TWB: Review Kursus Berpantang dan Penjagaan Selepas Bersalin . Pengalaman Yang Tidak Dapat dilupakan.



Tarikh: 22/09/2018
Hari : sabtu
Masa: 9:00 am – 5:00 pm
Lokasi: Ayer Molek, Melaka, Malaysia
Trainer: Puan Heni Yuni
Anjuran: akademi The Walking Beauty (TWB)


Assalammualaikum. Hai semua, Farah baru sempat nak update entry baru hari ni. Hari Sabtu minggu lepas 22 september 2018 untuk yang pertama kalinya akademi TWB telah menganjurkan kursus penjagaan selepas bersalin sesi 1 bertempat di Melaka, secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada kami ahli TWB untuk upgrade pakej spa ke pakej berpantang. Pengalaman yang amat menyeronokkan sepanjang kursus dijalankan. Dilatih oleh trainer yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang ilmu penjagaan selepas bersalin.



dari kiri Nadia, tengah Puan Heni Yuni, kanan tu Farah


OBJEKTIF KURSUS BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

Objektif kursus berpantang anjuran TWB ini adalah untuk memberi kemahiran kepada setiap peserta TWB dalam membantu para ibu selepas bersalin, dan semestinya tujuan utama kursus ini adalah bagi memberi penekanan kepada setiap ibu tentang pengetahuan dan kepentingan nutrisi yang cukup serta seimbang selepas kelahiran agar si ibu sentiasa bertenaga, sihat, dan ceria. Ia adalah bertujuan bagi membantu ibu dalam mengatasi dan menangani penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas melahirkan.




TEORI DAN PRAKTIKAL


Di dalam kursus ini setiap peserta didedahkan tentang  ilmu penjagaan selepas bersalin secara teori dan juga praktikal. Kami didedahkan tentang rawatan kepada ibu iaitu cara urutan ibu hamil, cara urutan ibu berpantang bersalin normal dan juga pembedahan. Peserta juga diberi pengetahuan tentang perbezaan dua jenis urutan iaitu urutan pantang dan juga tradisional, dimana urutan pantang tidak dibenarkan untuk menyentuh bahagian-bahagian tertentu berbeza dengan urutan tradisional bagi mengelakkan berlakunya pendarahan kepada ibu, teknik sengkak yang betul dan tidak menyakitkan, teknik dan cara memasukkan tombong faraj yang terkeluar dan banyak lagi.

.

Kami juga diajar bagaimana cara untuk menghasilkan beberapa jenis minyak urut antaranya minyak urut rempah yang dimasak lama dengan beberapa jenis rempah yang bertujuan untuk membantu mengeluarkan angin dalam badan, boleh juga diamalkan peppermint gingger plus Shaklee sebagai rawatan moden untuk melegakan angin didalam badan. Boleh dapatkan dari Farah ya pengedar Shaklee anda.

antara ramuan utama peppermint ginger plus


.

Peserta juga dikenalkan dengan beberapa jenis bengkung dan cara pemakaian bengkung mengikut step yang betul bagi ibu bersalin normal dan juga pembedahan, ha jangan tak tahu ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh memakai bengkung tetapi sudah tentu ada caranya.  Antaranya bengkung yang terkenal adalah bengkung tali kasut, bengkung barut dan bengkung jawa. Farah sertakan sekali gambar dibawah.


Bengkung tali kasut

bengkung jawa

bengkung tali barut

.

Kemudian kami diajar pula cara bertungku menggunakan batu sungai ia bertujuan bagi memecahkan darah beku di sekitar rahim ibu, fuh bertungku kali ni guna batu sungai yang dibakar atas api kemudian dialas beberapa jenis daun dan dibalut dengan kain batik mengikut teknik yang betul supaya batu panas tadi tidak terkeluar semasa proses bertungku, panas tau batu ni, nak balut pon ada caranya. Bertungku boleh dilakukan untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi ada teknik  tersendiri juga, tidak boleh ditekan sebarangan, bertungku juga boleh dilakukan jika ibu mengalami bengkak susu. Caranya tekan perlahan sekeliling payudara sambil tolak perlahan keatas.

batu sungai yang dibakar terlebih dahulu


selepas 5 minit, boleh diangkat

dibalut dengan beberapa jenis daun dan kain batik


Selain itu kami juga belajar cara untuk bertangas, terdapat dua jenis tangas, iaitu tangas kering dan tangas basah. Jujurnya Farah tak pernah lakukan aktiviti bertangas ni, kali pertama belajar dan lihat sendiri cara bertangas, fuh terus rasa nak beli bahan-bahan bertangas dan nak buat sendiri je kat rumah.

Tujuan bertangas adalah untuk merapatkan miss v especially bagi ibu yang bersalin normal, sebaiknya ia dilakukan selepas kering darah nifas. bertangas juga menggunakan batu sungai yang dibakar selama 10 minit, beralaskan beberapa jenis daun didalam periuk tanah, kemudian diletakkan batu sungai yang panas tadi dengan ramuan asam kunyit diatas batu. Aroma dia wangi, memikat hati. Hehe.

Kemudian ibu bolehlah duduk diatas kerusi tangas dengan memakai kain tebal separas ketiak hingga ke bawah menutupi kerusi tengas. Itu adalah tangas kering, berbeza dengan tangas basah merangkumi seluruh badan seperti bersauna dan menggunakan ramuan herba moden produk Shaklee.


batu sungai juga dibakar terlebih dahulu


selepas 10 minit batu sungai dietakkan ke dalam periuk tanah


ramuan asam kunyit


diletakkan dalam keadaan seperti didalam gambar


kerusi bertangas


contoh kain penutup bertangas

Last but not least, kami belajar cara penghasilan param dan pilis gabungan tradisional dan juga moden. Fuh ini betul-betul mengujakan Farah! hasil try & error trainer TWB Puan Heni Yuni, beliau berjaya menghasilkan param dan pilis dengan menggunakan rempah-rempah terpilih dan juga beberapa jenis produk Shaklee, bahan-bahan ini digabungkan bagi menghasilkan param dan pilis yang best dan berkesan untuk kegunaan ibu berpantang!

Inovasi menggantikan bahan-bahan semulajadi dengan produk Shaklee menjimatkan masa dan tenaga malah memberi kesan yang baik kepada pemakainya. Korang rasa-rasa apa campuran produk Shaklee yang ada dalam param dan pilis ni? Nah tengok cara penghasilan param dan pilis moden dan tradisional ni, pembuatannya agak leceh sebab kena sukat dengan sukatan yang tepat, terlebih atau terkurang  tidak akan menghasilkan param dan pilis yang berqualiti.

bahan-bahan untuk menghasilkan param dan pilis

siap untuk dibentukkan satu persatu

perlu ditimbang terlebih dahulu sebelum dibentukkan.

.

Pada sebelah petang pula para peserta diarah untuk melakukan praktikal pelbagai jenis urutan, ia dilakukan di dalam bilik bertutup kerana semua peserta perlu berkemban untuk praktikal mengurut Rupanya ada cara untuk mengurut yang betul supaya badan kita tak cepat  merasa penat, point-point urutan badan, dan beberapa teknik serta pantang larang urutan ibu hamil dan juga berpantang diajar kepada kami.

.

Alhamdulillah kursus tamat pada jam 5:45 petang, terlajak masa sebab masing-masing rasa seronok bila badan kena urut free-free je. Hihi.

Terima kasih tak terhingga buat Puan Heni Yuni diatas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada founder TWB Puan Ainul Shahrazad diatas inisiatif menganjurkan kursus bermanfaat seperti ini.

dan khas buat anak cucu TWB Farah yang akan menyertai kursus berpantang pada 30/09/2018 bertempat di HQ Shaklee semoga kalian dapat menimba ilmu sebaiknya dan dapat memberi manfaat untuk diri sendiri, dan orang ramai terutama customer TWB kalian. berita baik untuk semua peserta esok, mereka akan diberikan kelas nutrisi oleh Nutritionist Shaklee tentang bagaimana set postnatal Shaklee dapat membantu si ibu untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap dan seimbang selepas proses melahirkan.



Dan untuk anda yang ingin menyertai kami;

berita baik kepada anda yang beminat untuk menyertai kursus berpantang Akademi The Walking Beauty, anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu pakej spa TWB RM1,999, dimana pakej ini menawarkan 5 jenis kursus iaitu sauna herba, skrub dan urut lulur, face treatment & relaxing massage, mandian aura susu dan bunga, spa cantik kaki dan tangan, kemudian anda hanya perlu upgrade kursus berpantang dengan harga RM100 sahaja dan dingatkan harga ini sah untuk bulan September dan oktober sahaja. Bermula November 2018 harga pakej akan naik sehingga ke RM2,999 gabungan lengkap kursus mobile home spa dan juga kursus berpantang TWB. Boleh call atau whatsapp Farah untuk maklumat lanjut.

013-2120792
Puan Nor Farah bt Mohd Farid
Trainer & beautician The Walking Beauty.






Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)