Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee
Bismillahhirrahmannirrahim.
.
Hai Assalammualaikum semua. Happy weekend buat semua pembaca blog Farah. Hari yang ke-21 secara konsisten untuk entry blog hari ni nak tulis tentang kesihatan dan Shaklee pulak. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih dulu kat korang yang sudi baca sampai habis. ❤
.
Kesihatan lebih baik dengan Shaklee. setuju? hihihi. Dalam entry kali ini Farah tak nak pergi jauh sangat cuma Farah lebih selesa untuk berkongsi dengan korang tahap kesihatan Farah sendiri sebelum dan selepas mengenali Shaklee. Barulah dari hati ke hati kan? 😊 Jom throwback kejap. hihi
.
SEBELUM MENGENALI SHAKLEE.
Farah ni merupakan seorang bekas pelajar agama. Dari tadika lagi ibu dan ayah dah hantar Farah ke PASTI, kemudian sambung pendidikan sekolah rendah di Madrasah Al-Rahmat, dan sambung pendidikan sekolah menengah di Maahad Ar-rahmah, Melaka hingga tingkatan 5. Sekolah ni semua dekat-dekat je. Kemudian lepas SPM, tahun 2008 Farah sambung ambil STAM nun jauh di area pantai timur iaitu di sekolah Maahad/Maktab Pengajian Islam Kota Bharu, Kelantan selama 1 tahun. eh tak pe ya Farah saja nak throwback kejap dan kenalkan sekolah-sekolah yang dirindui. Mana tahu boleh jejak kasih dengan saing-saing hok dari Klate yang tengah baca tu hehe
.
Apa yang Farah nak relatekan kat sini, since sekolah rendah lagi demam tu dah biasa bagi Farah, Farah sebolehnya tak suka susahkan ibu sebab ibu banyak kerja nak buat. Anak sulung kan eksyen lebih sikit. haha Kalau demam Farah akan ambil kain basah letak sendiri kat kepala masa umur sekolah rendah lagi. Cuma 1 benda Farah sangat tak suka gila nak hadap iaitu makan ubat. Imagine lah dah sekolah menengah masa tu form 4 ke form 5 Farah ambil panadol kemudian belah 8, guna pisau dan batu lesung ibu. haha. ouh, seksanya rasa nak habiskan sebiji panadol kecil tu. Sampai hancur panadol tu kena belah. 😂 bila ingat balik kenapa la pandai sangat masa tu. Lepas tu kembung minum air je, yang pelik dah belah pon still sangkut kat tekak. boleh bayangkan betapa teruknya tahap penakut nak makan ubat. Dah ada anak ada pulak yang mewarisi ibu. 😂
.
Farah start kena batuk teruk masa sekolah menengah lagi, batuk sejenis yang degil susah nak berhenti, gatal tekak, suara sampai berubah jadi suara jantan, dan memang kalau dah batuk nak sebulan baru dia nak baik. Yang pelik makan ubat batuk macam-macam brand jadi makin teruk. fed up gila rasa. Farah paling tak boleh lupa pasal batuk ni sebab dia telah banyak membuatkan Farah rasa malu nak berhadapan dengan kawan-kawan dan guru-guru masa tu. Bayangkan masa form 5 ada presentation subject sains pulak tu, rasa nak menangis masa tu. suara memang garau gila sebab batuk ni. Malu weh masa tu kita terpaksa juga present kat depan kelas. semua pandang je. hahaha
.
Masa ambil STAM di Kelantan, sejarah betul, dalam ramai-ramai pelajar ASPURI (Asrama Puteri) Farah sorang je yang kena denggi. Adalah pengalaman kena denggi, bisa dia jangan cerita, sampai ke tulang. bila admit ward doktor ikat je getah kat lengan Farah untuk ambil darah terus keluar bintik-bintik merah satu badan, simpton dia mula-mula muntah, sakit kepala, bisa badan sampai rasa ke tulang. Sebelum warden bawak pergi hospital masa tu ramai jugak pelajar ASPURI yang muntah-muntah, Farah ingatkan kami semua keracunan makanan, sekali bila check Farah sorang je yang sangkut suspect denggi. 😂 aduhai tak boleh lupa kenangan tu. Sampai mudir, semua ustaz ustazah datang melawat.
.
Paling sedih bila ibu datang naik bas sorang-sorang nak jaga Farah 😭 Ibu sampai KB sebelum subuh, turun je dari bas terus ambil teksi datang ke hospital, dari katil Farah dah nampak ibu menapak dalam wad ke katil Farah, sebab ibu call cakap dah sampai Farah tunggu ibu datang. Ibu duduk then picit kaki dia, ibu cakap bisanya kaki ibu sejuk duk dalam bas lama-lama. Allahu nak mengalir air mata masa tu, andailah dah kenal Shaklee masa tu Farah suruh ibu makan ostematrix dan minyak ikan omega guard boleh redakan bengkak kaki ibu. Ibu Farah ni memang seorang yang berdikari sebab tu dia gigih naik bas sorang-sorang jauh dari Melaka ke Kelantan. Ibu stay lama ada dekat seminggu kot rasanya. Kebetulan masa tu cuti sekolah, ada pelajar Melaka yang balik, Farah dengan beberapa orang rakan tak balik, ibu tidur bilik Farah. setiap pagi ibu akan belikan sarapan untuk Farah dan rakan-rakan kat dalam bilik tu. hehe. ibu stay sampai Farah betul-betul sihat. lama juga nak baik. tulah kalau dah kenal Shaklee terus je ambil nutriferon hehe
.
Masuk universiti Farah diuji dengan batuk tu lagi. sekali lagi batuk ni buat Farah stress. batuk je pon. hahah. serius menggangu lagi-lagi time tu lah banyak subjek kena present depan kelas. Sampai sorang ustaz ni cakap camni kat Farah "tu memang suara enti ke?" hahahaha. merah muka Farah masa tu. mana taknya Farah pon tak sanggup nak dengar suara sendiri. garau macam kena rasuk jin 😂 sebab tu Farah cakap batuk ni dah banyak kali buat Farah rasa malu. sampai Farah tak nak cakap dengan sapa-sapa pon. haha. stress tak stress masa tu.
.
Hah nak bocor rahsia ni, jarang Farah Share sebab tak teringat nak share, selalu share pasal batuk dan gastrik je kan. hihi ni bila throwback baru teringat satu persatu penyakit yang menyerang Farah masa di universiti dulu. Alang-alang nak share ni Farah share terus ada lagi 4 jenis penyakit yang kerap Farah kena since masuk universiti, gastrik, buasir, migrain dan darah tinggi. terkejut? Ya teruk kan tahap kesihatan Farah. muda lagi kot macam-macam dah penyakit datang. 😌 faktor pemakanan yang agak tak berapa nak healthy, makan tak tentu masa, dan banyak lagi lah. satu-satu penyakit datang. Masa tu kawal dengan ubat doktor jelah, tapi penyakit bukan hilang lepas tu datang balik.
.
Gastrik ni penyakit pertama yang serang Farah masa semester pertama lagi. Balik kelas jam 10 malam, naik bas nak ke kolej kediaman ambil masa 20 minit jugak sepanjang dalam bas Farah rasa tak boleh bernafas, pedih ulu hati, tuhan saja yang tahu, turun bas gagahkan diri naik bilik tingkat 5 pulak tu 😭 sampai bilik tak boleh bercakap dah, terus bancuh air coklat masa tu. nak muntah pon ada. nasib baik lama-lama dia hilang. Pantang la lambat makan atau silap makan pasti kena serang lagi. Masa tu tak gi klinik, rasa ok la lepas minum air suam, tapi tulah kerap sangat kena kalau silap makan atau makan lambat.
.
Darah tinggi Farah pulak takla teruk macam orang-orang tua selalu kena. Dia baru bagi bunga-bunga je. Bila cuti semester ibu bawa ke klinik, doktor pon terkejut yela muda lagi kan. Migrain pulak pernah sekali Farah kena baru balik dari program apa tah, ya Allah sakit dia rasa kau nak hentak kepala kat dinding. terlalu sakit!!! 😭 dan dia kerap serang bila cuaca terlalu panas. Balik Melaka pon kena, ibu bawa pergi hospital doktor bagi ubat migrain bolehlah melegakan dan menghilangkan untuk beberapa bulan, beberapa bulan lepastu kena lagi. kena spare jela ubat dalam bag.
.
Hah yang buasir ni kena masa dah nak last-last semester kalau tak silap lah. selalu sembelit dan Farah notice Farah kurang minum air dan ambil makanan yang berkhasiat. takut gila masa tu bila membuang najis keluar dengan darah, terasa macam ada ketulan daging terkeluar. Allah dugaan apakah lagi. cuma Farah tak rasa sakit. ketulan tu kecil je. Bagitahu ibu, balik Melaka terus ke klinik. doktor bagi ubat sapu untuk kecutkan je. selain tu doktor suruh ambil buah dan sayur serta air yang cukup. So hati-hati tau korang yang kerap sembelit. kesan dia nanti boleh kena buasir. Kalau dah kerap sembelit jaga pengambilan air, boleh try ambil ostematrix insha Allah tak sembelit dah lepas ni. hehe
.
Itulah beberapa jenis penyakit yang bagi Farah kronik juga kalau tak diatasi daripada awal mungkin boleh jadi lebih teruk, siapa tahu. Muda lagi pulak tu, kahwin pon belum, kalau dah kahwin agak-agak? . 😭 Tapikan segala-galanya berubah selepas..........
.
SELEPAS MENGENALI SHAKLEE
Farah start kenal Shaklee masa Farah tengah praktikal di Jabatan Mufti Melaka. Masa tu Farah dah bertunang, first sekali kenal Shaklee masa terlihat sharing post kat facebook sepupu Farah, Master Athirah tu.Masa tu dia pon baru nak berjinak-jinak dengan Shaklee. Then nampaklah dia dah kerap start share pasal Shaklee. Mulanya memang takde keinginan pon nak ambil tahu pasal Shaklee ni sampailah suatu hari terbaca 1 entry blog pasal ESP. Kebetulan masa nak kahwin pon gastrik serang lagi, jadi Farah baca kelebihan ESP bagus untuk masalah gastrik dan bagus untuk kulit, so Farah macam dah teringin sangat nak cuba. teringat Athirah ni terus mesej dia cakap nak beli ESP 1.
.
Alhamdulillah diringkaskan cerita dari situlah bermula perkenalan Farah dengan Shaklee lepas satu-satu produk Shaklee yang Farah cuba, ada yang konsisten, ada yang kejap ambil kejap tak. Sekarang dah lebih 6 tahun Farah merupakan pengguna yang tegar dan pengedar Shaklee yang sah. Alhamdulillah Farah lagi suka share kebaikkan yang Farah sendiri alami berbanding nak cerita pengalaman orang lain, sebab kita sendiri alami baru kita boleh consult dengan baik. Dengan izin DIA Farah akui kesihatan Farah lebih baik dan semakin improve dengan Shaklee ❤🤗
.
#MIGRAIN TINGGAL ARWAH BIIZNILLAH 😂
Lepas kahwin still kena serang migrain lagi. tapi sekali je last lepastu sampai sekarang dah tak de. lebih 6 tahun dah juga migrain tak serang lagi. Alhamdulillah semua dengan izin DIA. Kalau sakit kepala pon sebab angin makan lambat atau hadap hp terlalu lama. Berbeza dengan migrain ni lain dia punya effect. Kau tak boleh kena cahaya, nak buka mata pon sakit, kepala kau hentak kat dinding pon tak de rasa apa sebab sakit migrain tu mengatasi segala-galanya. tengkuk berat macam nak putus urat tengkuk dengan kepala. hah macam tulah siapa yang mengalaminya je rasa betapa hebat sakit dia bila kena serang tu.😌
.
#GASTRIK SEMBUH
Gastrik ni paling cepat Farah nampak kesan dia, lepas ambil ESP 10 minit lepastu hilang. oh ya ibu Farah pon kerap kena gastrik masa dulu. Since dah kenal Shaklee terus bagi ni je ya Allah 10 minit lepastu hilang. Kuasa Allah. Farah konsisten ambil hari-hari, bertahun tak menghidap gastrik lagi. Pernah la lama gila skip ESP sebab malas nak buka tong ESP yang baru, Masa tu pula baru balik dari JB, Farah menyusu anak tapi tak makan sangat, nasib baik masa kena tu dah nak sampai rumah, terus buka tong baru bancuh 3 sudu habiskan terus. 10 minit lepastu hilang. Sampai lah sekarang lama dah tak kena gastrik. sekali lagi dengan Izin DIA okay.
.
#BUASIR HANYA TINGGAL KENANGAN
Since amalkan Shaklee especially ostematrix Farah tak pernah kena sembelit, ketulan tu pon dah lama kecut lepas sapu ubat doktor tu. Farah dapatlah kawal dari terjadi lagi. last kena sekali je masa bersalinkan Muaz. Bukan kena buasir tapi sembelit, mujur konsisten ambil set pantang sembelit tak lama lepastu okay dah. katakan selamat tinggal kepada sembelit dan buasir. heheh
.
# DARAH TINGGI
Darah tinggi ni biasa terjadi dikalangan peringkat dewasa, kadang-kadang selain daripada faktor pemakanan, banyak juga faktor lain yang menjadi penyebab utama dia. Dalam Shaklee ada set khas untuk darah tinggi. amalkan insha Allah akan kembali sihat. Farah tak pernah ambil set darah tinggi ni sebab tak rasa darah tinggi tu akan datang lagi. Cuma bila mula stress kerap sakit kepala dengan makan tak jaga hah dah rasa balik bunga-bunga dia. haritu Farah terus ambil set darah tinggi Shaklee Alhamdulillah getting better. selain tu cuba juga jaga pemakanan dan bersenam.
.
#SISTEM IMUN SEMAKIN IMPROVE
Lebih 6 tahun amalkan Shaklee, masa mula-mula makan Shaklee ni Farah still lagi demam yang kerap, bila batuk akan berpanjangan, pakej sekali dengan selsema la kan. Tu pon consume Shaklee tak konsisten, kejap ambil kejap tidak, memang ambil masa lah nak rasa kesan macam sekarang ni kan. Tetapi lepas konsisten ambil Vita C, dan fews vitamin yang lain selama setahun lebih Farah memang dah dapat rasa kesan yang tersangat ketara pada sistem imun Farah. Boleh kira dalam setahun 1 or 2 kali je demam, bila demam pon tak lama, paling lama 2 hari, dekat 5 tahun dah tak batuk teruk macam dulu. selalu nak batuk mesti tak jadi. hehe. Ya Allah nikmat sangat rasa bila kesihatan semakin improve walaupon umur semakin meningkat, berkahwin dan 2x beranak, sekali lagi Farah cakap ini izin DIA. Farah ikhtiar je dengan sesuatu yang baik.
.
Alhamdulilah syukur pada Allah banyaknya yang Allah dah izinkan asbab melalui Shaklee. Panjang sharing hari ni tapi itulah dia kisah kesihatan Farah yang boleh Farah cakap agak kronik sebab Farah masih muda dan belum melalui proses alam rumahtangga yang lebih mencabar. Sekarang ni lagi mudah kalau korang nak dapat kesan yang lebih cepat untuk improve kesihatan korang, korang boleh join program ni >>> program-jom-detox-jutawan.Sekali detox dah dapat kesan dia. Jangan tunggu lagi kalau sayangkan kesihatan korang. Jaga kesihatan adalah sebahagian dari menjaga amanah Allah jugak kan.
.
Sampai sini dululah, ikutkan 2 hari pon belum tentu habis nak cerita semua. tapi Farah ambil mana yang dah betul-betul nampak kesan pada badan Farah so inilah yang Farah mampu share dengan korang kisah kesihatan yang semakin baik dengan Shaklee, tu belum masuk kisah ibu Farah snediri. Ya Allah tak sabar nak share dengan korang kisah ibu pejuang kanser payudara , insha Allah soon okay 😍 ok tq. Assalammualaikum.
Comments
Post a Comment