TIPS MUDAH BERSALIN- BY RAKAN-RAKAN FACEBOOK

Assalammualaikum semua...

semoga sihat2 dan ceria2 selalu k...by the way, saya dah selamat masuk ke minggu yang ke-36, belum selamat bersalin lagi..hihi,

hari ini hari jumaat 22/08/2014 genap usia kandungan saya 36 minggu = 9 bulan...
doctor cakap 36 minggu baby dah boleh keluar sebab dah matang... saat2 macam ni memang tiap malam saya terbayangkan saat saya nak deliver baby nanti...macam mana la ye rasa sakit nak bersalin...huhu seram sejuk makkk...

selain persedian dari peringkat awal pregnant dengan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE, saya juga kena buat persedian dengan mengambil set pantang shaklee terus, so, pasal masalah kesihatan dalaman saya xde masalah, dengan izin ALLAH alhamdulillah dari first check up until now semua normal. dan saya bawak sekali set ni pi hospital nanti...nanti saya cite kat entry lain pulak persediaan barang-barang untuk ke hospital okeh!
so dah tak yah pening2 cari set pantang lain...



cuma, yang saya risau sebelum berpantang kenalah bersalin dulu kan..hihi, tapi macam mana nak kurangkan kesakitan ketika bersalin tu? saya tau bersalin tu sakit...tapi saya yakin mesti ada cara untuk kurangkan kesakitan time bersalin tu...banyak tips yg saya baca kat blog, buku hamil semua, dan kita boleh apply time tiba masanya nanti...tapi dalam buku & blog tu terlalu panjang & complicated kadang2 malas nak baca, jadi saya minta rakan2 fb saya yang pemurah yang dah ade experience untuk share sendri tips mudah nak bersalin...

apa-apa pun kita kena jugak atasi rasa risau dan takut tu...in sha ALLAH, ALL IS WELL! 

saya dah printscreen untuk kita apply kan bersama especially yang xde experience nak bersalin ofkoslah for the first baby...






okay secara ringkasnya daripada perkongsian rakan2 di alam maya, plus pesanan directly or indirectly dari orang2 sekeliling saya (suami, ibu, kawan-kawan, saudara mara, doktor, nurse)  , tips mudah bersalin adalah:
  1. amalkan surah maryam, x sempat baca pun cuba dengar, cth: otw nak g jalan tu pasanglah kat kereta surah Maryam.
  2. istighfar/selawat/3 qul/ zikir (laa ila hailla anta subhanaka inni kuntu minozzholimin), ni time nak deliver lagilah digalakkan kita menyebut ayat-ayat azimat ni semua, jangan menjerit melolong sakit...nanti nurse marah..hihi
  3. banyakkan berjalan-jalan, (jalan kaki) g windows shoping, pantai, bersiar2 kat taman ke, menyapu rumah, mop rumah, pergerakkan kena selalu walaupun slow dan kerapkan lagi aktiviti berjalan apabila dah ada tanda-tanda sakit nak bersalin.
  4. Minta maaf pada suami, ibu ayah, parents in law, saudara mara, rakan2 & etc, doa mereka sangat penting bila tiba waktu tu nanti...
  5. minum air selusuh dan vco (virgin coconut oil) air dan minyak ni mestilah dibaca dengan surah maryam, yusof, toha dan sewaktu dengannya, (minum time dah rasa betul2 sakit)
  6. kalau xnak kena induce, pastikan pergi hospital bila kita dah betol2 rasa sakit yang kerap, anak sulung mostly ramai yang sakit agak lama.
  7. dan yang paling penting dari sekarang kena positif, set kat minda ALL IS WELL...dan semestinya dengan izin DIA...maka berdoalah minta pada DIA moga diringankan sikit rasa sakit bersalin ni...
Papepun, tqvm pada yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing serta nasihat dan tunjuk ajar yang sangat berguna, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian..

okay...doakan saya selamat bersalin dan dapat zuriat yang sempurna akal dan fizikal dan comel! hihih

bye!

with love,
farah-mom to be <3












Comments

Popular posts from this blog

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)