Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus

Bismillahirrahmannirrahim.



Sebut sahaja tentang detox mesti semua orang akan fikir detox hanya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kegemukkan sahaja dan sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan atau menurunkan berat badan tapi tak ramai yang tahu fungsi detox yang sebenar. Jangan terkejut kalau Farah cakap orang kurus juga perlu detox. Sebab apa? sebab detox bukan semata-mata bertujuan untuk kurus tapi lebih daripada itu. Boleh lihat disini huraian lengkap tentang detox Jom_DetoxShaklee

.

Tidak dinafikan, Detox merupakan salah satu cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal tetapi tahukah anda selain ia membantu anda untuk kurus detox juga memberi kesan yang sangat baik untuk keseluruhan kesihatan badan anda. Dengan adanya program detox Shaklee dibawah program Jom Detox Jutawan ianya sangat-sangat membantu untuk anda mendapatkan berat badan yang diidamkan serta dapat mengembalikan kesihatan tubuh anda dengan cara yang lebih enjoy, selamat dan berkesan.

.

Antara 10 kesan detox kepada tubuh badan anda:


1) BUANG TOKSIN.

Fungsi utama detox adalah pembersihan kotoran atau toksin yang telah lama ada didalam dalam tubuh badan kita akibat daripada radikal-radikal bebas yang berpunca dari pelbagai faktor-faktor yang kita alami saban hari. Ibarat longkang yang kotor, berlumut dan berkeladak perlukan pembersihan sebelum ia tersumbat. Begitulah juga dengan badan kita. kerana kebanyakkan penyakit hari ini berpunca daripada radikal-radikal bebas yang ada di dalam tubuh badan seseorang.

2) CEGAH PENYAKIT KRONIK.

Penyakit kronik selalunya berpunca daripada pelbagai faktor,  ia boleh terjadi disebabkan radikal bebas yang bermaharajalela di dalam badan dan akan memberi kesan buruk kepada sel-sel badan kita. Sebab itu detox sangat penting kepada semua orang kerana dalam program detox Shaklee, ia memfokuskan pemakanan yang sihat dan berkhasiat "eat clean", pengambilan suplemen secara bijak dan senaman dengan cara yang betul supaya dapat membantu melengkapkan keperluan nutrisi, menghasilkan sel-sel badan yang sihat secara tidak langsung membantu dalam mencegah risiko penyakit kronik.

3) MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI

Sistem imunisasi yang baik juga sangat penting untuk mencegah penyakit-penyakit kronik, bila sistem imum kita lemah, sel-sel badan akan mudah diserang oleh radikal bebas dan ia berisiko boleh mendatangkan penyakit lain. detox juga membantu anda dalam meningkatkan tahap ketahanan badan anda.

4) MENGURANGKAN BERAT BADAN

Sudah tentu melaluii detox ia dapat membantu menutup rasa craving makanan yang tinggi kandungan gula, tinggi lemak dan segala makanan yang tidak berkhasiat. secara tidak langsung anda mampu mengawal dan mengurangkan berat badan kepada berat yang anda idam-idamkan.

5) MEMPERLAHAN PROSES PENUAAN

Bonus untuk anda yang memilih detox Shaklee dibawah program Jom Detox Jutawan, ia juga membantu anda untun mendapatkan kulit yang lebih muda dan membantu melambatkan proses penuaan sebelum tiba usianya. bila badan sihat, perjalanan darah lancar, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kulit luaran anda.

6) MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Detox juga memberi penekanan tentang kepentingan gaya hidup yang lebih sihat. dengan cara ini dapat meningkatkan taraf kualiti hidup yang lebih baik dan bermutu.

7) MENINGKATKAN TENAGA

Bila seluruh tubuh badan sihat, mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan makanan yang berkhasiat akan membantu meningkatkan tenaga. kerja kita lebih berkualiti cekap dan pantas.

8) KETENANGAN MENTAL DAN EMOSI

Ada feedback peserta yang telah berjaya menyembuhkan penyakit anxiety dan lebih tenang selepas menyertai detox Shaklee dan follow panduan daripada coach dibawah program Jom Detox Jutawan. boleh baca feedback  disini success-story-jom-detox-jutawan

9) MENGEMBALIKAN KESTABILAN SISTEM BADAN

Detox mengembalikan kestabilan ssistem badan supaya badan dan hormon yang stabil akan membantu anda berasa lebih sihat dan bertenaga. sebab itu tujuan detox shaklee disediakan untuk anda yang menghargai nikmat sihat.

10) KULIT SEMAKIN CANTIK

Ramai peserta yang berjaya mendapatkan kulit yang semakin cantik selepas detox berkali-kali. Kulit cantik terhasil daripada hormon yang sihat perjalanan darah yang lancar, kulit mendapat nutrisi secukupnya seperti protein, vita C, dan lain-lain.

1


So semua dah tahukan Detox bukan sekadar untuk kurus tapi lengkap dengan pakej lain yang sangat penting iaitu kesihatan tubuh badan kita supaya fungsi tubuh dapat berfungsi dengan baik. Ramai orang kurus yang sakit kat luar sana. jadi inilah peluang untuk orang kurus jugak menyertai detox Shaklee dibawah program ini. Insha Allah setiap penyertaan akan ada wakil coach bertauliah yang akan guide anda. so tunggu apa lagi? Jom sertai next batch Jom Detox Jutawan! call/whatsapp 60132120792


Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia