Kenapa Semua Orang Perlu Detox?

Bismillahirrahmannirrahim...

Hai Assalammualaikum. Alhamdulillah masuk hari ke-20 berjaya update blog dengan konsisten setiap hari. Fuh kalau Allah tak bagi ilham boleh jem terus otak ni. Syukur pada Allah, terima kasih ya Allah atas segala nikmat ini antaranya dipinjamkan lagi kekuatan untuk menulis perkara yang bermanfaat 😊.



Hari ini, Farah nak share pasal detox lagi. Kalau korang baca tajuk "Kenapa Semua Orang Perlu Detox?" Jawapan secara ringkasnya adalah sebab semua orang ada tubuh badan yang selalu terdedah kepada toksin bahkan kreatifnya Allah diciptakan dalam badan setiap hambanya ada organ-organ detox. 


Tu jawapan secara ringkas jela kan, tapi entry kali Farah akan kupas dengan lebih details lagi untuk menjawab persoalan kepada tajuk diatas supaya kita dapat elakkan salah tanggapan orang ramai terhadap detox. insha Allah. 😊 

.

Dah baca tak entry yang Farah ada share haritu pasal detox bukan sekadar untuk kurus? kalau yang belum baca nanti lepas habis baca entry yang ni nanti korang boleh terus klik je link yang ni okay >>> detox-bukan-sekadar-untuk-kurus.

.

Ramai orang ingat kalau detox je sesuai untuk orang ada masalah berat badan berlebihan sahaja kan?. Adakah korang diantaranya yang menganggap detox hanya untuk orang gemuk? kalau ya korang silap besar. Kerana detox adalah sangat penting untuk semua orang tidak kira kurus atau gemuk. Sihat atau sakit, selagi mana korang nak kekalkan kesihatan pada tahap yang paling optima korang perlu detox, boleh baca disini soal jawab tentang detox

.

Ada 10 sebab kenapa semua orang perlu detox:


1)  MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

Dengan detox Shaklee terbukti telah ramai dikalangan peserta yang mementingkan kesihatan telah berjaya mencapai tahap kesihatan yang lebih baik selepas mengikuti program Jom Detox Jutawan tidak kira anda kurus mahupun gemuk. 

dan disini juga >>> success-story-jom-detox-jutawan
 
Tetapi awas! Make sure anda tidak tersalah memilih Program detox anda. kerana bukan semua tertumpu kepada kesihatan tetapi lebih kepada penurunan berat badan sahaja.

2) TERDEDAH KEPADA TOKSIN

Semua orang tak kan dapat lari daripada toksin-toksin yang boleh merosakkan sel-sel badan ia berpunca daripada pelbagai faktor. hatta yang sentiasa berkurung dalam rumah juga tidak terkecuali apatah lagi yang selalu keluar bekerja, dan paling merisaukan bagi mereka yang kerja di lapangan.

3) TENAGA BERTERUSAN

Pernah tak rasa lesu je walhal tak buat kerja apa pon, baru bangun tidur pon lesu, nak tidur pon lesu semua kerja jadi slow. Jangan terkejut selepas anda menjalani Program Jom Detox Jutawan anda akan bertambah bertenaga

4) MAKANAN SIHAT YANG "TIDAK SIHAT"

Kita selalu mengangap sayur-sayur dan buah-buahan yang segar itu dah cukup sihat dan cukup memberikan nutrisi kepada badan kita. Tanpa kita sedar ada sayuran-sayuran dan buah-buahan yang  bertoksin dan disembur racun  yang terlalu tinggi disebabkan kerakusan dan ketamakkan pihak-pihak tertentu. awas la kita semua.

5) MENGGALAKKAN FUNGSI SELURUH SISTEM DETOX BADAN

Ya Mussawwir, uniq dan kreatifnya ciptaan Allah, dalam badan kita sendiri ada organ-organ detox, jadi rugilah kalau tak manfaatkan semua sebaiknya.

Kebanyakkan program detox diluar sana hanya  tertumpu kepada organ-organ detox yang tertentu sahaja dan ia tidak mennyeluruh. 

Bagi memastikan keberkesanan proses detoksfikasi kita dalam mencapai tahap kesihatan yang optimum kita memerlukan program detox secara menyeluruh dan komprehensif.


6) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK 

Kombinasi detox dan suplements dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik. Program detox ini adalah detox Shaklee way, disediakan meal plan oleh pakar nutrisi dan diperakui oleh doktor perubatan bagi memastikan badan kita betul-betul memperolehi nutrisi yang cukup dan dijamin tidak memudaratkan malah detox Shaklee telah membantu beribu-ribu peserta memperbaiki tahap kesihatan yang lebih baik.


7) SERVIS BADAN

Kalau air cond pon kita servis, filter rumah kita pon kita servis, kereta pon kita servis inikan pulak badan kita yang setiap hari terdedah kepada pencemaran udara, makanan yang tidak sihat, dan lain-lain. Takkan badan sendiri  kita tak nak service kan, servis dah ke paru-paru kita? usus kita? buah pinggang kita? kulit kita? hati kita yang duk tapis toksin luaran masuk kedalam badan kita setiap hari macam mana kita servis? itulah sebab penting kenapa kena detox. 😊


8) SUPAYA BADAN BOLEH BERTINDAK DENGAN LEBIH BAIK

Selepas proses detox badan akan mampu berfungsi dan bertindak terhadap apa jua suppliments dan senaman yang dilakukan dengan lebih baik dan berkesan, baru lah proses nak turunkan berat badan lebih mudah, nak cantikkan kulit lebih mudah nak jaga jantung pon senang, semua jadi smooth je tau selepas badan dah bersih. Macam kita lepas bersihkan kipas, konfom lepas tu kipas tu laju berikan rasa sejuk kepada kita.


9) MELATIH DIRI UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT

Once bila anda join detox dibawah program ini anda akan lebih cakna dengan gaya hidup yang lebih sihat omputeh sebut healthy lifestyle lah kan. Craving pada benda manis pon tertutup. bestkan? itulah nikmat kesihatan yang sebenar-benarnya bila makanan bukan lagi 1 tujuan dalam hidup kita.


10) BANTU RAMAI ORANG UNTUK SIHAT

Bila anda dah berdetox dan kesan dia anda dah rasai sendiri secara tidak langsung anda boleh bantu juga orang lain untuk hidup lebih sihat. Benda baik tak kan kita nak simpan sorang-sorang kan. Mesti rasa nak share jugak lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan kita. Mungkin sebab detox kita boleh bantu kurangkan bilangan pesakit dihospital? awaklah superhero yang dicari. hehe

.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab mengapa korang kena detox. tapi Farah highlight mana yang penting dulu la ya. so tak yahlah fikir lagi, tak kisahlah korang rasa korang gemuk ke kurus, sihat ke tidak join je terus Program ni. tak rugi pon awak kalau demi kesihatan. 😊Okay kalau berminat ni Farah letak no telefon Farah boleh terus whatsapp je.

Farah 013-2120792
Farah 013-2120792
Farah 013-2120792

Hah ada 3 orang Farah pilihlah nak whatsapp yang mana 😂

















Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

PENGALAMAN BERSALIN CAESAR