Business Leader National Conference (BLNC) kali ke-3
Business Leader National Conference
(BLNC) kali ke 3 cycle 2018/19.
Alhamdulillah selesai sudah event BLNC Sabtu lepas pada 23 feb
2018, tak tahu kenapa BLNC kali ni buat Farah berdebar, eksaited, nervous. Tak caya
tengok status yang sempat Farah update. Hihi, Kali ke3 Farah berpeluang dan
berkesempatan untuk join BLNC ni, so BLNC kali ni memang betul-betul buat kami
tertanya-tanya dan ternanti-nanti dan yang paling penting kami harapkan bila
balik dari event BLNC boleh buatkan kami terus bersemangat untuk capai target
next cycle nanti.
Apakah itu BLNC?
BLNC adalah persidangan khas syarikat Shaklee Malaysia untuk
para leaders yang terpilih kerana komited dan berjaya efektif, atleast 3 bulan dalam tempoh 1 cycle. BLNC ni sangat special sebab time BLNC ni lah Shaklee akan
menghargai setiap para leaders dengan cara kami diberitahu terlebih dahulu
perancangan Shaklee untuk next cycle, dapat suprise hadiah lagi, dapat vitamin
free untuk tenaga sepanjang BLNC berjalan, dapat makan sedap-sedap 3x sehari,
dapat aura positif, dan macam-macam lagi.
Owh ya BLNC ni free je tiada apa-apa charges, hidden charges atau pon
tolak point kita pon takde tau walaupon makan syedap² sampai 3x tu hihi. Usaha
Shaklee sebagai menghargai pencapaian para leaders yang berjaya komited untuk
efektif pada cycle lepas. Kita cuma kena bawa diri je hadir bersama pasangan
masing-masing. bestkan?
Event ni meriah macam hari raya pulak,
jumpa, salam, peluk sesame downline, sideline, upline, selama ni berhubung
dekat fb, whatsapp je, bila jumpa tu makin erat lah ukhwah kami. Event start
jam 10 pagi dan berakhir jam 6 petang.
KISAH BLNC KALI NI
Farah dan suami gerak lepas subuh, selepas
drop anak-anak kat kedai ibu lepastu
kami terus gerak, jam 9.20 pagi sampai di Sunway Pyramid Convention Centre,
sampai je Alhamdulillah ada parking di CP3, kemudian kami terus masuk ke dalam
dan register, bagi id, confirmkan nama lepastu dapat lah vitamin COQ Trol plus, B COMPLEX dan OMEGA GUARD dalam plastik seal tu untuk Farah
dan suami sorang satu.
wah BLNC kali ni siap ada kupon untuk redeem 3 jenis makanan dan minuman dari vivix ui. vivix yang paling mahal tu tapi haritu kami dapat merasa free je, ada air vivix, ada aiskrim vivix dan cupcake vivix, boleh redeem sepanjang event berlangsung. Banyak betul suprise untuk BLNC kali ni. Menu untuk breakfast ada mee goreng, udang tempura, aneka sandwich dan buah-buahan.
wah BLNC kali ni siap ada kupon untuk redeem 3 jenis makanan dan minuman dari vivix ui. vivix yang paling mahal tu tapi haritu kami dapat merasa free je, ada air vivix, ada aiskrim vivix dan cupcake vivix, boleh redeem sepanjang event berlangsung. Banyak betul suprise untuk BLNC kali ni. Menu untuk breakfast ada mee goreng, udang tempura, aneka sandwich dan buah-buahan.
dapat vitamin coQ trol plus, B COMPLEX dan omega guard, suprise sangat dapat kupon vivix tu. |
lepas register kena pakai gelang ni supaya boleh sertai event ni |
aneka sandwich dan buah-buahan |
udang tempura |
Jam 10 dah kena panggil masuk dewan, pagi-pagi ni semua
fresh lagi dan bersemangat, hihi, boleh tengok tentatif sepanjang event kat gambar bawah ni
TRIP PERCUMA CYCLE 2019/2020
Kami dapat tahu dulu apa produk baru
yang bakal masuk pasaran Malaysia tak lama lagi, dapat tahu trip percuma
regional dan international untuk cycle baru, rasa excited gila tengok Shaklee
punya trip, regional trip pergi KOREA, international trip pulak pergi ke Switzerland,
geramnya rasa tak sabar nak start enjin dan jalan! rasa nak menangis pon ada
sebab baru berangan nak pergi tempat yang ada salji, lepastu Shaklee nak bagi
percuma je untuk percutian 5 bintang ni cuma kena kerja keras lebih, lebih
banyaklah.
Insha Allah, Farah akan cuba dapatkan salah satu tiket percuma kali ni. Teringin nak Switzerland tu sebenarnya, seronoknya lah kan kalau dapat 4 tiket ke Switzerland secara percuma tajaan Shaklee. Trip Shaklee ni bukan biashe-biashe Korang, menangis dalam sujud haku kalau dapat ni. Okay tu pasal trip, saja buat kami punya jantung berdegup kencang, menitik air mata tengok video trip percuma tu, aku nak kot! Dapat ke tak aku merasa ni, mentor pesan buat je, dapat tak dapat kerja ALLAH.
Insha Allah, Farah akan cuba dapatkan salah satu tiket percuma kali ni. Teringin nak Switzerland tu sebenarnya, seronoknya lah kan kalau dapat 4 tiket ke Switzerland secara percuma tajaan Shaklee. Trip Shaklee ni bukan biashe-biashe Korang, menangis dalam sujud haku kalau dapat ni. Okay tu pasal trip, saja buat kami punya jantung berdegup kencang, menitik air mata tengok video trip percuma tu, aku nak kot! Dapat ke tak aku merasa ni, mentor pesan buat je, dapat tak dapat kerja ALLAH.
tahniah Aisyah layak ke BLNC, tahun depan kita ke sini lagi ya. |
2 tix ke korea yeah |
I SEOUL U |
SUPRISE LAGI!
Sebelum lunch, kami diberitahu apa door
gift yang bakal kami bawa pulang, khas untuk peserta BLNC yang hadir sahaja. Keluar
gambar satu persatu kat skrin besar tu, bermula dengan gambar beg hijau, business tools dan akhir sekali keluar
gambar YOUTH radiance C+E, YOUTH SERUM dan blue
shimmer bag ni! Gosok mata berkali-kali, habis peha suami kena cubit sebab
macam tak percaya dapat door gift YOUTH yang bernilai RM800+,dapat blue shimmer beg tu memang Farah teringin sangat, satu dewan menjerit. Haha gila
lah dapat free kot, rasanya kos event untuk BLNC kali ni semua lebih RM1k per head kalau masuk kos
makan 3x tu, vitamin free lagi. Baiknya Shaklee. Labur beratus ribu untuk
menghargai para leaders. Terus buat kami rasa nak buat lebih baik untuk cycle
akan datang.
masa ni gosok-gosok mata macam tak percaya. hihi |
tadaaa! ni la door gift nya, semua ni boleh bawa balik. heheheeheeheheheh |
LUNCH
Tepat jam 12.30 kami keluar untuk lunch,
diberi waktu rehat yang panjang, 2.30 baru masuk dewan balik, keluar je dewan
terus beratur ambil door gift lepastu bergambar dengan semua leaders TWB dan
SOuL,
SOuL bersama Master kami Master Athurah Tieramiessyou |
lepas tu pergi makanlah apa lagi, hehe, ni antara makanan yang mampu
masuk dalam perut Farah, ada banyak lagi makanan tak mampu nak ambil lagi, lepas
lunch turun bawah redeem air vivix dan aiskrim vivix pulak, air tu rasa tawar
masam sikit, aiskrim sedap! Masam-masam manis. Dapatlah sorang satu. Cupcake? Tak
sempat nak ambil kena masuk dewan dah.
tak ingat nasi apa ni, macam nasi briyani, macsm nasi bokhari |
dessert |
abam vivix tengah tuang air |
ni la rupa air vivix |
basikal vivix ais krim |
sedap! |
nampak tak lelehan vivix tu? |
SAMBUNG
Masuk dewan ada pembentangan tentang “tell
me about telomere” oleh Mr. Les Wong yang merupakan Vice President Global Regulatory
Affairs, next entry Farah cerita balik pasal telomere ni okay, Farah simpulkan
sikit tentang telomere ni, makin panjang telomere makin kurang risiko kita
terkena penyakit kronik, makin pendek telomere makin tinggi risiko terkena
penyakit kronik, apa punca telomere jadi pendek? next entry. tunggu ya.
Kemudian kami diberi peluang untuk menyertai program latihan
terbaru “start your own business” yang akan diadakan pada bulan April ini selama dua hari. Alhamdulillah
dapat mesej dari Shaklee masa tu juga Farah confirmkan RSVP.
Kemudian akhir
sekali pembentangan untuk syarat-syarat kelayakan star achiever award untuk cycle
akan datang oleh Pn. Maziah Harun. Dan event berakhir lebih kurang jam 4.30
petang, bergambar dulu bersama team kemudian minum petang, ada chicken
teriyaki, ada buah-buahan, ada apa lagi satu lupa nama dia. Chicken teriyaki tu
sedap tak sempat nak snap gambar betery hp dah habis, hehe, lepastu sempat gi redeem cupcake, cake dia manis lembut macam sponge, krim
dia masam ada vivix lagi. Hehe.
cupcakes vivix |
kemudian kami terus balik dah rindu anak-anak. Sepanjang
perjalanan suami bagi tazkirah kalu nak berjaya capai apa yang Farah nak kena
selalu dating dengan ALLAH. DIA je yang boleh tolong Farah. Insha ALLAH balik
dengan semangat yang baru, tak boleh tidur malam terkenangkan trip percuma tu.
Alhamdulillah ini kisah dan pengalaman Farah untuk BLNC kali
ke-3, BLNC kali ni lebih suprise, lebih best dan lebih teruja, dan setiap BLNC
tu mesti ada kejutan yang kita takkan sangka. hehe sebab tu kami semua tak nak lepaskan
peluang untuk dapat jemputan ke BLNC ni rasa dihargai sangat-sangat tau, Farah
tak pernah meyesal kenal Shaklee apatah lagi menjadi sebahagian dari family
Shaklee.
Apa yang Farah impikan dalam hidup Farah semua boleh dapat
melalui Shaklee, nak sihat, nak kulit cantik dan awet muda, nak duit yang banyak,
nak percutian mewah percuma, nak penghargaan dari company semua ada. Cuma kena
usaha keras je untuk dapatkan. Yang penting focus, bukan kejap-kejap give up
terus bertukar arah. Sendiri kena gerak tak perlu mentor ketuk kalau nak berjaya,
sebab Farah perhatikan leader-leader yang berjaya ni semua gerak sendiri tak
tunggu diketuk, insha ALLAH nak sangat jadi macam mereka hingga peringkat
master Shaklee. Doakan Farah ya, moga korang yang sudi baca entry ni sampai noktah
terkahir diberi kejayaan dalam apa juga bidang suatu hari nanti. Ok sampai sini
dulu. Baii.
owh ya sebelum terlupa ni Farah dapat hadiah dari upline Farah master Athirah, comelkan coockies ni, sayang nak makan, anak-anak yang berebut.
tq mommy! love u! |
Ni pula hadiah dari Farah untuk downline yang berjaya melayakkan diri ke BLNC, tahniah Aisyah! |
Nak jana pendapatan bersama team Farah? boleh whatsapp Farah dekat link ni http://www.wasap.my/60132120792, Kami ada ramai mentor yang berpangkat coordinator dan master-master coordinator yang boleh bantu anda. yang penting kena ada ciri-ciri rajin, tak mudah give up, sentiasa bersemangat, sentiasa curi peluang, rapat dengan mentor dan tak perlu tunggu diketuk. whatsapp kat link tu okay? tq!
Comments
Post a Comment