Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 6kg!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalammualaikum semua pembaca blog yang dirahmati Allah selalu. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah selalu hendaknya. Dah bersyukur hari ni? Banyak sangat nikmat disekeliling kita kan. Allah masih lagi pinjamkan nyawa, kesihatan, kudrat yang masih kuat, anggota badan yang masih berfungsi dengan baik, akal yang waras dan tak kan terhitung semua  nikmat ini.

.

Okay kembali kepada tajuk entry hari ini, sebenarnya sekarang ni Farah tengah target nak turunkan 6kg berat badan. Tapi banyak betul cabarannnya.  😂 Kalau zaman anak dara lagi makan banyak manapon tak senang nak naik. Tapi sekarang ni senang je nak naik, nak turunkan sangatlah payah. cuma boleh maintain 55kg je. sob sob 😭 

.

Memang terasa baju banyak dah sendat, tak tahulah baju yang mengecut atau baju tu yang semakin kecik 😂 jalan pon rasa peha berlaga. oh gosh! perut pon asik nak cover sentiasa.  Haritu dah okay dah berjaya buat diet dapat capai 50kg. Tapi sejak musim durian haritu selera makan Farah lain macam. Mana tidaknya selalu craving benda manis. Kejap-kejap buat pengat durian, Farah cicah roti, makan dengan pulut lagi, kejap-kejap buat kek, semua tu memang mengundang lah kenaikkan berat badan. Makan malam pon macam tak ingat, lapar je sentiasa. 😭

.

Sekarang dah 2 malam Farah berjaya control diri Farah dari makan malam. Memang bila perut berbunyi ku telan air masak je. haha. Farah diet jenis hentam je. Farah tak pandai nak kira-kira kalori ke benda. sebab tu lah Farah teringin sangat nak join program detox Shaklee
dalam program ni ada coach yang akan bimbing kita tentang diet yang betul dan sihat. diet yang boleh membantu menurunkan berat badan serta meningkatkan tahap kesihatan yang baik dalam tubuh badan kita.

.

Entry kali ni Farah nak buat checklist turunkan berat badan sebanyak 6kg. Jom kita buat checklist sama-sama 😅

1) Kurangkan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

Gula inilah penyebab berat haku naik!!! 😂 Nak elak langsung tu tak boleh lah kan sebab badan perlukan sikit gula untuk tenaga. Tapi kena jauhkan diri juga daripada makanan dan minuman yang tinggi gula. Semalam terliur sangat tengok magnum white almond tu. tetiba teringat peha ku yang semakin kuat bergaduh maka ku batalkan niat tu dahulu untuk menjamah aiskrim magnum. sob3, kita cuba okay?

2) Banyakkan minum air putih

ikut berat badan masing-masing lah, 1 liter air bersamaan dengan 25kg berat badan. So Kalau berat 55kg Farah kena minum 2 liter air dalam 1 hari. 😀 go go Farah 💪

3) Senaman setiap pagi dah petang.

Senaman ni Farah dah start buat seminggu dah. cuma kejap buat kejap tak sebab terlupa. almaklumlah banyak kerja nak setel. Farah buat senaman untuk kecilkan peha dan lengan 😂

4) Kawal makan selepas jam 7 malam.

Diet cara ini membantu juga tau. Farah pernah buat turun 3kg dalam masa 2 minggu. Selama 2 minggu Farah memang tak makan langsung lepas jam 7. lama kelamaaan jadi terbiasa dah. Tapi bila dah start makan malam setiap malam rasa nak makan. Tapi nak lebih berkesan sila buat semua checklist ni sekali ya. 😅

5) Amalkan pemakanan yang sihat.

Ni Farah da siap beli salad dan sayur-sayuran. nak makan benda tu je setiap pagi bagi kenyang. haha. Farah suka sayur tapi kena makan dengan nasi lah cuma yang pahit-pahit je tak mampu nak telan walaupon orang kata yang pahit itu ubat but i kenottt. 😂

Actually masa tulis ni terus rasa terliur. so Farah stop menulis pergi dapur siapkan salad untuk makan petang. tadaaa! agak-agak habis tak? 1st time makan macam ni korang. hahahah


3 suap je mampu, tak tertelan rasanya kalau nak makan macam ni je. haha Farah biasa buat tortilla wraps okay boleh makan letak ayam sikit dalam tu. Nampaknya kena buat cara macam tu jelah. tapi habis je tadi dengan bantuan cik ayam. haha. kenyang terus makan salad ni 😂

6)  Ambil suplemen Shaklee sebijaknya

Nak kurus ni kena juga ada bantuan suplimen. bukan untuk kurus semata-mata tapi untuk meningkatkan tahap kesihatan kita sekali. time proses detox ke diet ke kena juga dapatkan keperluan nutrisi yang cukup. so caranya topaplah keperluan nutrisi anda dengan suplimen. barulah proses diet kita lebih cemerlang. Badan bertambah sihat dan bertenaga, wajah nampak berseri dan awet muda. Tapi pilihlah suplemen yang terjamin akan keselamatannya dan keberkesanannya. Yang penting untuk kesan yang lebih baik silalah join Jom detox Shaklee under Program Jom Detox Jutawan. Ada meal plan dan nutrisi khas yang telah disusun oleh pakar nutrisi dan diperakui oleh pakar perubatan.

7) Join program detox Shaklee 

Ha kalau join program ni ada special sikit. Kalau korang jenis tak sabar nak kurus. Modal pon cukup boleh terus je join program ni. best tau pakej siap dapat coach lagi yang akan guide korang walaupon korang ambil pakej termurah sekali. Farah dah tulis banyak info tentang detox Shaklee dibawah Program Jom Detox Jutawan. Korang klik je la link ni ya

1) Kelebihan jom detox jutawan
2) pakej pilihan program detox jutawan
3) kenapa semua orang perlu detox?

7) Kurangkan fast food/instant food/junk food

Kurangkan ya. haha. sepatutnya elakkan sebab makanan jenis ni semua memang tak elok untuk kesihatan. 😭 tinggi kandungan garam, perasa, pewarna. Tapi okay kot kalau nak makan 2 or 3 bulan sekali. cuma kena ada pelindung juga untuk sel badan kita dari kerosakkan akibat toksin dari pemakanan kita. antaranya ambil suplimen yang ada polifenol seperti vivix.
 
Insha Allah kita buat mana yang ternampu dahulu. target Farah nak turunkan 6kg dalam tempoh 2 bulan. semoga daku kuat. nanti kalau dalam tempoh 2 bulan Farah berjaya turunkan berat 6kg Farah akan update kat sini balik.

Berat sekarang 14 haribulan Oktober 2019 adalah 55kg. (baru timbang kat kedai semalam) haha. Tapi tak ambil gambar pulak. Okay nanti dah 49 kg Farah ambil gambar update kat sini semula ya. Ok korang wish me luck! 😅 Assalammualaikum.





















Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia