Rasa sejuk sampai mulut terketar-ketar- detik melahirkan kakak Nailah buat ibu insaf!
.
2 tahun 9 bulan yang lepas. Tanggal 03/09/2014. Jam 11.10 pagi. ibu orang yang kedua untuk ditolak ke bilik pembedahan. perasaan ibu masa tu takut, sebak dan berdebar nak tengok cahaya mata ibu. 1st time kan. π
.
Dalam bilik operation tu sejuk sangat nak..., ibu ditenangkan dengan seorang lelaki yang ibu tak tahu apa jawatan dia. mungkin jururawat lelaki.
"Puan tenang ya..., puan akan berjuang sebentar lagi, baca Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minodzhilimin banyak-banyak ya puan"
.
lebih kurang lah ayat lelaki 40-an itu yang sedang memindahkan ibu keatas katil yang lain untuk proses caesar. Cukup menenangkan. ibu yang takut terus rasa ada kekuatan yang datang entah dari mana dan makin membuak2 rasa tak sabar nak tengok wajah Nailah.
.
Ibu akhirnya mampu tersenyum dan ucapkan terima kasih pada insan itu. Semoga Allah membalas jasa dia menenangkan ibu dengan kata-kata semangat. Ayah nailah? Ayah tak boleh masuk. Ayah setia tunggu diluar dan ayah sempat genggam tangan ibu masa ibu ditolak masuk. Hihi.
.
Ibu separa sedar selepas dibius. cuma ibu tak nampak doctor belah perut ibu, tak lama, beberapa minit ibu terus dengar suara baby yang sangat nyaring. Memang kuat suara kakak. Ibu macam tak percaya je anak ibu dah keluar dari perut boyot ibu. Ibu nervous rasa sejuk sampai mulut ibu terketar-ketar. Gigi ibu berlaga-laga sangat kuat. Nervous+sejuk tahap maksima dah rasa.
.
Nailah siap mandi. Nailah dibedung dengan kain hijau gelap. Nurse India letak Nailah kat muka ibu suruh ibu cium. Ibu cium Nailah. Masya Allah Nailah comel sangat masa tu. Kulit bersih, putih kemerah-merahan, bibir Nailah merah bak delima. Terlalu comel.
.
Dan waktu yang sama perut ibu dijahit berlapis-lapis, maka tersematlah kenangan antara kita melalui parut ini. π sampai Nailah besar nanti kalau ada kesempatan Nailah mandikan jenazah ibu Nailah tengok parut ni tau. Parut ni tempat Nailah keluar. Keluar melihat dunia yang sementara ini nak.
.
Semoga parut ini boleh menjadikan ibu seorang ibu yang penyabar dengan kerenah kakak. Kakak yang pertama penyeri dalam hidup ibu. Ibu minta maaf selalu mengasari hatimu. Ibu cuma manusia biasa yang berusaha menjadi ibu mu yang terbaik sayang. π’ salam Ramadhan anakku Nailah. Esok puasa kena bangun sahur tauπ
#RAMADHANBULANTARBIYYAH
Comments
Post a Comment