Wednesday, 14 June 2017

"Baju oh baju" - wanita ini kongsi tips mudah setelkan masalah baju.

Siapa kat sini malas betul nak basuh, jemur dan lipat kain baju? Bila baju dah terlalu banyak mood malas pulak menyinggah. baju boleh jadi macam gunung berapi dah tunggu nak meletus je. 😅




Ni nak share tips sikit untuk ringankan beban ibu-ibu, bapak-bapak yang hari-hari buat rutin yang sama. basuh baju, jemur baju dan lipat baju.

.


1) untuk ibu-ibu yang ada anak kecil, basuh baju setiap hari, fokus siapkan dalam masa setengah jam untuk basuh dan jemur. Setel. Kering angkat terus lipat. (Tips ni memerlukan sedikit kos sebab sabun dan softlan cepat habis) 😀 dan tahap fokus serta kesabaran yang tinggi akan membantu ibu setelkan dengan mudah.



2) untuk ahli keluarga yang dah besar panjang. Sediakan bakul khas letak nama setiap sorang, so masing-masing boleh basuh baju sendiri. kih3 😝 bunyi macam kejam kan. Tapi percayalah cara ini secara tak langsung dapat mendidik anak-anak untuk rasa lebih bertanggungjawab terhadap baju sendiri. Dan mereka juga lebih berdikari apabila berjauhan dengan kita nanti. Dah kahwin nanti tak de masalah nak tolong suami/isteri basuh baju.




3) Pesan kepada ahli keluarga pakai baju sehelai je sehari kalau dia malas nak basuh baju sendiri. tak kisah la macam mana pon bau dan rupa baju tu 😝 kalau degil, bakau je baju dia tak yah basuh. Kita bako! 🔥 tips ni boleh guna kalau dah geram sangat tak nak dengar kata. Hahahaha.



4) duit banyak hantar je dobi. Tapi malas kot nak keluar. 😅 makanan pon mintak cod ni nak bawak baju gi dobi. Tapi kalau rajin start jela enjin kereta gi campak baju dalam mesin dobi sambil-sambil duduk baca newspaper. tak pon mungkin boleh upah orang ambil baju kita dan tolong basuhkan? Haihhh ni tahap pemalas ya ampun 😝



5) tips ni untuk yang malas tahap dunia. Setiap kali mandi pakai baju tu balik berulang kali. Genap seminggu baru tukar. 😝 ala, kalau orang tanya cakap jela korang sedang mencontohi Mark Zuckerberg. Ada 7 helai baju kaler dan design yang sama. Nak berjaya macam dia kena ikut segala tips dia. Jangan lupa perfume dan deodoran sentiasa disisi 😜




Jadi, boleh lah apply tips ni nanti, tak de lah baju macam kubu perang bila tak berlipat. Kih3 😝

okay chill bebeh! Marilah kita berjuang dimedan pertempuran baju-baju sekalian 😜 kalau ada lagi tips berguna mehlah share kat komen, hihi.
kan best ada baju pakai buang. Setel masalah sikap malas kita ni. Huarggghhh!




No comments:

Post a Comment