Posts

"Baju oh baju" - wanita ini kongsi tips mudah setelkan masalah baju.

Image
Siapa kat sini malas betul nak basuh, jemur dan lipat kain baju? Bila baju dah terlalu banyak mood malas pulak menyinggah. baju boleh jadi macam gunung berapi dah tunggu nak meletus je. 😅 Ni nak share tips sikit untuk ringankan beban ibu-ibu, bapak-bapak yang hari-hari buat rutin yang sama. basuh baju, jemur baju dan lipat baju. . 1) untuk ibu-ibu yang ada anak kecil, basuh baju setiap hari, fokus siapkan dalam masa setengah jam untuk basuh dan jemur. Setel. Kering angkat terus lipat. (Tips ni memerlukan sedikit kos sebab sabun dan softlan cepat habis) 😀 dan tahap fokus serta kesabaran yang tinggi akan membantu ibu setelkan dengan mudah. 2) untuk ahli keluarga yang dah besar panjang. Sediakan bakul khas letak nama setiap sorang, so masing-masing boleh basuh baju sendiri. kih3 😝 bunyi macam kejam kan. Tapi percayalah cara ini secara tak langsung dapat mendidik anak-anak untuk rasa lebih bertanggungjawab terhadap baju sendiri. Dan mereka juga lebih ber...

Rasa sejuk sampai mulut terketar-ketar- detik melahirkan kakak Nailah buat ibu insaf!

Image
Sekarang ni selalu sangat marah kat Nailah.  Tadi ibu penat sangat dan termarah Nailah .Nailah pon tertidur 😢. tidak semena-mena Ibu tengok parut kat perut ibu tempat Nailah keluar beberapa tahun lepas. Ibu pon tetiba sebak. tetiba ibu terkenang saat itu.... . 2 tahun 9 bulan yang lepas. Tanggal 03/09/2014. Jam 11.10 pagi. ibu orang yang kedua untuk ditolak ke bilik pembedahan. perasaan ibu masa tu takut, sebak dan berdebar nak tengok cahaya mata ibu. 1st time kan. 😊 . Dalam bilik operation tu sejuk sangat nak..., ibu ditenangkan dengan seorang lelaki yang ibu tak tahu apa jawatan dia. mungkin jururawat lelaki. "Puan tenang ya..., puan akan berjuang sebentar lagi, baca Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minodzhilimin banyak-banyak ya puan" . lebih kurang lah ayat lelaki 40-an itu yang sedang memindahkan ibu keatas katil yang lain untuk proses caesar. Cukup menenangkan. ibu yang takut terus rasa ada kekuatan yang datang entah dari mana dan makin membuak2 rasa tak sabar...

REVIEW: The Walking Beauty|Projek SPA tanpa kedai

Image
Hai, Assalammualaikum korang, okay, rasanya memang dah viral dah project ni kat facebook, instagram, google etc, kalau korang klik #thewalkingbeautyproject /#homespa / #mobilespa berderet keluar tentang project super awesome ni. So far project ni sangat2 mendapat sambutan daripada student dan suri rumah khasnya. Berebut mereka nak join untuk dapatkan ilmu yang akan mendatangkan duit kemana sahaja korang pergi. Okay la biar gambar dibawah explain apa tu projek "the walking beauty"? Menarik bukan? Actually modal untuk ada spa atas nama sendiri ni murah je. Tapi bukan semua tempat dapat harga serendah rm750. pergilah mana2 kursus memang beribu habis untuk belajar sahaja tak termasuk produk-produk spa. RM750 modal yang perlu korang bayar untuk harga product lengkap. The rest is free. apa yang akan anda perolehi jika mendaftar dengan pakej rm750? Training/praktikal free Access dalam group gang jutawan spa     buku manual disediakan. video praktikal juga dis...

|Hadiah Hari Jadi| 21 Mei 2015| TERIMA KASIH ABANG♡♡♡

Image
Assalammualaikum. Hai. Ya Allah lamanya blog ni tak dijengah. hehe. Tapi insha Allah lepas ni akan jengah-jengah selalu sebab dah ada "baby gold" ni yang sangat memudahkan kerja saya. 21 may 1990 adalah hari ibu saya mempertaruhkan nyawa melahirkan saya. anak perempuan sulung di dalam keluarga. Terima kasih ibu dan ayah sebab dah besarkan kak long dengan sempurna. So hari ni 21 may 2015 hari khamis genap umuq saya 25 tahun. Oh my Allah. Sekejap je masa berlalu. Umur makin meningkat hidup pun dah terlalu singkat. Jadi azam saya, saya tak nak dah lewatkan waktu solat, saya nak kerja sungguh2 untuk dunia dan akhirat. Okay haritu saya da janji nak tunjuk hadiah hari jadi daripada suami saya kan. Hihi. Kalau ingat la status saya kat fb masa tu. So hari ni saya tunjuk la. Actually hadiah ni mungkin biasa je bagi korang. Haha. Sy je jakun sebab hadiah ni dari suami saya. Dan hadiah ni banyak memudahkan urusan saya sekarang. Contoh macam sekarang saya update bl...

SHAKLEE RECOGNITION & MOTIVATION RALLY

Hai, Assalammualaikum! semalam 5 april 2015 kami berada di Holiday Inn, melaka. sebab apa? hihi, kami diraikan oleh shakle atas pencapaian kami dalam shaklee.

Must Read: 20 + 1 perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak!

Image
Bismillahirrahmannirrahim Assalammualaikum korang. Jalan2 kat newsfeed facebook terjumpa pulak benda ni. memang betul2 berlaku kat saya. korang2 yang tengah tunggu saat2 kelahiran mesti akan rasa cam ni jugak bila si comel dah ada depan mata. yang dah ada anak cuba baca betul x terjadi kat korang...hihi kredit:  Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK! Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama.  “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur” ...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 1- Kita menemui kekuatan dalaman ...

Kenapa Pilihan Saya Nak Jadi Suri Rumah Tapi Bergaji?

Image
Bismillahirrahmannirrahim hai, assalammualaikum korang. sihat ke hari ni, mesti letih kerja kan...especially yang dah berumahtangga dan ada sikecil yang perlu diuruskan, plus suami lagi. anda wanita hebat! kuat. beza dengan saya. tapi x bermakna saya x kuat bila x kerja...aippp...siapa cakap saya tak kerja? zaman sekarang ni, dengan keadaan ekonomi sekarang memang x boleh suami sorang je kerja. frankly speaking , dengan hutang kami yang menimbun, hutang kereta, rumah, bank, hutang belajar saya lagi, sapa nak bayar? suami? kesian kan kat dia. mana dia nak selesaikan hutang dia, ni nak tambah hutang bini dia...saya xkan benarkan dia bayar hutang saya kecuali dia dah terlebih kaya...hehehe tipulah korang tak dek hutang. mesti ada kan. tapi saya memang rasa beruntung la, saya cuma hutang belajar rm18k je.  hutang lain memang xde. so, korang rasa kalau saya x kerja macam mana yea saya nak settle kan hutang belajar saya? rugi kan, belajar 4 tahun tapi x kerja. aipp..siap...