Bekerja Tapi Nak Buat Bisnes? Boleh ke?

Bismillahirrahmannirrahim

Assalammualaikum semua pembaca blog yang dirahmati Allah selalu. Semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah selalu hendaknya. Aamin.

Selalu cerita pasal suri rumah je kan kena buat bisnes, entry kali ni nak kupas sikit topik untuk orang yang bekerja pulak. Siapa yang bekerja hai sikit. ✋ hihi. So boleh ke tidak nak buat bisnes masa anda masih lagi bekerja?
Actually dah ramai sangat orang yang masih bekerja buat bisnes secara part time. Boleh je dan tak pernah salah asalkan tak curi masa waktu bekerja atau tak bisnes time waktu sedang bekerja untuk menjaga keberkatan rezeki dari duit gaji dan juga keuntungan dalam bisnes yang kita terima.

Dan sebenarnya bisnes part time sambil bekerja adalah peluang yang paling besar untuk anda bina prospek pada ketika anda masih lagi bekerja. Sebab apa? hah jap lagi Farah kongsikan beberapa sebab kenapa anda perlu bisnes ketika masih bekerja.

PENGALAMAN BISNES SEMASA BEKERJA

Nak cerita pengalaman Farah sendiri, sebelum jadi pengurus rumahtangga sepenuh masa, Farah juga pernah ada pengalaman berkerja sebagai seorang guru sekolah agama. Dan Farah juga start serius berbisnes masa Farah dah kerja, waktu bekerja Farah dari jam 2-6 petang. Tapi faham jelah tugas guru ni bukan semudah yang kita sangka. Walaupon tempoh mengajar tu tak lah lama macam office hour tapi banyak kerja kena bawa balik buat kat rumah lebih-lebih lagi bila time exam.

Jadi bila masa Farah urus bisnes? Masa free je Farah akan share je kat FB tentang kebaikkan Shaklee, mesti curi masa sebelum tidur ke, waktu pagi ke asalkan bukan waktu bekerja lah. Tapi yang bestnya bila ustazah-ustazah sekolah agama dapat tahu Farah jual Shaklee diorang pon nak beli dengan Farah. kiranya banyak juga Farah berjaya jual secara offline dengan ustazah-ustazah tempat Farah mengajar.

Farah ni bukan sejenis suka bercakap, pendiam orangnya atau boleh diklasifikasikan sebagai introvert person. Tapi masa tu sebab nak cari duit lebih ringankan je mulut ni bercerita tentang kebaikkan Shaklee. Imagine Farah boleh rank up sebagai supervisor Shaklee masa Farah bekerja. Bonus Shaklee lebih besar daripada gaji Farah masa tu. RM2k lebih bonus bila rank up supervisor. Gaji tak sampai seribu sebab Farah guru sambilan gaji bayar ikut hari, tapi syukur asbab dari kerja tu lah Farah dapat ramai customer dikalangan guru-guru. mereka order bukan sikit, banyak. sekali order rm400 ke 500 punya barang.

Jadi nampak tak peluang tu lagi besar bila kita bekerja. Cuma itulah bagi orang yang berkerja memang kena hati-hati bab keberkatan masa tu supaya duit kita pon lebih berkat.

Jadi Lebih 3 bulan juga Farah mengajar di Sra Jaim Alai dari bulan september 2013 sampai tamat persekolahan tahun 2013 tu. Lepas Farah nikah ada banyak kali jugak lah turun naik pejabat JAIM nak minta sambung. Dapat la mengajar kat Sra Jaim Duyung pulak selama sebulan sebagai guru ganti yang menggantikan guru cuti bersalin.

Mengajar kat tempat baru pon dapat lagi customer baru dikalangan ustazah-ustazah. ada ustazah yang belikan set pantang Shaklee untuk anaknya yang baru bersalin, ada ustazah beli set menyusu, ada yang beli ESP. Sementara tu ustazah-ustazah di Sra Jaim Alai still contact Farah untuk repeat order Shaklee. Masa tu Farah jarang dapat customer dari online, semua nak dikatakan dari offline.

Masa 2 minggu terakhir mengajar di Duyung, Farah dah start mabuk. Rupanya dah pregnantkan si Nailah. Pernah juga ambil cuti sehari dua sebab mabuk sangat, then gagahkan diri juga habiskan tempoh mengajar tu.

Habis tempoh mengajar, kat 4 bulan Farah stay kat rumah sebab mabuk. waktu ni Alhamdulillah order Shaklee tetap masuk customer offline Farah sentiasa repeat order setiap bulan. bila fikir best gak ya bekerja dari situ Farah dah dapat ramai customer. tak masuk yang online lagi.

Atlast Farah decide tak nak kerja walaupon dah dapat surat tawaran interview sebab masa tu kan lepas bersalin rasa berat sangat hati nak tinggalkan baby. Memang rasa tak boleh nak berjauhan dengan anak. Bila orang duk persoalkan kenapa tak nak kerja Farah menangis je. Slow talk dengan suami Alhamdulillah dia faham, start dari situ Farah nekad focus pada Shaklee sepenuhnya. Kira beruntung dah buat Shaklee awal-awal. bila jadi camni Farah dah ada backup untuk cari income. korang baca kat sini terselit kisah surat interview ni. >>>kenapa-pilihan-saya-nak-jadi-suri-rumah?

Dan hingga kini Farah terus konsisten bisnes Shaklee, jatuh bangun tu biasa dah. Tapi tetap stay sebab banyak kelebihan Shaklee yang takde kat bisnes lain. so sayang nak lepaskan. since team Farah pon sekarang dah cecah lebih 200 orang. Alhamdulillah.

Apa yang Farah nak cerita kat sini korang nampak tak apa sebab korang kena bisnes walaupon masih bekerja? ok jom Farah highlight kan beberapa manfaat apabila korang bisnes walaupon masih bekerja.

MANFAAT BISNES KETIKA MASIH BEKERJA

1) PELUANG BERJUMPA RAMAI PROSPEK

Korang tahu tak berdasarkan pengalaman Farah sendiri, Farah dapat jumpa ramai prospek dah telah pon jadi customer Farah sehingga sekarang. Berbanding bergelar seorang suri rumah korang kena struggle cari prospek secara online. Tapi kalau korang ni jenis extrovert, ramah mulut tak de hal kan buat offline juga walaupon suri rumah. Masa bekerja inilah secara tidak langsung korang boleh bina hubungan dengan ramai kenalan dan yang berpotensi jadi customer korang. So gunakanlah peluang yang masih ada depan mata ni. rugi jika dipersiakan. hehe

2) BISNES SEBAGAI BACK UP ANDAI TERPAKSA BERHENTI KERJA

Kecoh kan isu baru-baru ni pasal berita penutupan Utusan Malaysia dan Kosmo yang mengakibatkan 800 orang kakitangan kehilangan kerja. Bayangkan kalau semua kakitangan tu dah start bisnes dari mereka bekerja lagi pasti mereka tak kisah kalau hilang kerja. I mean tak la ralat sangat bila mereka dah ada pengalaman bisnes yang dah kukuh, boleh teruskan je bisnes yang sedia ada. Hikmah apa yang terjadi ni kita tak boleh rely on kerja yang kita ada sekarang, kena start ada backup pendapatan dari sumber yang lain. Insha Allah semoga ada rezeki lain buat mereka semua. Rezeki Allah maha luas.

berita bulan ogos haritu. bulan oktober secara rasmi dah ditutup.

3) JANA PENDAPATAN SAMPINGAN TANPA HAD

Hanya dengan bisnes korang boleh kumpul duit banyak-banyak. berbanding mengharapkan pada gaji, buat kerja lebih pon nilai dia tetap sama. Berbeza bila korang bisnes, korang boleh dapat pendapatan yang tiada had. cuma kena extra rajin, komited dan fokus lah. Kalau malas pon tak kemana juga 😄

4) KEJAR IMPIAN

Bila korang ada impian, semuanya perlukan duit yang banyak, kalau bergantung hanya pada gaji pasti takkan cukup untuk merealisasikan impian korang, nak tak nak korang kena cari bisnes part time untuk dapatkan side income supaya korang boleh tunaikan satu persatu impian korang. tak perlu kacau duit gaji. 😊

 .

So boleh tak nak bisnes ketika masih lagi bekerja? Hanya korang sahaja yang boleh putuskan. Okay korang Farah dah share pengalaman Farah masa bekerja dan beberapa kelebihan bila korang start bisnes dari sekarang.  Yang rasa nak buat bisnes Shaklee boleh terus contact Farah okay. 😍 setakat ni dulu sharing Farah untuk entry kali ni. yang baik semua datang dari Allah yang buruk dari diri Farah sendiri. semoga mendapat sedikit sebanyak manfaat dari entry kali ini, insha Allah. tq semua. ❤













Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia