-bapak yang hari-hari buat rutin yang sama. basuh baju, jemur baju dan lipat baju. . 1) untuk ibu-ibu yang ada anak kecil, basuh baju setiap hari, fokus siapkan dalam masa setengah jam untuk basuh dan jemur. Setel. Kering angkat terus lipat. (Tips ni memerlukan sedikit kos sebab sabun dan softlan cepat habis) 😀 dan tahap fokus serta kesabaran yang tinggi akan membantu ibu setelkan dengan mudah. 2) untuk ahli keluarga yang dah besar panjang. Sediakan bakul khas letak nama setiap sorang, so masing-masing boleh basuh baju sendiri. kih3 😝 bunyi macam kejam kan. Tapi percayalah cara ini secara tak langsung dapat mendidik anak-anak untuk rasa lebih bertanggungjawab terhadap baju sendiri. Dan mereka juga lebih ber

Rasa sejuk sampai mulut terketar-ketar- detik melahirkan kakak Nailah buat ibu insaf!

Image
Sekarang ni selalu sangat marah kat Nailah.  Tadi ibu penat sangat dan termarah Nailah .Nailah pon tertidur 😢. tidak semena-mena Ibu tengok parut kat perut ibu tempat Nailah keluar beberapa tahun lepas. Ibu pon tetiba sebak. tetiba ibu terkenang saat itu.... . 2 tahun 9 bulan yang lepas. Tanggal 03/09/2014. Jam 11.10 pagi. ibu orang yang kedua untuk ditolak ke bilik pembedahan. perasaan ibu masa tu takut, sebak dan berdebar nak tengok cahaya mata ibu. 1st time kan. 😊 . Dalam bilik operation tu sejuk sangat nak..., ibu ditenangkan dengan seorang lelaki yang ibu tak tahu apa jawatan dia. mungkin jururawat lelaki. "Puan tenang ya..., puan akan berjuang sebentar lagi, baca Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minodzhilimin banyak-banyak ya puan" . lebih kurang lah ayat lelaki 40-an itu yang sedang memindahkan ibu keatas katil yang lain untuk proses caesar. Cukup menenangkan. ibu yang takut terus rasa ada kekuatan yang datang entah dari mana dan makin membuak2 rasa tak sabar