SHAKLEE VS BISNES LAIN~ ALASAN SAYA (part 1)

Hai! Assalammualaikum readers!

"shaklee vs bisns lain~alasan saya" my new entry today.

Mesti ramai nak tau kan, banyak2 bisnes yang boleh buat kat dunia ni tapi kenapa shaklee yang saya pilih? Lagi pulak ramai yang kata "eh, farah. laku ke awak jual? kami tgk ramai dah pegedar shaklee ni." hehe . xpe, meh saya share kat sini tgk laku ke x, betul ke ramai dah pengedar ni? muahah

Perjalanan bisnes family saya

Saya memang dibesarkan dalam family yang kuat bisnes, dari ayah dan ibu.. ayah dulu salesman, hantar barang dari kedai ke kedai, paling jauh kedai yang ayah pernah pergi kat Mersing Johor kalau x silap. dulu ayah hantar barang2 adabi & so on, pendek kata bukan barang buatan sendiri la...dan sejak bila, saya pun x pasti samada saya dah dilahirkan ke belum, ayah dan ibu mula menghasilkan produk sendiri like air kordial sarsi, sirap, oren, barli, jus buah2an, dan macam2 jugaklah. ayah rajin gi kursus, ayah jenis yang suka kerja sendiri, berimpian ada syarikat besar, maju, semua la..tapi...biasalah berniaga ada risiko especially yang cuba nak promote produk sendiri..ayah jual scara offline, gi satu kedai ke satu kedai. bisnes ayah x berkembang jauh walaupun produk ayah ada yang mendapat sambutan di sesetegah tempat.

Kesusahan keluarga

Dulu family saya orang susah, bisnes ayah tu x tau ada untung ke tak..haha..tapi memang terasa terdesak, walaupun saya kecil lagi saya jenis cepat memahami maybe faktor anak sulung kot.. kalau pergi shoping ibu akan bawak rm20. yess, tu yg paling saya ingat. ibu nak gembirakan kami sesekali pergi shoping, ibu simpan duit, dah rasa rm20 paling banyak la tu untuk belanja kat shoping. gi shoping gi beli roti je...hahah, tapi saya suka, memang dari kecil saya suka makan roti...so x kesah pun xdapat mainan..

Buka kedai runcit

Saya x brapa ingat tahun yang tepat bila ibu start buka kedai runcit, tak silap saya time saya sekolah rendah lagi. time tu ibu dengan cekal hati nak bukak kedai sebab memang kami terdesak time tu. tapi ibu jenis x suka pinjam duit orang, ibu akan usaha dengan usaha sendiri. ibu pecahkan duit tabung ibu yang ada cuma seratus lebih, kami tlg kira sama2..haha. dengan modal rm100 lebih tu ibu beli maggi,1 kotak kecil, gula 5 peket, tepung 5 peket, apa lagi x ingat...tapi macam comel je..hehe. ade la start jiran datang beli...until now alhamdulillah kedai ibu dah besar, dah banyak sanagt barang. pandai ibu uruskan sampai kedai jadi besar..hehe, ibu keturunan cina, orang cakap cina memang pandai bisnes..so darah bisnes tu mengalir la dalam badan anak sulung ibu ni..

Bisnes di universiti

Haa. ni la permulaan saya berniaga kat u... time tu semester brapa x ingt dah (kena makan omega balik ni) subject tu memang kena berniaga, dibahagi group dan pilih produk apa nak bisnes. bincang punya bincang group kami pilih nak jual kerepek. tapi setiap sorang kena kuar modal la...macam2 jenis kerepek kteorg jual. 3 rm 10, minx kat pakcik tu kurang kan harga. dapatla 3 rm9, oleh kerana banyak saingan yang jual kerepek jadi kami terpaksa jual mcm pakcik tu jual 3 peket rm10, untung rm1. jadila time tu just nak fulfil our assingment je. xkesah sangat sal untung tu walau pun ciput...pas habis event, laku semua kerepek kami. our group ada 5 boys and 5 girls, habis je event ada yang mesej kami nak beli kerepek lagi..muahaha, kawan2 group lain dah xnak buat dah , so saya dan kawan saya azreen la take over dis bisnes. kteorg gi beli naek motor tau, haha, tukang pegang saya kiri kanan depan pon hade...

ni la kawan saya, mana2 pi dengan dia beli kerepek jual kerepek..hahah ( ramai tegur kami kembar ke? ) hihih





Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia