5 Organ Detox dan Fungsi

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalammualaikum semua pembaca blog Farah yang dirahmati Allah selalu. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah selalu hendaknya. 

Tahukah anda organ detox manusia terdiri daripada 5 bahagian? 

5 organ detox adalah:

1) Paru-paru
2) Sistem penghadaman/usus
3) Kulit
4) Hati
5) Buah pinggang 

Organ-organ ini berfungsi untuk membuang segala toksin dalam badan, jika organ-organ detox ini tidak berfungsi dengan baik toksin akan berkumpul didalam badan dan akan menyebabkan badan mula diserang pelbagai jenis penyakit, kulit jadi kusam dan tidak bermaya. Sebab itulah penting untuk kita detox badan kita. Apabila kita detox badan akan lebih sihat dan kulit jadi semakin cantik dan berseri.

1) SISTEM PERNAFASAN/PARU-PARU

Ia memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia, ia diciptakan oleh Ya Khaliq untuk memudahkan kita bernafas dengan baik, ia merupakan satu organ yang cekap untuk menyedut oksigen dari udara. Cuma ada beberapa faktor penyebab paru-paru jadi bermasalah terutamanya perokok tegar, perokok pasif, mereka yang sering terdedah kepada udara yang tercemar dan lain-lain

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di facebook:

"Asap rokok merupakan satu  iritasi kepada paru paru. Ia menyebabkan penghasilan mukus atau lendir yang banyak di paru paru. 

Apabila terlalu banyak lendir dihasilkan, perokok akan mula terbatuk batuk. Ada yang keluar sebagai kahak, dan ada juga yang tertinggal di dalam paru paru menyebabkan saluran udara tersumbat.

Lama kelamaan, rongga udara dalam paru paru akan mengeras, menebal dan rosak. Pada ketika itu, walaupun individu itu cuba menyedut udara, namun oksigen tidak dapat diserap masuk. Inilah yang bakal dialami oleh 1 dari 5 perokok kronik.

Asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya. Apabila sel paru paru terdedah kepada asap rokok, lama kelamaan akan berlaku mutasi sel normal kepada sel kanser.

Merokok merupakan PUNCA UTAMA kanser paru paru dan risiko perokok untuk mendapat kanser paru paru meningkat sebanyak 22 kali ganda. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok.

Hanya selepas 2 minggu anda berhenti , fungsi paru paru akan bertambah baik. Selepas 10 tahun anda berhenti, risiko kanser paru paru akan berkurangan separuh" 

Sebab itulah misi detox Shaklee adalah memastikan organ detox dapat berfungsi semula dengan baik agar badan kita lebih sihat. Dalam proses detox paru-paru membantu mengeluarkan gas seperti karbon dioksida.

2) SISTEM PENGHADAMAN/USUS

Usus yang bersih daripada segala kekotoran dapat mengekalkan usus yang sihat secara tidak langsung nutrien penting dapat diserap dengan baik. Usus yang sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan dapat mencegah daripada penyakit serius seperti kanser kolon.

kebanyakkan penyakit seperti sembelit, cirit birit, gastrik, ulser perut, kanser berpunca daripada usus yang kotor dan tidak sihat.

Keadaan usus yang kotor dan bersih

Bayangkan kalau setiap hari kita makan makanan yang berlemak, yang berminyak makanan yang tinggi gula dan garam, apa akan jadi pada usus kita? Organ ini bekerja tanpa rehat setiap hari sentiasa memproses makanan yang masuk kedalam perut kita. Lama kelamaaan usus menjadi kotor dan mengakibatkan setiap nutrisi yang masuk ke dalam badan tidak dapat diserap dengan baik.

So cara terbaik dan selamat untuk bersihkan usus kita adalah dengan detox. Selain detox dengan cara eat clean, berpuasa juga merupakan cara untuk detox usus kita. Dalam proses detox kolon mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui pergerakkan usus

3) KULIT

Bayangkan setiap hari kulit kita diserap dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya yang biasanya terdapat pada skincare, deodoran, sabun mandi dan lain-lain lagi, tidak termasuk punca dari pemakanan harian kita lagi. Kesan dari ini kulit akan lebih cepat mengalami tanda-tanda penuaan sebelum tiba usia. atau lagi parah berisiko kepada kanser kulit.

Ada banyak makanan sihat yang boleh membantu unuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri, anda juga boleh mendapatkan kulit yang sihat melalui detox bagi membersihkan kulit, membuang toksin dan melambat penuaan. Makanan yang tinggi kandungan vitamin  A, C, E, dan B12 adalah sangat bagus untuk mengekalkan tahap kesihatan kepada kulit. Detox kulit juga adalah proses pengeluaran toksin dari kulit anda melalui peluh dan liang roma.

4) HATI


Artichokes sering digunakan oleh pengamal perubatan semulajadi untuk rawatan penyakit yang berkaitan dengan hati. ia memmbantu menggalakkan pengaliran lemak dan hempedu ke hati, ia juga berkesan untuk rawatan hepatitis. 

artichokes

Dalam budaya kuno seperti di Turki, ramuan Artichokes juga digunakan untuk rawatan pembersih darah dan detox hati, ia telah digunakan untuk meningkatkan fungsi hati, penghadaman dan juga membantu menurunkan paral kolestrol jahat LDL yang tinggi keoada tahap yang lebih rendah.

Rasa dia tak sedap dan pahit, tak tertelan rasanya kalau nak makan begitu sahaja. Jangan terkejut actichokes merupakan ramuan yang terdapat dalam salah satu suplimen detox Shaklee. Dalam proses detox hati ia berfungsi untuk meneutralkan toksin dan menapis darah.

5) BUAH PINGGANG

Buah pinggang antara organ yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. Antara fungsi buah pinggang adalah mengimbangi air, jumlah sel darah merah serta asid dalam badan,  ia juga berfungsi untuk menapis toksin dan lebihan garam dan banyak lagi fungsi lain.

Walaubagaimanapon terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik antaranya diebetis, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan stroke, obesiti, genetik, batu karang.

Kerana itu pentingnya untuk anda melakukan proses detox bagi mencegah penyakit-penyakit diatas terjadi. Proses detox buah pinggang membantu menapis kotoran dan air dari darah untuk membentuk air kencing.

Maklumat lanjut tentang detox Shaklee boleh klik disini7:
>>> kenapa-semua-orang-perlu-detox?
>>> Q & A-Program-Jom-Detox-Jutawan

Antara kelebihan program detox Shaklee dibawah team Program Jom Detox Jutawan Adalah:

1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni

5. Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *term and condition apply.

Jika ingin terus sihat dalam jangka masa panjang boleh terus cuba join program ini. ramai yang telah memperolehi kesihatan yang lebih baik selepas menyertai program ini.

ok tq semua.








Comments

Popular posts from this blog

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)