|Hadiah Hari Jadi| 21 Mei 2015| TERIMA KASIH ABANG♡♡♡

Assalammualaikum. Hai.

Ya Allah lamanya blog ni tak dijengah. hehe. Tapi insha Allah lepas ni akan jengah-jengah selalu sebab dah ada "baby gold" ni yang sangat memudahkan kerja saya.


21 may 1990 adalah hari ibu saya mempertaruhkan nyawa melahirkan saya. anak perempuan sulung di dalam keluarga. Terima kasih ibu dan ayah sebab dah besarkan kak long dengan sempurna.


So hari ni 21 may 2015 hari khamis genap umuq saya 25 tahun. Oh my Allah. Sekejap je masa berlalu. Umur makin meningkat hidup pun dah terlalu singkat. Jadi azam saya, saya tak nak dah lewatkan waktu solat, saya nak kerja sungguh2 untuk dunia dan akhirat.


Okay haritu saya da janji nak tunjuk hadiah hari jadi daripada suami saya kan. Hihi. Kalau ingat la status saya kat fb masa tu. So hari ni saya tunjuk la. Actually hadiah ni mungkin biasa je bagi korang. Haha. Sy je jakun sebab hadiah ni dari suami saya. Dan hadiah ni banyak memudahkan urusan saya sekarang. Contoh macam sekarang saya update blog pon boleh sambil baring. yang paling best website yang wajib saya lawati hampir setiap hari pun boleh shopping dah melalui hadiah ni. Alaa tau dah korang dah dapat teka hadiah apa. Just nak share betapa excited nye saya yang jakun ni. Heheeh


Okay nah tengok hadiah daripada suami saya.tadaaaa!


Samsung GALAXY GRAND Prime.




Macam mana suami boleh bagi hadiah ni? Hehe. Kes hp pemberian bapa mertua saya jatuh. Siapa yang jatuhkan? Nailah la. Puteri kecil saya. Menjerit nak main hp saya. Then dia baling. Tekan2 tengok dah x keluar apa2. Haha senyum jela nak oi. Nak marah x boleh sebab saya yang salah. okay x pe kita pi hantar betul jela. Screen yang rosak. Beratus jugak kena. Hihihi. Nasib bonus ibu dia ada lebih bulan tu..


So pi kedai hantar bagi betul. Suami kejap2 belek katalog samsung. Dia ada kata dia nak tukar hp baru tapi saya memang tak jangka la hp saya yang tukar baru bukan hp dia. Hehe. Dia tanya saya hp mana yang saya suka. Saya kata kalau sayang nak beli hp pon kne tunggu bonus besar baru boleh. Time tu memang tak harap apa2 dan tak expect apa2 sebab saya ni bukan suka minta-minta suami beli benda mahal2. sebab saya tahu macam mana susah suami saya nak cari rezeki untuk kami. Duit bukan senang dapat kalau malas.


saja2 usha katalog tu. Tiba2 saya kata kalau nak beli nanti sayang nak amik yang ni (tunjuk gambar samsung galaxy grand prime) dan sayang nak kaler gold. Sebab gold lambang kemewahan. time ni dah kat kedai makan sebelah kedai hp tu. Then suami terus bangun dan cakap nak order 1 hadiah hari jadi katanya! Saya tahan tak bagi. Saya kata jangan. Simpan duit abang. Tapi dia seboleh2 nak bagi. Terharu. Sayu semua ada. Tgh makan chicken chop tetiba mata saya berkaca. Nasib kat dalam kedai makan tak de orang depan saya.


Nanti dorang mesti ingat saya gaduh. Tapi saya tengah terharu time tu. Heheh. Over kan. Biasa la hati seorang isteri. Even suami bagi ucapan pon dah terharu bak hang ni pulak keluar duit bagi hadiah kat kita kan.


Esoknya suami balik kerja tengahari minta simkad saya nak potong. Hp dah sampai. Menangis lagi saya.

Nah layan gambar baby gold saya jap. Hehe



sampai2 dah dalam sarung pink ni. Cantik! Nak menangis lagi rasa. Suka yang amat. Jakun kan. Haha. Orang lain tiap bulan tukar hp baru rileks je. Yela saya ni dari kecil hidup bukan senang. Tapi bila dapat cam ni syukur tak terkata. Since kawen ni rezeki mencurah2. Alhamdulillah. Terima kasih abang untuk segala yang telah tersedia ini.

Alhamdulillah. kerja saya bertambah mudah dengan kehadiran baby gold saya. terima kasih abang for everything. Doakan bisnes sayang hari2 maju untuk kesenangan kita bersama dunia akhirat. Terima kasih atas sokongan abang. Suami kata abang bagi hp ni bukan untuk suka2 la. Untuk bisnes. Ok. Amanah. Hihih. Semalam dia kata nak beli i phone untuk saya. Yang baby gold dia nak. Saya kata jangan membazir simpan duit dulu. Dah kaya sangat ti boleh la tukar i phone.








tu kat screen mesti ada gambar puteri kecil saya. Nailah penguat semangat saya. Okay. Sori terpanjang cerita ni. Hihi k babai.
















Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

PENGALAMAN BERSALIN CAESAR