Saya Yang Dulu Bukan Yang sekarang

Hai. Assalammualaikum wbt.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaan hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam" -Saidina Ali r.a.

Fitrah alam ini mudah, sekiranya kita inginkan perubahan dalam hidup kita maka kita perlulah berubah. Perlu ada tindakan disusuli dengan semangat dan azam yang tinggi. Ramai orang yang hari ni hebat pernah punyai sejarah silam, malas, sentiasa negatif atau pernah dipandang keji dan hina, lalu mereka berubah bangkit menjadikan peribadi mereka labih baik dari yang dulu.

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah keadaan mereka sendiri" Ar Ra'd :11



Cuba pandang diri kita yang sekarang adakah kita masih sama seperti 5 tahun lepas, dari segi kewajiban pada Allah adakah kita masih suka melakukan maksiat, masih ingkar perintahNya, sesama manusia masih suka mengumpat, memfitnah, menyakiti orang lain? tepuk dada tanyalah iman. Alangkah ruginya jika kita masih tidak kenal erti perubahan. masih lagi di takuk lama, kerana ajal tak mengenal usia. 

Sebab itulah penting untuk kita sentiasa tajdid niat, refresh iman dan renew target. setiap hari mesti ada rasa nak jadi lebih baik dari semalam. setiap hari mesti ada impian untuk jadi hamba Allah yang terbaik. 

.

Alhamdulillah. Farah yang dulu bukanlah yang sekarang. Masa tulis entry ni dalam kepala asyik teringat irama lagu yang pernah femes suatu ketika dulu. "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. hihi.  hah layan lagu Tegar sat. 😅 korang macam tu jugak ke? 😂


Semua orang diuji. selagi mana yang dinamakannya manusia pasti tak kan terlepas dari ujian Ilahi. Since sekolah menengah sampai lah berkahwin dan punyai 2 orang cahaya mata ujian datang bersilih ganti. Perit nak telan tapi tetap ditempuhi selagi nyawa masih dikandung badan. Alhamdulillah ujian mematangkan kita dan setiap apa yang jadi membuatkan kita jadi lebih bersyukur, lebih matang, tidak buat keputusan terburu-buru dan kita sedar semua adalah kehendak Allah. 

Ada orang diuji dengan penyakit, ada orang diuji dengan ketiadaan anak, anak sakit, anak degil bermasalah, masalah suami dan isteri, masalah dengan ibu bapa, adik beradik, kemiskinan, kekayaan, kesihatan, kelapangan, kesempitan ya semua perkara samada yang kita tak suka mahupon suka adalah ujian.

Sejak Farah menceburi bidang bisnes iaitu bisnes Shaklee banyak perkara yang Farah belajar tentang hidup ni. Dalam bisnes pon ofcourselah tak lari dari ujian. tapi setiap kali diuji Farah akan nampak hikmahnya. Manisnya ujian Allah yang mampu mendidik hati kita yang dulu keras macam batu tapi sekarang lembut seperti sponge. hihi

Melalui bisnes inilah banyak ilmu yang diajarkan mentor² Shaklee Farah. bukan sekadar perkongsian tentang dunia tapi lebih kepada akhirat dan kebergantungan diri pada Allah. banyak perubahan diri Farah dari segi rohani dan jasmani asbab dari bisnes. inilah dia lagi antara kelebihan bisnes Shaklee dibawah team Jutawan. dan yang paling penting diri sendiri yang kena bertindak dan berubah.

Perubahan Farah dari segi rohani:

1) SANGKA BURUK PADA ALLAH KEPADA RASA MALU PADA ALLAH

Farah akui dulu setiap kali diuji mesti Farah macam suka merajuk dengan Allah. terukkan. rasa tak nak mintak apa-apa lagi, solat pon asal buat, cuma ya iman tu masih ada, Allah tegur melalui macam-macam cara. kadang-kadang buka fb mesti ada je keluar video sejenis teguran jangan sangka buruk dengan takdir Allah. 

Kadang-kadang bila macam sedih sangat Farah menangis depan suami then tanya apa yang tak kena sampai Allah tak nak bagi apa yang Farah minta. suami akan tegur jangan sangka buruk dengan Allah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Baru tersedar ya Allah malunya aku pada Kau. 

Farah terlupa apa yang Allah dah berikan pada Farah, Farah rasa malu sangat sampai menangis lagi, tapi menangis bukan kerana terkilan sebab doa tak dimakbulkan atau ujian yang Allah beri tapi tangisan malu semalu-malunya pada Allah. makanya setiap kali diuji atau doa belum termakbul Farah cuba elakkan sangka buruk pada Allah tapi tukar kepada rasa malu pada DIA.

2) MERUNGUT KEPADA BERSYUKUR.

Dah malu dengan Allah maka Farah belajar erti syukur daripada merungut. Dulu selalu merungut, kenapa Allah tak bagi aku camni. kenapa, kenapa dan kenapa. Farah lupa agaknya mata yang masih boleh melihat, telinga yang boleh mendengar, segala anggota badan masih berfungsi dengan baik, lupa Allah dah bagi 2 orang cahaya mata yang baik dan menyenangkan, Allah dah bagi suami yang bukan kaki perempuan, kaki judi, kaki pukul, kaki minum, naudzubillah. seringkali merungut tentang sekecil-kecil ujian hingga lupa untuk bersyukur dengan sebesar-besar nikmat. sekarang setiap pagi wajib ucapkan kata syukur. lepas subuh mesti lafazkan rasa syukur sampai keluar air mata.

Perubahan dari segi kesihatan:

1) SISTEM IMUNISASI SEMAKIN BAIK

Alhamdulillah antara 1 kelebihan bisnes Shaklee bukan sekadar bisnes cari duit semata-mata tapi lebih daripada itu. Paling utama adalah bila kita sendiri dapat kesan yang baik daripada produk yang kita share dan jual dekat customer. 

Kalau dulu sebelum kenal Shaklee Farah seorang yang mudah diserang penyakit. Demam tu dah jadi macam kebiasaaan, pakej demam sekali dengan selsema dan batuk. Paling seram batuk. batuk ni biasa dah kalau tak cecah sebulan tak nak baik dia, sampai satu tahap batuk tak berhenti tekak gatal Allah je yang tahu seksanya. Tak sah kalau suara tak bertukar ala-ala rockers garau mengalahkan suara jin. haha  

dah dekat 6 tahun dah lama tak batuk teruk macam tu. dan dah beberapa tahun asal nak batuk mesti tak jadi. demam boleh kira sekali dalam setahun. boleh kira lagi sehari dua je Allah bagi rasa. subhanallah semua dengan izin Allah produk Shaklee betul-betul dah perbaiki tahap kesihatan Farah.

2) SHAKLEE EFFECT JUGA TERKESAN KEPADA ANAK-ANAK.

Farah memang dah fall in love lama dengan Shaklee. wajib lah Shaklee kan ahli keluarga sekali especially anak-anak Farah. 

Alhamdulillah Allah rezekikan anak-anak yang sihat dan sempurna kejadiannya kepada kami. biasalah budak-budak demam ni bagus kalau 2,3 hari je. tapi kalau kerap sangat demam dan demam dalam tempoh masa yang lama agak tidak bagus ya untuk kesihatan anak-anak.

Jaga anak demam pon rasa letihnya Allah je yang tahu. Kalau Farah anak demam memang Farah tak boleh nak tidur. sentiasa cek suhu badan mereka. kejap-kejap lap dengan kain basah. demam ni jangan buat remeh tau. sebab demam je pon boleh buat budak tu selamanya tak sihat. jangan sampai anak kena sawan, terlalu panas dekat otak dia. risiko dia sampai ke besar dia boleh jadi sawan. naudzubillah.

Masa anak-anak masih baby 2 tahun kebawah Farah memang tak bagi apa-apa suplemen kecuali mealshake tu pon kalau ada rezeki lebih bolehlah belikan untuk mereka. Nailah anak sulung Farah memang gemar makan ubat. tiap kali nak demam suap ubat. so rasa macam tak de masalah sangat. berbeza dengan si adik Amsyar. since baby until now dia anti dengan ubat. argghh!!! susah gila nak suap dia ubat. kalau berjaya masuk tekak dia pon end up mesti dia muntahkan balik.

1 lagi adik ni kerap demam. Pernah masa dia nak masuk umur 2 tahun dia demam lama sangat sampai 10 hari. Hari ke-5 bawak ke hospital malam tu jugak kena warded selama 5 hari. Waktu tu syukur duduk dekat dengan family Farah. Adik-adik dan ibu yang banyak bantu. sebab suami Farah terpaksa balik JB nenek dia meninggal dunia. menangis juga la Farah masa tu. Rasa letih sangat dengan Nailah pon demam tapi terpaksa letak dia dengan ibu Farah. Mengalir air mata rasa nak dua-dua anak depan mata tapi apakan daya si adik lebih memerlukan perhatian ibu. maafkan ibu Nailah. 😭

since daripada kejadian tu Farah tekad nak ikhtiar bagi anak-anak makan minyak ikan omega guard Shaklee. Syukur pada Allah 2 bulan pertama dah nampak kesan. adik dan kakak tak de demam lagi. kalau tak sebulan sekali mesti demam. dan dah setahun lebih dengan izin Allah mereka jarang demam. ada demam tapi sekejap tak sampai 2 hari. batuk dan selsema pon cepat pulih. Alhamdulillah.

Alhamdulillah banyak lagi Shaklee effect Farah dan family. insha Allah free nanti Farah buat 1 entry khas untuk Shaklee effect je sebelum dan selepas berShaklee. panjang kalau nak cerita. hihi

Okaylah sebelum Farah akhiri new entry kali ni Farah share sikit beberapa tips untuk berubah menjadi lebih baik:

1) NIAT KERANA ALLAH.

Apabila setiap niat yang baik kita sandarkan kepada Allah yakinlah kita tidak keseorangan dalam melakukan perubahan, Allah sedang bersama-sama dengan kita, walaupon ada yang mencemuh, bersangka buruk, atau apa-apa sahaja yang boleh membantutkan usaha kita untuk berubah. elakkan untuk mendapat pandangan dan pujian manusia kerana bimbang perubahan kita hanya sementara.

2) DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

Apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan dan mendekatkan diri kita kepada DIA, selalu ke majlis ilmu, mendalami sifat-sifat Allah. Paling mudah dengan zaman teknologi yang serba canggih pililah untuk selalu menonton dan mendengar serta mengambil iktibar dari tazkirah atau ceramah-ceramah dari para asatizah, a'lim ulama, dan sentiasa beristighfar memohon ampun kepada dia walaupon sesaat terjaga dari tidur yang lena.

3) LAWAN RASA MALAS

Bagi anda yang sedang berusaha untuk ubah hidup, malas adalah musuh utama dalam diri. dan ia akan menyerang kita bila-bila masa. maka teruslah kuat dan carilah sesuatu yang dapat membantu melawan sifat malas.

4) SENTIASA MEMPERBAIKI HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Elakkan dari bersangka-sangka, mengumpat, menjaja perihal orang lain, menfitnah dan segala perkara yang mengundang rasa sakit dihati orang lain. Sentiasa sedekahkan senyuman dan salam. 

5) ISTIQOMAH.

Berterusanlah dalam melakukan kebaikkan. orang yang sabar dan tenang selalu menang. dalam usaha untuk beristiqomah perlunya kesabaran yang tinggi. orang sabar penghuni syurga dan syurga itu Mahal harganya.

Doakan Farah sentiasa istiqomah dalam kebaikkan, dan doakan semoga Allah terus pinjamkan nikmat sihat untuk Farah, suami, anak-anak, ibu ayah, adik-adik serta seluruh ahli keluarga Farah. aamin.

xoxo
Master Farah to be.








Comments

  1. Semoga diberikan rezeki dan nikmat yang halal dari Allah.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah kurniakan rezeki dan nikmat yang dijanjikan untuk hamba2 nya yang berusaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia