Hargai Usaha Anak

Ibu ni apa?, soal Nailah dengan nada yang lemah lembut dan manja. Satu persatu alat pekakas mainan memasak ditunjukkan kepada ibu bersilih ganti. Ibu terus meletakkan hp disisi dan menjawab setiap pertanyaan Nailah dengan penuh perhatian.
paling Nailah suka bila ibu join dia main "masak-masak" hehe. Jelas riak wajah gembira dia.

.

Begitulah Nailah apabila mood dia dalam keadaan baik. Namun, ada ketika dia juga akan berubah menjadi seorang anak yang memerlukan lebih lagi perhatian.  Nailah seorang anak yang sangat lembut dan petah berbicara dengan orang yang dia rapat since dia pandai bercakap. Saat dia mula penat, kurang tidur, lapar atau ada masa mood dia ada yang tidak kena, dia akan berubah menjadi anak yang selalu menguji kesabaran kami.
Ada masa ibu berjaya kawal amarah ibu dan menghadapi Nailah dengan penuh tenang dan sabar. Tapi ada masa ibu juga gagal kawal amarah ibu.

.


Perkara ini hakikatnya hanya berlaku pada waktu mereka masih kecil dan masih tidak mengenal erti jemu untuk menagih perhatian kita. Tapi jika usaha mereka dibalas dengan reaksi hambar maka mereka akan melakukan sesuatu bagi mengisi keperluan emosi yang memuaskan hati mereka.

.

Bagi ibu yang tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa maka gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk bersama menyelami hati anak-anak kita. Kerana ramai lagi ibu-ibu diluar sana mengimpikan kehidupan yang lebih sempurna bersama anak-anak mereka. Tapi jangan pula dijadikan alasan penat bekerja maka tiada lagi ruang untuk sikecil. Tidak adil untuk anak-anak kerana mereka mempunyai hak untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang dari kita.

.

Antara aktiviti yang boleh membantu untuk membahagiakan mereka seperti mendengar cerita mereka dengan penuh perhatian, bermain bersama mereka, lakukan aktiviti harian seperti mengajak mengemas rumah bersama, membasuh kain bersama mereka supaya mereka berasa keberadaan ibu bapa mereka. Insha Allah usaha kita pasti akan membuatkan kita bertakhta dihati anak-anak.

.

Anak-anak adalah pinjaman dan anugerah terindah dari Allah yang perlu kita syukuri. Mereka rindu akan belaian seperti sewaktu mereka masih bayi. Bagaimana bahagianya kita sewaktu mendengar tangisan pertama selepas mereka keluar dari alam rahim kita, jadi hargailah detik-detik indah yang hanya seketika ini bersama mereka.

.

Tenung wajah mereka sedalam-dalamnya. Dalam diri mereka ada kita. Begitulah dulu ketika kecil kita. Adakah kita sanggup diperlakukan apa yang kita lakukan pada anak-anak kita sekarang? Mereka perlu dididik dengan tegas agar mereka boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk tetapi didiklah mereka atas rasa kasih dan sayang bukan kerana emosi kita.

.

Semoga ibu Nailah dan Muaz dapat mempraktikkan setiap tulisan yang ditaip dari akal yang tercetus ini. 😊 aamin. 
Kearah menjadu ibu yang berilmu dan matang dalam mendidik anugerah dan amanah dari Allah ini.

No comments

Powered by Blogger.