WAHM: Tips Merancang Masa Untuk Elak Stress di Rumah...
Working at home mother (WAHM) merupakan gelaran bagi ibu yang bekerja dari rumah. pasti ramai wanita yang bergelar ibu diluar sana bercita-cita untuk mendapatkan gelaran ini bukan? Namun adakah anda mampu untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya dalam mengendalikan tugas sebagai ibu, isteri dan juga bussinesswomen ketika anda memilih untuk berada dirumah?
"Saya dah penat uruskan hal bisnes pada masa yang sama anak-anak saya terabai"
"Saya banyak kerja, hal anak lagi, tak sempat nak fokus bisnes saya"
"Stress jugak duk rumah ni ya. Kerja tak pernah siap"
Itu antara luahan hati penulis yang masih baru memegang gelaran WAHM selama 3 tahun. baru la sangat 😅.
Apa pon situasi anda, amat penting untuk anda kembali melihat semula tujuan anda memilih untuk berada dirumah. Sudah pasti matlamat utama kerana keluarga dan anak-anak, kemudian disusuli dengan rasa ingin membantu menjana pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga.
Berikut saya kongsikan TIPS yang saya cuba apply untuk menjadi WAHM selama 3 tahun dan selama-lamanya inshaAllah. Tips yang diperolehi dari pelbagai sumber dan saya himpunkan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Tips elak stress ketika dirumah:
1) Tidur awal dan bangun diawal pagi supaya kita ada tenaga dan ruang masa untuk diri sendiri.
2) List to do. Buat senarai semak untuk senarai tugasan setiap hari. Tips ni antara paling best. Di malam hari anda boleh senaraikan kerja-kerja yang ingin anda lakukan pada esok hari diatas kertas. Lakukan yang ada didalam list kemudian tandakan setiap tugas yang telah anda sudahi. Anda pasti tersenyum melihat apa yang telah berjaya anda lakukan setiap hari.
3) Elakkan stress. Duduk dan layankan rentak suasana anda sekarang. Mungkin sukar tapi tidak mustahil untuk anda kawal emosi sebaiknya
4) bagi WAHM yang masih mempunyai anak-anak kecil sediakna zon khas untuk mereka leka bermain. Jadi anda boleh melakukan tugas dengan pantas ketika mereka leka bermain. mungkin akan ada sedikit masalah apabila anda berhadapan dengan bayi yang tidak boleh berenggang dengan anda. Hehe
5) tetapkan matlamat untuk menyiapkan sesuatu perkara mengikut tempoh. Rujuk tips nombor 2 tadi.
6) tahu keupayaan diri. Berusaha menyelasaikan tugasan anda mengikut tempoh yang telah anda tetapkan. Jika gagal, terima dengan berlapang dada dan perbaiki semula pada masa akan datang.
7) ubahsuai masa untuk kerja dan rehat. Ubah mengikut keperluan. Contohnya: anda boleh set masa untuk bekerja pada siang hari. Dan luangkan masa untuk anak-anak pada malam hari. Atau curi masa untuk bersamaereka agar mereka tidak berasa tersisih.
8) disiplinkan anak untuk belajar berdikari. Seperti membantu anda mengemas rumah. Ia akan mengurangkan beban dan kerja anda.
Sekian tips mudah perkongsian untuk kali ini. Moga bermanfaat untuk kita semua 😊
Ingin menjana pendapatan bersama SHAKLEE? boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan tanpa had dari rumah!
013-2120792
013-2120792
Puan Farah
coordinator Shaklee.
Comments
Post a Comment