Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal?
Bismillahirrahmannirrahim.
Hai. Assalammualaikum semua. Terima kasih Farah ucapkan sebab sudi singgah ke laman sesawang blog Farah. yang baca entry kali ni mesti muda-muda lagikan? hihi I guess la sebab tajuk entry hari ni Farah focus pada orang muda. Tak kisahlah umur berapa kalau rasa diri muda ya pon boleh 🤗
.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sebab Allah masih pinjamkan lagi pada Farah nikmat kesihatan yang baik, kudrat yang masih kuat, anggota badan yang masih berfungsi dengan baik disaat usia Farah hampir mencecah 30an.
.
.
Syukur sebab ramai rakan-rakan seusia macam Farah dah diuji dengan pelbagai jenis penyakit, Allahu. sungguh berat ujian sakit ni. lebih sayu bila ada anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa. 😠Farah tak boleh nak bayangkan macam mana mereka hadapi ujian ni semua. benarlah, syurga itu terlalu mahal. hanya yang terus bersabar dan redha dengan ujianNya pasti mendapat kasih sayangNya.
.
Jap ya membebel panjang pulak sebelum masuk main point 😂 Yang sebenarnya masa nak menulis entry kali ni Farah rasa syukur sangat pada Allah sebab ada satu berita gembira yang boleh Farah anggap sebagai hadiah terbesar daripada Allah dalam hidup Farah. Akhirnya doa kami terjawab, Allah terima dan perkenan. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
.
.
"Long, ibu dah bebas cancer", Alhamdulillah hampir setahun lebih ibu melalui pelbagai detik kesukaran berjuang untuk sembuh, atas keyakinan yang tinggi untuk sembuh, kesabaran dan redha dengan ketentuan Allah akhirnya Allah angkat penyakit ibu. Doa kami tak pernah putus untuk ibu, termasuk ikhtiar yang kami sandarkan hanya Allah yang layak menyembuhkan. Nanti Farah akan share kisah ibu Farah bagaimana dia berjuang untuk sembuh dari kanser payudaranya ya. insha Allah Farah tuliskan nanti dalam 1 entry lain. hihi. stay tuned guys.
.
Okay. baru nak masuk tajuk. hihi sorry korang.😜 hai orang muda. Bagi Farah la kan, sebenarnya dalam bisnes ni tiada istilah terlalu awal atau lewat untuk mengejar impian. asalkan ada keazaman untuk berjaya dalam bisnes then go for it!. Tapi dah alang-alang yang tengah baca ni semua muda-muda lagi kan?
.
Imagine diusia yang masih muda korang dah jadi jutawan disaat rakan-rakan seusia anda sedang menunggu peluang pekerjaan atau bergantung sepenuhnya pada gaji bulanan tapi korang dah maju kehadapan, berjaya merealisasikan satu persatu impian korang. siapa je tak yang tak nak kan. Jadi kenalah juga ambil tahu apa sebab korang dah kena start bisnes diusia yang masih muda?

5 Sebab Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal:
1) MASIH KUAT DAN BERTENAGA
Bila usia masih muda, ia adalah waktu terbaik untuk anda berniaga kerana masih kuat dan bertenaga berbanding dengan mereka yang telah berusia. Pergerakkan anda tiada batas, pemikiran masih kreatif dan anda boleh mengumpul duit dan aset sebanyak mungkin sementara masih kuat.
2) MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN
Dengan berbisnes, kita dapat menjana pendapatan sampingan tanpa perlu bergantung kepada duit gaji bagi yang bekerja dengan majikan. Apa yang kita nak kita akan cuba capai target pada bulan itu untuk mendapatkannya, tapi awas, jangan boros, carilah ilmu tentang pengurusan kewangan.
3) TIMBA PENGALAMAN BERHARGA
Berbisnes pada usia muda membantu kita memperolehi pengalaman yang sangat berharga, tak semestinya untuk mulakan perniagaan kita perlu ada bisnes sendiri, kita boleh mulakan sebagai dropship atau agen, jadi disini kita boleh timba dan kutip pelbagai pengalaman yang berharga sekiranya anda ingin bina perniagaan sendiri.

4) REALISASI IMPIAN LEBIH AWAL
Setiap orang kebiasaanya pasti ada impian yang mereka ingin kecapi. dan alangkah baiknya jika semua impian dapat dicapai pada waktu yang lebih awal. Sekiranya terasa ingin melancong, shopping barang-barang yang berjenama tak perlu tunggu diusia tua kalau boleh capai pada waktu lebih awal. dan ianya pasti dapat direalisasikan jika anda mula berniaga diusia muda.
5) GEMBIRAKAN HATI ORANG YANG TERSAYANG
Memang ada pendapat yang mengatakan duit bukan segalanya. tapi hakikatnya segalanya perlukan duit, termasuklah bila kita nak gembirakan orang yang kita sayang.
Seronokkan kalau ada banyak duit diusia muda. bila-bila masa je kita happykan insah-insan tersayang, tak kira lah siapa je yang kita nak happy kan samada ibu ayah ke, suami isteri, anak-anak, adik beradik atau sesiapa sahaja.
Farah suka bisnes sebab Farah tak kerja, suri rumah sepenuh masa macam Farah memang tak cukuplah kalau nak bergantung pada duit bulanan yang suami bagi. bila Farah bisnes alhamdulillah Farah tetap ada income sendiri. dari situ Farah boleh happykan suami belanja makan, belikan anak buku, belikan adik-adik baju, semua happy walaupon pemberian kita tak seberapa apatah lagi kalau kita boleh belikan mereka benda yang bernilai tanpa berkira-kira.
.
So, berbaloi bukan jika anda sudah berjinak-jinak dalam bidang perniaagaan diwaktu usia anda masih muda. Jangan bertangguh, jika Allah sudah lorongkan hati anda untuk berbisnes maka bertindaklah sekarang. Tak kiralah bisnes apa yang ingin anda buat, janji ianya memberi pulangan yang berbaloi untuk anda.
Jom dari sekarang tanam azam kita pulak jadi seorang yang suka memberi dari meminta. dan jawapannya Teruslah bertindak dan berniagalah sekarang pada usia yang masih muda.
.
Berminat untuk bisnes dari cabang kecantikkan? klik link ni mobile-spa-bantu-wanita-jana-pendapatan.
Atau berminat untuk bisnes dari cabang kesihatan? klik link ni Kelebihan Bisnes Shaklee
okay sekian sahaja. tq semua sudi baca.
xoxo
Master Farah to be

Comments
Post a Comment