BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee


Bismillahhirrahmannirrahim.
 

Hai Assalammualaikum semua. Semoga hari ini Allah beri kemudahan dalam apa jua urusan kebaikkan yang ingin kita lakukan. 

Korang semua pernah tak ada alasan kenapa korang kerja tapi korang tetap gigih nak buat bisnes part time juga.  Mesti ada sebab yang besar kenapa korang sanggup berbisnes kan? ini contoh.

Apa itu BIG WHY?

Big why adalah apa yang menggerakkan kita untuk berjaya dalam bisnes, semakin besar big why kita semakin kita berpotensi untuk lebih dekat kepada kejayaan.

Ada orang nak happykan parents mereka, ada orang nak melancong , travel keluar negara ke serata dunia, ada orang nak buat amal kebajikan dengan memperbanyakkan infaq dan sedekah, ada orang nak keluar dari kepompong kesusahan yang mereka alami.

Tak kisah apa jua big why kita, inilah yang akan menolak kita untuk lakukan apa sahaja supaya berjaya dalam bisnes atau apa jua bidang yang kita ceburi. Apa-apa pon semua dengan izin Allah, kita mampu ikhtiar diatas kemampuan kita, tak semua diberikan hati yang kental dalam mengejar impian. itulah ujian Allah. setiap apa yang kita dapat atau tak dapat pon kena berbalik pada Allah. janji hidup tenang redha Allah yang paling penting.

Pada asalnya Farah bisnes tak nampak sangat pon apa big why Farah bisnes. just suka-suka nak ada duit sendiri tak nak bergantung sepenuhnya pada suami. Farah start bisnes Shaklee pon sebelum kahwin, walaupon masa belum ada anak rasa mewah lah juga duit nafkah suami bagi tapi Farah tetap bisnes walaupon tak berapa nak serius sangat pon.

Sampailah mentor tanya apa big why kau buat Shaklee? aku terpinga-pinga juga. masa tu cakap je tapi tak feel. just menjawab soalan, jawapan apa yang terlintas je kat otak 😅 tapi lama kelamaan Farah faham big why itu akan jadikan kita rasa tak boleh nak tidur malam nak usaha untuk dapatkan juga bila datang keinginan tu rasa nak redah je semua.

Bila rasa down big why inilah akan membuatkan kita struggle semula untuk capai kejayaan. entry kali ni Farah nak share big why Farah buat bisnes Shaklee. .



1) NAK SIHAT

Ya, inilah antara big why Farah kenapa Farah bisnes Shaklee selama hampir 6 tahun lebih, kenapa tak bisnes benda lain je? sebabnya Farah nak sihat, nak family sihat Farah nak makan suplemen Shaklee, tak nak bergantung pada ubat. Alang-alang tu dapat bantu orang lain hidup sihat melalui dengan cara bisnes. Sihat ni tiada nilai, kaya macam mana pon, kalau dah sakit duit dah takde makna untuk kita. kita akan sanggup berhabis duit demi untuk sihat kembali. Farah tahu dengan hanya bisnes Shaklee sahaja Farah akan usaha untuk consume Shaklee demi untuk memelihara nikmat Allah yang satu ini. Bestkan bisnes benda yang dah beri manfaat pada kita bayangkan duit dapat kesihatan pon terpelihara? itulah big why paling utama. baca disini >>> kesihatan-lebih-baik-dengan-shaklee

2) TIME FREEDOM

Bukanlah maksud bebas kat sini kita tak kena buat apa-apa. orang bisnes dah tentu terikat dengan bisnes dia, customer dia. cuma bezanya kat sini Farah akan manage sendiri kerja-kerja tanpa perlu ikut arahan orang lain. Masa Farah, Farah yang aturkan sendiri, bila-bila boleh beri perhatian kepada family, bila nak beri perhatian pada bisnes dan lain-lain. Faham dok ni? tak terikat hari-hari terkejar sana sini sebab ada arahan orang lain. tak suka bebenor hihi. best woo bila ada time freedom. so i choose untuk berbisnes instead of bekerja.

3) MONEY FREEDOM

Hat ni entah lah mampu ke tak Farah nak fight. seronok dak kalau kau nak sedekah sebanyak mungkin tanpa berkira, belikan family barang-barang branded tanpa rasa sayang kat duit. duit macam tak habis nak pakai. bestkan, semua ni hanya boleh dikecapi bila kau bisnes. dahlah salah satu kelebihan bisnes Shaklee ni adalah infiniti bonus. maksudnya ko boleh dapat bonus dalam bentuk duit tanpa had. ya tade had. memang nak sangat. tapi tahu dah usaha dia pon kena very very big la. hahaha

4) SENANGKAN IBU AYAH

Selalu pasang niat nak bisnes bila dah kaya nanti Farah tak nak bagi ibu ayah kerja lagi. Ibu ayah Farah dulu buka kedai runcit. Alhamdulillah asbab bisnes kedai runcit ni Allah cukupkan keperluan dan kehendak kami sekeluarga. dan bisnes kedai runcit ni masoh beroperasi sampai sekarang. actually adik-adik semua dah habis sekolah, mereka banyak bantu uruskan kedai. tapi biasalah kan orang tua dia dah biasa buat kerja dia tak kan duduk senang. mesti dia nak buat jugak itu ini kat kedai tu. cuma Farah harap suatu hari nanti Farah boleh hulur duit beribu-ribu kat mereka setiap bulan. bagi senang hidup. meniaga dah hobi mereka tak boleh nak halanglah. pernah tanya kalau kaya nanti nak tutup tak kedai ni. mereka jawab kalau tutup orang susah nanti, biarlah bukak je kedai ni. hehe.

antara my big why. my family.

5) ANAK-ANAK

Kalau sebelum ada anak gigih minta kerja sana sini, tapi segala-galanya berubah selepas melahirkan puteri sulung Farah. Farah pilih untuk menjadi suri rumah tapi pada masa yang sama inginkan pendapatan sendiri. syukur Allah dah temukan Farah dengan Shaklee awal sebelum kahwin lagi. kalau tanya kat Farah sekarang nak kerja atau pon tidak, jawab Farah biarlah Farah tetap dirumah anak-anak depan mata, dan teruskan bisnes Shaklee. antara big why paling kuat adalah anak-anak.


Nyawa 🙂

Actually banyak lah big why tapi segan nak share public. orang kata cakap banyak tapi takde hasil pon tak guna ibarat ketuk tin kosong ketuk-ketuk melantun bunyinya tapi dalam kosong. Biar buat kerja senyap-senyap sedar-sedar dah berhasil. terasa tak terasa tak. aii terasa. 😭 so bertindak jelah, kerana tindakan adalah jambatan antara impian dan kenyataan. benda paling susah nak konsisten adalah tindakan. Jadi marilah sama-sama cari big why dan mintalah pertolongan dari Allah supaya kita jadi kuat untuk berusaha. dapat atau tidak itu adalah hak Allah. redha dan jangan menyerah. Allah tak pernah zalim kepada hamba-hambaNya, cuma kita zalim pada diri sendiri.




ok tq korang yang baca sampai habis. doakan Farah ya ❤












Comments

  1. Yeay ! Semoga Allah permudahkan segala urusan mommyku sayang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

PENGALAMAN BERSALIN CAESAR