Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes

Bismillahhirrahmannirrahim

.

Hai Assalammualaikum semua. Alhamdulillah entry kali ni dapat menulis awal pagi ni selepas siap masak dan kemas rumah. Farah masak nasi minyak lauk ayam masak merah hari ni. Favourite suami dan anak-anak. Saja siapkan awal sebab nak terus setelkan entry blog sebelum suami balik. Alhamdulillah siap masak lepastu terus sarapan nasi minyak tadi. hehe. itulah kehidupan Farah sebagai suri rumah. 😀


Syukur Alhamdulillah diberi rezeki dapat jadi suri rumah, pekerjaan mulia disisi Allah bila niat untuk mendapat redha Allah insha Allah sikit pon tak rasa malu nak mengaku yang Farah ni suri rumahtangga sepenuh masa pada masa yang sama Allah rezekikan pendapatan sampingan melalui bisnes Shaklee dan The Walking Beauty dari sebelum kahwin hinggalah Allah rezekikan dua orang cahaya mata. 

.

Sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa, pada pandangan peribadi Farah sendirilah, kita memang nak tak nak wajibkan diri untuk buat bisnes. Wajib ada sumber pendapatan sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada suami. Di zaman yang penuh dengan cabaran setiap wanita perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi apa jua keadaan pada masa akan datang.

.

Bagi wanita yang mempunyai pengalaman bekerja dan biasa memperoleh gaji bulanan pula pasti terkesan dan tidak senang duduk apabila sudah bergelar sebagai seorang suri rumah. ini kerana tiada lagi gaji bulanan untuk perbelanjaan sendiri andai gaji suami juga cukup-cukup makan. jadi solusinya pilihlah untuk buat bisnes halal daripada rumah, tak kisahlah bisnes apa pon janji halal.

5 SEBAB KENAPA SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNES:

1) PENGALAMAN

Melalui bisnes para suri rumah dapat menimba pengalaman yang sangat berharga. Tidak kira apa jua peluang bisnes yang anda ceburi samaada bisnes makanan, bisnes pakaian, bisnes produk kesihatan atau apa sahaja pasti anda akan beroleh pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman ni tak boleh dibeli, kena hadapi sendiri.

Dalam bisnes kita akan punyai pengalaman yang banyak seperti dalam bisnes Shaklee yang sedang Farah lakukan sekarang ni, Farah belajar macam mana cara nak consult customer, nak handle masalah, pengalaman menghadiri acara persidangan seperti orang bekerja, pengalaman untuk belajar benda baru dan banyak lagi. ini semua sangat membantu anda pada masa akan datang.

2) JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

Seronok tak duduk rumah golek-golek dengan anak tapi kita tetap ada gaji. gaji tanpa had pulak tu, usaha lebih insha Allah Allah bagi lebih. Walaupon hanya bergelar suri rumah ramai yang telah menggunakan peluang dan ruang masa yang ada untuk memanfaatkannya menjadikan mereka berjaya memperolehi pendapatan bulanan mencecah ribuan dan ratusan ribu ringgit melalui bisnes, nothing impossible!

3) PERSEDIAAN UNTUK MASA HADAPAN

Pernah dengar tak suami pinjaman daripada Allah? Sebenarnya tak nak bayangkan bukan-bukan, tapi itulah hakitkatnya kita tak pernah tahu taqdir kita, dan kita tak boleh bergantung sepenuhnya kepada suami, jadi berniagalah dari sekarang untuk persediaan jika berlaku apa-apa perkara kecemasan, dah tak pening mana nak cari sumber rezeki.

4) BANTU RINGANKAN BEBAN

Zaman yang semakin mencabar, kos sara hidup yang semakin meningkat wajib untuk para suri rumah bersama-sama meringankan beban suami kalian. Insha Allah pasti ada ganjaran pahala andai kita ikhlas membantu suami untuk mendapatkan redha Allah. Yang pasti bila bisnes jagalah muamalah, jaga hubungan dengan Allah dan makhluknya, jaga batas jangan sampai mendapat kemurkaan Allah.

5) TUNAIKAN KEHENDAK SENDIRI TANPA PERLU MEMBEBANKAN SUAMI

Biasalah adat manusia ada masa teringin nak beli itu nak beli ini, kan best ada duit sendiri tak perlu nak bebankan suami, lebih-lebih lagi suami yang gaji cukup-cukup makan. kesian kat mereka. atleast bila ada duit sendiri kita boleh reward diri kita sendiri silap-silap boleh happykan suami sesekali reward dia juga.

6) BOLEH HULUR DUIT BELANJA IBU DAN AYAH

Penting sangat ke kena bagi ibu ayah duit belanja? Ya sangat penting, inilah masa untuk kita happykan mereka keramat hidup kita, kalau tak de duit macam mana nak hulur pada mereka, tak kan nak pakai duit suami pulak kan. Flashback balik keringat mereka membesarkan kita, belanja pakai kita, duit belanja di universiti tak pernah miss ibu dan ayah bank in kedalam akaun kita. Tapi bila kita dah habis belajar dan pilih untuk jadi suri rumah kita bagi alasan kita tidak bekerja. Ibu ayah memang tak kan pernah minta daripada kita. tapi sebagai anak, tergamakkah kita untuk berkira dengan mereka? berniagalah untuk happykan parents kita juga. Insha Allah pasti pintu rezeki lagi terbuka dengan luas untuk kita.

.

Pintu rezeki itu tersangatlah luas. selain daripada duit, kesihatan kita, kesihatan suami dan anak-anak, hati yang tenang, jauh dari kesempitan, jauh dari segala musibah, sentiasa berasa cukup, sentiasa happy juga merupakan nikmat rezeki yang tidak boleh dibeli. see? Bila Allah redha rezeki akan berkat.

.

Ikutkan banyak lagi sebab kenapa suri rumah wajib kena buat bisnes, ia bukan untuk diri kita sahaja tapi untuk orang yang kita sayang. Dengan bisnes tidak mustahil kita boleh capai impian kita. Pilihan bisnes itu juga penting supaya kita happy dan enjoy dalam usaha menjana pendapatan dari rumah. 😊

.

Dari pagi menulis tapi banyak betul "traffic light merah" atlast dah malam baru nak publish, haha, faham-faham la suri rumah jadi isteri dan ibu dua ketul budak kat rumah ni banyak betul cabaran dia. Untunglah buat bisnes Shaklee kita sendiri atur masa kita bila nak layan anak-anak, nak uruskan rumahtangga dan nak uruskan bisnes, pada masa yang sama order sentiasa masuk, bonus bulanan sentiasa 4 angka. syukur alhamdulillah.

.

Nak kata, terlalu banyak dan tak terhitung dah nikmat yang Farah dapat since buat bisnes Shaklee walaupon hanya dirumah. syok tau bisnes ni lagi-lagi bila bonus dah masuk boleh reward keluarga setiap bulan. Inilah antara kelebihan bisnes Shaklee, kat rumah je pon boleh buat. Kalau rasa nak offline tu pon boleh. Tapi mak-mak ni kan faham jela tanggungjawab lebih besar dirumah. So kita buat online je senang. Nak cod barang wajib ajak suami. hehe nanti kita reward la dia baru dia pon happy dan excited. 😍

.

Okay para suri rumah yang komited nak try bisnes Shaklee boleh baca disini >>> peluang-bisnes-shaklee.Banyak sangat kelebihan bisnes Shaklee untuk kita tau cuma kena betul-betul komited untuk sentiasa berkongsi kebaikkan Shaklee. Buang rasa takut dan malu. Insha Allah pasti berjaya. 😊

.

tq Assalammualaikum!
























Comments

Popular posts from this blog

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)