"5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA"

Assalammualaikum...

Entry kali ni nak bawakan kepada anda 5 kisah wanita yang telah berjaya memperolehi pendapatan 4-5 angka dengan mobile spa TWB.


1) PUAN NOOR KAMILAH IBRAHIM



Mila dan suami ketika menghadiri BLNC Feb 2019


Ibu anak dua ini merupakan anak jati Terengganu berusia 30 tahun, merupakan seorang suri rumah dan full time bisnes Shaklee dan TWB. 

Puan Kamilah merupakan sideline Farah, Farah gelarkan dia Mila ya. Mila mula terjebak dengan TWB selepas dia sering memerhatikan sharing daripada mentor tentang projek buat duit dengan spa TWB. Tapi pada masa yang sama ada 2 perkara yang membelenggu fikiran Mila. 

1- Diri Mila sendiri yang kurang minat tentang kecantikkan
2- macam mana nak buat spa dengan 2 orang anak kecil.

dan Mila masih berada dalam denial mood, dia selalu rasa cukup dengan apa yang ada sedangkan banyak lagi mpian Mila yang masih belum tercapai, rasa tak percaya pada diri sendiri, cukup bagi mila jadi orang biasa-biasa sahaja. 

Tapi ada satu turning point yang berjaya merubah persepsi Mila apabila dia sedar bila biasa-biasa maka kehidupan kita akan biasa-biasa jelah sampai bila-bila. Selepas itu Mila decide untuk sertai TWB pada November 2017, Tanpa fikir panjang Mila nekad untuk hadir training spa TWB walaupon sedang sarat hamil anak ke-2. (8 bulan pregnant).

Dan Mila bukan hanya focus pada instant cash dari servis spa sahaja malah Mila juga focus keenam-enam penjuru income TWB! Setel training Mila terus buat servis spa walaupon dah tunggu masa nak bersalin, dengan tangan yang keras, keadaan perut yang yang dah semakin besar ia bukan halangan bagi Mila.

Dapat feedback positif dari customer buatkan Mila rasa semua tu tiada apa-apa masalah pun, Mila praktis lagi dan lagi, entah dari mana semangat datang Mila redah walaupon dah dekat hari nak bersalin. 

Selepas habis berpantang Mila beranikan diri untuk jadi trainer, sebab ada downline Mila berminat nak join spa TWB.

Pencapaian Mila dalam TWB pernah dapat instsnt cash RM1.6K dalam masa seminggu sahaja, belum termasuk lagi income dari penjuru yang lain. 

Mila nampak TWB merupakan 1 platform yang sangat mudah untuk berjaya dalam bisnes (dapat instant cash dengan sangat cepat), dan kita ada career development bukan untuk target buat duit melalui service sampai bila-bila yang mana kita memerlukan tenaga setiap kali dapat job spa.

Tetapi kita boleh plan masa depan dengan lebih baik, ada passive income, bonus statement yang penting untuk seorang suri rumah untuk mula membina aset dan sebagainya, semuanya Mila boleh dapat dengan TWB. 

Inilah sedikit kisah inspirasi dari Kamilah yang buatkan Farah terinsipirasi dari dia.


2) SITI AISYAH BT AB RAZAK



Aisyah sewaktu menghadiri BLNC Feb 2019

Anak jati kelahiran Melaka, berusia 29 tahun, berkahwin dan masih menunggu kehadiran cahaya mata. merupakan sepupu rapat Farah dan juga merangkap downline/Anak Farah dalam Shaklee dan TWB. pernah bekerja sebagai admin @ contractor company, kerja di CC, pernah jadi PA dan juga guru ganti.

Terjebak dengan TWB bila kakak sendiri a.k.a founder TWB ajak join, hehehe. Aisyah seorang yang minat dengan bab kecantikkan no wonder lah TWB sangat dekat di hati dia, at the same time dia juga amat mementingkan penjagaan kesihatan. pakej lengkap yang ada dalam TWB iaitu kecantikkan dan kesihatan.

Pencapaian paling besar yang pernah Aisyah capai dalam hidup dia selepas dia join TWB adalah dia dapat pergi melancong ke oversea setiap tahun hasil daripada duit spa 100%, dapat hadiahkan suami  dia percutian bersama  ke Universal Studio Singapore (USS) sempena wedding anniversary dan dapat beli sebuah kereta honda city V-TEC. pencapaian lain dapat mencapai bonus bulanan sehingga RM1-2K.

since Aisyah komited dengan TWB, dia mempunyai keyakinan yang lebih tinggi walaupon hanya bergelar seorang suri rumah, ada masa yang lebih flexible dan boleh berdikari kesana kemari tanpa menyusahkan suami. 

Aisyah seorang yang berjiwa besar, ada potensi besar untuk berjaya seperti dua orang kakaknya yang sudah pon bergelar master dalam Shaklee. Founder TWB sendiri Master Ainul Shahrazad Ab Razak, dan co founder TWB, Master Athirah Ab. Razak. insha Allah next, Master Aisyah & Master Farah in the making. Koh3


3) NUR HADHIRAH BT ZULKIFLI



Dhirah di BLNC Feb 2019


Seorang gadis manis berusia 27 tahun, merupakan anak jati Terengganu dan menetap di Terengganu, masih berkhidmat sebagai Physiotherapist secara full time, dan berTWB secara part time (after waktu kerja dan hari weekend)


Dhirah mula terjebak dengan TWB pada December 2016 (pakej rm750) dengan master Athirah, kemudian Dhirah upgrade full pakej spa belajar 5 course lengkap pada pertengahan tahun 2017.

walaupon Dhirah buat TWB secara part time, tetapi Dhirah mampu dapatkan semula pulangan modal dalam tempoh 3 bulan sahaja selepas upgrade pakej TWB. 

Dhirah focus keenam-enam penjuru income TWB, keuntungan runcit, service spa, bonus Shaklee dan 3 lagi rahsia. Farah tak boleh reveal, maaf naa. hehe, nak tahu meh join TWB dengan Farah.

Antara kejayaan dan pencapaian Dhirah,

1- Anak didik Dhirah semakin ramai since adanya projek TWB, 
2- Berjaya kumpul personal saving sehingga RM20k akibat konsisten menyimpan RM1K per month hasil income daripada TWB dan Shaklee
3- Berjaya hadiahkan ibu Dhirah 1 full set complete set youth intensive treatment berharga RM1.6K  sempena birthday ibunya pada dec 2018 menggunakan 100% daripada hasil spa dan shaklee
4- Berjaya melayakkan diri ke Business Leaders National Conference pada Feb 2019 yang merupakan event Shaklee yang pertama Dhirah berjaya hadiri mengikut prestasi efektif selama 3 bulan berturut-turut dalam cycle Shaklee 2018

Saranan Dhirah untuk kaum wanita especially yang masih bekerja diluar sana,

1- Melaburlah dalam bisnes mobile spa TWB, ianya kursus spa terbaik yang telah meghasilkan banyak proven result/kejayaan yang wow!

2- Nak rasa konfiden, berani berimpian tinggi? pilihlah TWB!

3- Nak merasa travel ke seluruh dunia? pilihlah TWB kerana peluang mengembara tersedia dengan bisnes hebat ini.

Hebat anak muda ni kan, kalau Dhirah yang masih bekerja mampu buat TWB secara part time dan dah terbukti dia boleh dapat macam-macam daripada TWB kenapa tidak anda?



4) NUR IZATY BT ROSLI


Izati atau lebih mesra dengan panggilan kak ijat bersama founder TWB master Ainul. 


Seorang bekas executive accountant di sebuah NGO selama 2 tahun, berasal dari Melaka dan sekarang menetap di Nilai, berusia 31 tahun kini bergelar sebagai suri rumahtangga sepenuh masa since melahirkan anak pertama.

Sangat sayang dengan kerjayanya, tetapi terpaksa korbankan cita-citanya asbab baby sulungnya memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi akibat eczema. Tidak membuang masa izati cuba mencari pekerjaan yang flexible supaya boleh bekerja sambil jaga anak.

Allah takdirkan Izati dengan projek spa TWB selepas bersalin anak ke-2, Apa yang membuat hati Izati tertarik adalah career development dalam TWB bukan sekadar menjadi beautician semata-mata, tapi its more than that, yang best Izati cuma memerlukan masa 1-3 jam sahaja untuk bekerja. Masa yang lain boleh focus pada anak-anak dan family.

lifestyle TWB seperti career woman sangat walaupon cuma menjalankan bisnes spa sahaja.

Izati tekad menyertai TWB (pakej RM399 masa dulu-dulu) walaupon tiada duit langsung akibat menganggur selama setahun dengan  cara meminjam duit daripada adik beradik dan suaminya. berkat kegigihan Izati berjaya mendapat pulangan modal dalam masa seminggu.

Lepas training Izati terus apply ilmu dan promote pada orang yang terdekat. kemudian Izati upgrade lagi pakej TWB, tiada istilah rilex bagi dia, selagi ada ruang selagi itu dia akan jana income dia. Income Izati sebulan mencecah hingga RM4K hasil daripada 6 penjuru income TWB. wow kan!

Izati seorang yang sangat sibuk dengan rutin harian sebagai seorang suri rumah, isteri, ibu kepada 3 orang cahaya mata. waktu malam dengan kerja dakwah dan usrah, usrah online, keluarga, kerja sekolah anak lagi tapi Izati tetap cuba curi masa untuk follow up bisnes, leader-leader dia, buat target setiap hari, cari customer Shaklee, cari prospek twb dan macam-macam lagi! 

Tiada alasan baginya bila dia cuma nampak kemanisan disebalik kesusahan dan kepayahan yang di hadapi pada waktu sekarang.

sangat terinspirasi!



5) WAN SYAHIDA KAHAR



kak Shye ketika menunaikan Umrah 


Merupakan seorang bekas engineer pada tahun 2014, after resign terus join Shaklee, sekarang house wife sepenuh masa,. Mula menyertai Projek SPA TWB pada Nov 2015 (Pakej rm750) kos facial sahaja masa tu. Big why Puan Syahida atau lebih mesra dipanggil kak Shye adalah untuk mencapai career developmnet dan improve income walaupon sorang suri rumah 24 jam.

Antara perkara paling berharga yang pernah diperolehi kak Shye sejak join TWB adalah berpeluang memperolehi ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan dan kecantikkan dan lebih rasa fun bila berbisnes once ada progress.

Modal kak Shye pun guna income bonus Shaklee sahaja, since join TWB income kak Shye stabil je 4 angka setiap bulan walaupon tak buat servis spa langsung tau. wow sangat kan! so anda bayangkan kalau yang buat servis dan focus kesemua 6 penjuru income TWB lagi lah berkepuk-kepuk income diorang kan.

TWB amat jauh berbeza dengan kursus spa diluar, perbezaan yang paling menarik adalah kelebihan mentorship yang ada dalam bisnes TWB even selepas hands on training, then ada 6 penjuru income yang kita boleh kejar, ada career development, walaupon tak buat servis spa still boleh jana income 4 ke 5 angka, ada free trip ke oversea kita boleh dapat, dan macam-macam lagi keistimewaan jika kita komited dalam TWB.

Kak Shye pernah sekali jalankan servis spa dekat jiran-jiran, rasa berbaloi sebab sejam je dah boleh dapat RM50, mudah gila buat duit dengan TWB!

Kak Shye mula membesarkan empayar nya dengan membantu wanita lain yang ingin buat bisnes mobile spa TWB.

Average pendapatan kak Shye minimum RM1k sebulan dan pernah hit sehingga RM5K akibat projek spa The Walking Beauty.

Antara pencapaian kak Shye berjaya membesarkan tabung simpanan dia walaupon hanya bergelar seorang suri rumah, tunaikan umrah, travel ke Istanbul(Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam) Kyoto dan Osaka (Jepun), belanja family penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena anniversary, bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10K dan banyak lagi.

Antara saranan kak Shye untuk wanita diluar sana, jomlah sertai TWB, terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah lah nak full time atau part time, once dah join, dah faham lubuk-lubuk duit yang ada anda akan rasa untung sangat-sangat apabila menjadi salah seorang alumni TWB.


.................................................................

Alhamdulillah, sebenarnya ramai lagi wanita yang dapat memberikan inspirasi dalam TWB dan Farah pilih 5 orang ni sebab rasa mereka ni lebih dekat dengan hati Farah, nampak improvement perjalanan mereka dalam TWB.

Tapi...

Percayalah untuk capai apa yang mereka capai sekarang perlukan usaha yang kuat dan komited, duit tak jatuh dari langit beb, kena usaha, cuma jalan yang mudah dah ada terbentang depan mata, tinggal usaha dan usaha! selebihnya tawakal pada ALLAH. jaga hubungan dengan ALLAH dan sesama manusia insha ALLAH kejayaan pasti kau kecapi bila tiba saatnya nanti.


ok tq kerana sudi baca sampai habis. anda suri rumah mahupon berkerja, nak buat TWB part time or full time, its up to you, boleh daftar sekarang dengan Farah 0132120792, or boleh klik je link ni SAYA NAK JOIN TWB

2 pakej pilihan yang menarik tersedia menanti anda.



TQ guys!























Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)