Saturday, 12 September 2015

REVIEW: The Walking Beauty|Projek SPA tanpa kedai

Hai, Assalammualaikum korang,

okay, rasanya memang dah viral dah project ni kat facebook, instagram, google etc, kalau korang klik #thewalkingbeautyproject /#homespa / #mobilespa berderet keluar tentang project super awesome ni. So far project ni sangat2 mendapat sambutan daripada student dan suri rumah khasnya. Berebut mereka nak join untuk dapatkan ilmu yang akan mendatangkan duit kemana sahaja korang pergi.

Okay la biar gambar dibawah explain apa tu projek "the walking beauty"?


Menarik bukan? Actually modal untuk ada spa atas nama sendiri ni murah je. Tapi bukan semua tempat dapat harga serendah rm750. pergilah mana2 kursus memang beribu habis untuk belajar sahaja tak termasuk produk-produk spa. RM750 modal yang perlu korang bayar untuk harga product lengkap. The rest is free.


apa yang akan anda perolehi jika mendaftar dengan pakej rm750?

  • Training/praktikal free
  • Access dalam group gang jutawan spa    
  • buku manual disediakan.
  • video praktikal juga disediakan
  • Product spa lengkap termasuk peralatan asas spa  


siapa yang layak menyertai kami?


Semua para wanita yang sedang tercari2 income tambahan.

pekerja kerajaan/swasta, para pelajar/suri rumah/mak andam dan semua yang rasa nak tambah duit poket anda boleh sertai kami.


Dan dan dan! anda juga akan menerima sebotol vita lea shaklee percuma yang bernilai rm90+!


Produk vitalea akan diberi secara percuma khas untuk yang mendaftar pada bulan ini dan bulan oktober sahaja.

 hehehe. Banyak gila benefit bila join projek #thewalkingbeauty ni kan. Secara tidak langsung dapat ilmu, dapat jana pendapatan, dapat jaga kecantikkan luaran dan dalaman, dapat macam2. Kita ada support group yang sangat2 membantu. Lagi2 masa ekonomi tengah merudum ni, ini antara ikhtiar kita mencari sumber rezeki yang sangat fun no stress2! Hihihi.
apa jua kerja yang sedang anda lakukan projek ini tidak akan menganggu kerja asal anda. Ada customer deal la waktu free anda. Simple, enjoy & fun! Dapatkan ilmu yang tidak akan anda dapat dengan harga serendah ini.

Aktiviti kami:


Spa berkonsepkan tradsional. Home spa my home sweet home.

Agen beautician yang sedang di training 

Agen beautician yang sedang di training











sertai kami dan bersama kami dalam menjana pendapatan sampingan setiap masa.


Hubungi saya untuk pendaftaran

013-2120792 farah, agen beautician the walking beauty




















Thursday, 21 May 2015

|Hadiah Hari Jadi| 21 Mei 2015| TERIMA KASIH ABANG♡♡♡

Assalammualaikum. Hai.

Ya Allah lamanya blog ni tak dijengah. hehe. Tapi insha Allah lepas ni akan jengah-jengah selalu sebab dah ada "baby gold" ni yang sangat memudahkan kerja saya.


21 may 1990 adalah hari ibu saya mempertaruhkan nyawa melahirkan saya. anak perempuan sulung di dalam keluarga. Terima kasih ibu dan ayah sebab dah besarkan kak long dengan sempurna.


So hari ni 21 may 2015 hari khamis genap umuq saya 25 tahun. Oh my Allah. Sekejap je masa berlalu. Umur makin meningkat hidup pun dah terlalu singkat. Jadi azam saya, saya tak nak dah lewatkan waktu solat, saya nak kerja sungguh2 untuk dunia dan akhirat.


Okay haritu saya da janji nak tunjuk hadiah hari jadi daripada suami saya kan. Hihi. Kalau ingat la status saya kat fb masa tu. So hari ni saya tunjuk la. Actually hadiah ni mungkin biasa je bagi korang. Haha. Sy je jakun sebab hadiah ni dari suami saya. Dan hadiah ni banyak memudahkan urusan saya sekarang. Contoh macam sekarang saya update blog pon boleh sambil baring. yang paling best website yang wajib saya lawati hampir setiap hari pun boleh shopping dah melalui hadiah ni. Alaa tau dah korang dah dapat teka hadiah apa. Just nak share betapa excited nye saya yang jakun ni. Heheeh


Okay nah tengok hadiah daripada suami saya.tadaaaa!


Samsung GALAXY GRAND Prime.




Macam mana suami boleh bagi hadiah ni? Hehe. Kes hp pemberian bapa mertua saya jatuh. Siapa yang jatuhkan? Nailah la. Puteri kecil saya. Menjerit nak main hp saya. Then dia baling. Tekan2 tengok dah x keluar apa2. Haha senyum jela nak oi. Nak marah x boleh sebab saya yang salah. okay x pe kita pi hantar betul jela. Screen yang rosak. Beratus jugak kena. Hihihi. Nasib bonus ibu dia ada lebih bulan tu..


So pi kedai hantar bagi betul. Suami kejap2 belek katalog samsung. Dia ada kata dia nak tukar hp baru tapi saya memang tak jangka la hp saya yang tukar baru bukan hp dia. Hehe. Dia tanya saya hp mana yang saya suka. Saya kata kalau sayang nak beli hp pon kne tunggu bonus besar baru boleh. Time tu memang tak harap apa2 dan tak expect apa2 sebab saya ni bukan suka minta-minta suami beli benda mahal2. sebab saya tahu macam mana susah suami saya nak cari rezeki untuk kami. Duit bukan senang dapat kalau malas.


saja2 usha katalog tu. Tiba2 saya kata kalau nak beli nanti sayang nak amik yang ni (tunjuk gambar samsung galaxy grand prime) dan sayang nak kaler gold. Sebab gold lambang kemewahan. time ni dah kat kedai makan sebelah kedai hp tu. Then suami terus bangun dan cakap nak order 1 hadiah hari jadi katanya! Saya tahan tak bagi. Saya kata jangan. Simpan duit abang. Tapi dia seboleh2 nak bagi. Terharu. Sayu semua ada. Tgh makan chicken chop tetiba mata saya berkaca. Nasib kat dalam kedai makan tak de orang depan saya.


Nanti dorang mesti ingat saya gaduh. Tapi saya tengah terharu time tu. Heheh. Over kan. Biasa la hati seorang isteri. Even suami bagi ucapan pon dah terharu bak hang ni pulak keluar duit bagi hadiah kat kita kan.


Esoknya suami balik kerja tengahari minta simkad saya nak potong. Hp dah sampai. Menangis lagi saya.

Nah layan gambar baby gold saya jap. Hehe



sampai2 dah dalam sarung pink ni. Cantik! Nak menangis lagi rasa. Suka yang amat. Jakun kan. Haha. Orang lain tiap bulan tukar hp baru rileks je. Yela saya ni dari kecil hidup bukan senang. Tapi bila dapat cam ni syukur tak terkata. Since kawen ni rezeki mencurah2. Alhamdulillah. Terima kasih abang untuk segala yang telah tersedia ini.

Alhamdulillah. kerja saya bertambah mudah dengan kehadiran baby gold saya. terima kasih abang for everything. Doakan bisnes sayang hari2 maju untuk kesenangan kita bersama dunia akhirat. Terima kasih atas sokongan abang. Suami kata abang bagi hp ni bukan untuk suka2 la. Untuk bisnes. Ok. Amanah. Hihih. Semalam dia kata nak beli i phone untuk saya. Yang baby gold dia nak. Saya kata jangan membazir simpan duit dulu. Dah kaya sangat ti boleh la tukar i phone.








tu kat screen mesti ada gambar puteri kecil saya. Nailah penguat semangat saya. Okay. Sori terpanjang cerita ni. Hihi k babai.
















Thursday, 5 February 2015

Must Read: 20 + 1 perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak!

Bismillahirrahmannirrahim

Assalammualaikum korang.

Jalan2 kat newsfeed facebook terjumpa pulak benda ni. memang betul2 berlaku kat saya. korang2 yang tengah tunggu saat2 kelahiran mesti akan rasa cam ni jugak bila si comel dah ada depan mata.
yang dah ada anak cuba baca betul x terjadi kat korang...hihi

kredit: 


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.
Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**
saya nak tambah satu lagi perubahan dalam diri saya.

21- saya sanggup xnak kerja luar demi nak lihat anak membesar depan mata. kekuatan utama untuk saya terus berjaya dalam shaklee.

point ke- 21 saya sendri rasa dan alami, sebelum Nailah keluar saya sibuk nak kerja, kejap2 kol pegawai Jaim tanya ada kekosongan ke x kat mana2 SRA. Sampai pegawai tu pun malas dah nak angkat kol saya...hahahah

tapi segala2nya berubah bila Nailah dah keluar. kerja luar saya lupakan, saya tekad kerja dalam rumah. orang panggil working at home mum. hehehe. 

its really happened to me. totally change my life. :D 
all about her, my lovely daughter.


NUR NAILAH INSYIRAH BT MUNIM















Kenapa Pilihan Saya Nak Jadi Suri Rumah Tapi Bergaji?

Bismillahirrahmannirrahim

hai, assalammualaikum korang.

sihat ke hari ni, mesti letih kerja kan...especially yang dah berumahtangga dan ada sikecil yang perlu diuruskan, plus suami lagi. anda wanita hebat! kuat. beza dengan saya. tapi x bermakna saya x kuat bila x kerja...aippp...siapa cakap saya tak kerja?

zaman sekarang ni, dengan keadaan ekonomi sekarang memang x boleh suami sorang je kerja. frankly speaking, dengan hutang kami yang menimbun, hutang kereta, rumah, bank, hutang belajar saya lagi, sapa nak bayar? suami? kesian kan kat dia. mana dia nak selesaikan hutang dia, ni nak tambah hutang bini dia...saya xkan benarkan dia bayar hutang saya kecuali dia dah terlebih kaya...hehehe

tipulah korang tak dek hutang. mesti ada kan. tapi saya memang rasa beruntung la, saya cuma hutang belajar rm18k je.  hutang lain memang xde. so, korang rasa kalau saya x kerja macam mana yea saya nak settle kan hutang belajar saya? rugi kan, belajar 4 tahun tapi x kerja. aipp..siapa kata saya x kerja. nanti saya cerita apa kerja saya.


suri rumah ni kira kerja juga tau, kerja paling mulia. tabik springla kat mereka yang kerja kat luar dan balik uruskan rumahtangga pulak...saya boleh bayangkan keletihan mereka. cari duit, urus rumahtangga lagi, anak2 lagi...subhanallah, kagum dengan kekuatan wanita yang ALLAH cipta. para suami sila lah hargai isteri anda. cukup dengan ucapan "terima kasih sayang" dah cukup buat isteri lega, hilang penat. buatlah. mesti dia senyum. :P


dulu sebelum kahwin saya dah ada pengalaman mengajar SRA Alai. selepas kahwin sebulan je ngaja ganti guru bersalin tapi tempat berlainan la, dekat SRA Duyung. time tu bulan 1 saya dah dapat tahu saya pregnant (bunting pelamin) dah start letih2, mabuk, cepat penat. ALLAH maha mengetahui. bulan dua saya dah x ngaja sebab dah selesai tugas saya sebagai guru ganti.


Dengan mengajar saya kenal ramai orang, kawan2 bertambah, ada yang jadi pelanggan tetap saya sekarang, (hikmah kerja) pastu saya nak ngaja lagi, banyak kali juga la minta kat Jaim, Tapi memang xde rezeki saya. saya nak bantu suami, saya teringin nak jawatan guru agama kontrak. tunggu punya tunggu paggilan interview dari sehari ke sehari...mula2 dengar interview bulan 3, pastu dengar bulan 5 pastu dengar bulan 7 sampai saya bersalin sebulan lepas tu dapat surat panggilan interview dari jaim kalau tak silap saya pertengahan bulan 10.


time ni la macam2 kisah yang buatkan saya tekad dah xnak terima lagi tawaran mengajar. haha..frust tu adalah sikit tapi tu dulu sebelum Nailah ada. 


yea, saya tekad nak duduk rumah xnak kerja! teruk ke? bagi saya x. saya nak jadi suri rumah, ibu yang boleh melihat perkembangan anak daripada bayi hingga dia dewasa. yea, segala2nya berubah saat saya memandang wajah kecil ini. mungkin ramai yang kata saya tolak rezeki. whatever lah macam2 cerita saya dengar. tapi bagi saya, keputusan saya adalah tepat. saya nak jadi guru untuk anak saya, nak jadi isteri yang sempurna dipandangan mata suami saya. salah ke?


my Nailah



walaupun hakikatnya pada permulaan saya menerima surat tawaran temuduga (baru temuduga.hihih) suami saya, ibu ayah saya beria2 suruh pergi tau...sedih tau...nak nanges rasa. saya xnak kerja...dulu yelah boring kat rumah. sekarang dah ada kawan. ibu cakap, kerja long, bayar hutang. ibu jenis xsuka berhutang kecuali terpaksa, respect my lovely mum. ibu cakap kalau kak long xde hutang xpe...nampak risau ibu.

suami pula risaukan saya xde duit belanja. yela nak beli baju ke, suami saya pulak jenis xsuka sangkut bayar hutang, so dia akan bayar hutang dulu, nafkah dia tetap bagi kat saya, tapi belanja rumah berkurang la xmewah macam mula2 kawen since amek kereta. saya xkisah, xpernah merungut. apa yang ada saya syukur, dah banyak suami sediakan.

nah tengok bukti ni. hehe..surat tawaran temuduga...


surat interview



tambahan pula seorang lagi ahli dalam rumah kami bertambah, keperluan sikecil ni lagi. tapi saya yakin rezeki Nailah ada untuk dia, so xde apa yang nak saya risau. suami siap tanya kawan2 dia, pandangan yang sama, kawan2 dia suruh saya pi juga iv. huh. berkerasnya saya kerana my little pricess ni.


memang tiada paksaan dari suami. tapi suami suruh saya fikir masak2...banyak faktor yang saya kaji sebelum buat keputusan. petunjuk ALLAH paling saya utamakan. setiap malam saya nangis tengok muka anak saya. betapa saya sayang sangat kat Nailah, saya rasa xsanggup saya biarkan orang lain jaga dia. saya minta pendapat sepupu saya...we are very close dari kecil hingga sekarang. sepupu saya Athirah merangkap emak shaklee saya. dia yang berkeras juga supaya jangan tinggalkan nailah dan buat shaklee betul2. saya akui setiap kata2 dia. 


saya buat istikharah, saya minta petunjuk dari DIA. mana yang terbaik tunjukkan jalan untuk saya yang tengah gila buntu ni. finally tiba hari interview, saya tekad xnak pi walaupun ramaiii sangat suh saya pi. hati saya tenang! tenang sangat2, saya boleh senyum kembali bila tengok anak saya. yesss!


saya dapat melihat perkembangan Nailah, saya yang akan tahu dulu perkembangan dia, bukan orang lain yang tahu dulu. saat dia mula senyum, mula meniarap, mula ketawa, mula mencapai objek, mula geli bila berak...haha, semua saya tahu dulu. nikmat yang saya tak tahu nak gambarkan cane. 



banyak faktor yang sangat mempengaruhi keputusan saya. saya tak boleh terima kalau saya sendiri marah anak saya apatah lagi orang lain. kalau dah pernat kerja dengar anak menangis ofkos kita akan termarah dia kan, padahal dia nak kan perhatian kita. faktor lain saya akan nyusahkan suami pi hantar jemput saya balik kerja, gaji rm1100 bagi saya macam xde je..haha, jujurla memang x cukup tau. anak makin  membesar, kita pun nak pakai macam2..sebulan kerja dengan duit minyak, wajiblah saya beli kereta comel satu untuk saya, nampak x? korang rasa cukup ke? sama je kan macam xkerja. duit habis kat situ je. 



akhirnya saya tekad dan janji pada diri saya, saya nak duk rumah je tapi saya nak duit saya juga, saya nak beli apa saya nak guna duit saya, bukan tambah beban suami. tapi macam mana cara saya nak dapat duit dengan duk rumah je??? saya wajib juga bayar hutang saya tu, macam mana?? 

jangan cari masalah, mari selesaikan masalah.hihi


konfom korang dah tau kan apa saya buat kat rumah sekarang. mula2 buat shaklee bonus saya 2 angka je...rm38++. meningkat 3 angka. now dah 4 angka. lebih dari gaji yang jaim bagi...hehehe. tapi shaklee ni unlimited bonus tau. janji korang sabar, rajin, ikut kata mentor, amalan rohani bagi mantap, rajin share dan niat nak tolong orang, yakin lah, ALLAH tunjukkan jalan dan ALLAH akan bantu kita. 


saya akan cerita untuk part ni di next entry. stay tune tau. nak follow saya? nak join under saya, nak join team & family dreams? cari saya cepat! :p









Tuesday, 3 February 2015

Friendship: Teka Yang Mana...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum


Dua daripada mereka anak shaklee saya. 
yess...kalau pandai teka la yang mana...hihi.

semua dah menjadi wife solehah.
kalau pandai teka la yang mana...

ada dua lagi yang masih solo kot...(wink2)
kalau pandai teka la yang mana.

ada yang suri rumah berpendapatan 4 angka, 
kalau pandai teka la yang mana ..:P

ada yang jadi PA suami
teka lagi yang mana

ada yang jadi guru
ramai...teka yang mana..hehehe


maen teka2. sekadar hiburan di pagi hari.

hihihi
mood: kekadang datang kerinduan zaman universiti dulu. layan memori lama tapi jangan lama2, kerja kak banyak menanti. 

okay. babai.:)




sambung whatsapp bakal anak shaklee lagi...:)



2013 restoran nasi arab Nilai, Negeri Sembilan.





Wednesday, 21 January 2015

info Kecantikkan : 5 sebab utama kulit anda kering dan bersisik!

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalammualaikum, hai!

Kulit kering dan bersisik, sangat mengerikan kan...?  seperti dalam gambar dibawah. taip je kat google images macam-macam jenis kulit yang keluar! owh, so scary! meremang bulu roma saya tengok gambar-gambar dibawah.

sumber google images



apa sebab kulit menjadi kering dan bersisik, tekstur kulit menjadi kasar dan keras, tengok je dah rasa ngeri apatah lagi kalau ada yang mengalami, confirm tak senang hati kan, malu, rendah diri, hilang keyakinan, semua perasaan ada...


saya percaya ramai yang impikan kulit yang putih, bersih, licin, soft, gebu, bebas masalah kulit kan...
nanti saya share petua kulit lembab & licin berseri...sebelum tu kita kenalpasti dulu 5 faktor utama kulit menjadi kering dan bersisik.

  • Faktor Persekitaran

terutama bagi mereka yang sentiasa terdedah dengan aktiviti luar, kulit terdedah pada sinaran matahari dan juga bagi mereka yang duduk dalam lingkungan yang berhawa dingin, haa..memang cepatlah kulit kita kering. dah kulit kita terhidrasi oleh matahari dan juga penghawa dingin, kurang cecair yang menyebabkan ia jadi kering.


mandi dengan mandian yang terlalu panas dan terlalu sejuk juga merupkan faktor persekitaran punca penyakit kita kering dan bersisik. 


  • Faktor Penggunaan Sabun 


Sabun juga boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan kasar, jadi pilihlah sabun yang boleh melembab dan melicinkan kulit anda

  • Faktor Genatik


mungkin ada diantara kita yang lahir dari keturunan kulit kasar dan bersisik. tapi mungkin boleh kita baiki semula tekstur kulit tersebut dengan cara pemakanan dan pengambilan suplimen.

  • Faktor Pemakanan


kurang mengambil pemakanan yang tinggi vita c, dan vita e juga boleh menyebabkan kulit kita jadi kering dan bersisik. kurang pengambilan makanan yang bernutrisi akan menjejaskan kulit kita. penat ke nak makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak setiap hari? penat nak beli sayur dan buah setiap hari? jangan risau, saya tahu jalan penyelesaiannya. 


  • Faktor Penyakit Kulit


kulit yang diserang penyakit kulit biasanya akan meninggalkan kesan yang teruk pada kulit yang menyebabkan kulit menjadi kasar, kering dan bersisik.


jadi 5 perkara diatas adalah sebab utama kulit kita menjadi kering dan bersisik, banyak cara kita boleh atasi masalah kulit ni, seperti menutup aurat sepenuhnya agar kulit terlindung daripada sinaran uv matahari, makan makanan yang berkhasiat, jaga kebersihan, dan yang paling penting ambil set kecantikkan shaklee, konpom kulit cantik. hihi...


nanti saya huraikan 1 persatu dalam next entry tentang cara atasi masalah kulit yang bermasalah orite. stay tune!

enjoy ur reading. tq.

hubungi saya pengedar shaklee anda
puan farah (953262)
SMS/WhatsApp 0132120792
(pakar kecantikkan anda)






Monday, 19 January 2015

MasCel...

Bismillahirrahmannirrahim..

hye, Assalammualaikum korang!

Semalam saya berkesempatan menghadiri Shaklee Master Celebration Nor Fahana (Ummu Durrah) & Master Saiful yang diadakan di Philea Resort Melaka.


MasCel (Master Celebration) adalah majlis penghargaan Shaklee kepada mereka yang sudah bergelar master dalam dunia Shaklee. RM50K peruntukkan bagi menghargai usaha kerja keras mereka yang dah sampai tahap rank master. pilih je hotel  5 star mana-mana yang kita nak. semua Shaklee akan sediakan. 100% shaklee uruskan...


serius teruja, diraikan seperti mempelai, macam bersanding sekali lagi tau. anak-anak master pakai crown, comel! saya dah berangan saya kat red carpet tu, Nailah pakai crown. mesti cantik dan comel saya dan Nailah nanti...hihihhi



Nasib baik buat kat Melaka tau semalam, dapatlah saya pergi, selalu buat kat luar Melaka, kecewa rasa, tak dapat pergi...


kat sana makan memang boleh kenyang sampai kembung. macam-macam makanan okay! saya ni dahlah suka makan. makan free weh siapa tak nak...hahaha, suami saya kata haa..abang nak lantak puas-puas..haha, patutlah dia kosongkan perut. memang melantak betul. :P


mana tak nya, lauk kat 10 jenis, aiskrim, kek, buah-buahan, roti, pencuci mulut. jap lagi layan gambar makanan okay. bagi korang terliur..muehehe


Eh, dahlah, stop bebel. meh layan gambar sekitar Shaklee MasCel. :D

Dengan mereka yang tersayang


Kredit gambar Athirah: mommy tiera dan master ummu dhurrah

Kredit gambar Athirah: Nanny (MAS) dan Master

bersama anak shaklee saya Aisya.

Adik saya Fatin. dia sangat teruja. terus nak jadi ahli...hihih

ini budak nasib perangai baik je...hihih

mommy amek gambar kami time makan

ulam-ulaman

buah-buahan

roti

tak pasti apa nama makanan ni.

kek yang pelbagai jenis

aiskrim

fish asam pedas

stir fried boneless chicken with pepper and hot bean

squid dry chill


braised green vegetable

stir fried pepper

mutton varuval

roasted beef with mushroom sauce

sedap! ni saya punya..muahaha


kenyang makan jom kita masuk dulu...hihi

supervisor aisya



bukan nak cerita pasal makanan, nak cerita betapa bestnya Shaklee menghargai kita...hihih..nak join saya? suri rumah berpendapatan 4 angka dan bakal 5 angka insha-ALLAH.

Contact saya,

0132120792. (Puan farah)

Tadaaaa...bye!