Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee

Assalammualaikum.




Dekat 6 Tahun lebih dah Farah buat bisnes Shaklee ni, ada masa bisnes merudum, ada masa Farah down, ada masa Allah berikan kejayaan, banyaklah kenangan Farah dengan Shaklee. Banyak juga value yang Farah dapat sepanjang proses jatuh bangun bersama Shaklee. Untuk entry kali ni bukan nak cerita tentang kejatuhan walaupon banyak kali jugak jatuh tersungkur lagi, tapi entry kali ni nak cerita tentang pencapaian Farah selama 6 tahun dalam bisnes Shaklee, lebih kepada rasa syukur dengan apa yang Allah dah berikan selama ini.

.

Actually time kita rasa down, bisnes jatuh pon merupakan tarbiyah untuk melatih diri kita supaya menjadi manusia yang lebih sabar dan matang, Yang sebenarnya Allah nak latih diri kita untuk meyerahkan semua urusan dunia, akhirat, urusan mati, urusan hidup, perniagaan, hatta masa nak tidur pon serahkan diri semua pada Dia. Kita akan sedar kita ni tiada apa-apa, semua milik Dia, semua hak dia, jadi kita belajar didik hati untuk sabar dan redha tapi pada masa yang sama tak putus asa dengan rahmat Dia. Allah pun tak suka hamba-hambaNya yang suka berputus asa kan. Syukur kan ada pengalaman macam ni. manis je tarbiyah Allah untuk hamba-hambaNya. 

.


Ni antara sharing Farah masa mula-mula consume ESP


Farah mula mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan keahlian percuma masa tu pada 26 Jun 2013, so hampir 7 tahun lah Farah serius dalam Shaklee, pengalaman bersama dengan 1 produk Shaklee membuatkan Farah decide untuk jadi ahli terus, Energising Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP yang beri kesan yang baik pada Farah. Teruja rasa nak share kat FB tapi tak la serius sangat untuk bisnes Shaklee masa tu, just suka-suka berkongsi suplemen ESP yang Farah ambil masa tu. Hasil dari sharing kat FB tetiba bakal adik-adik ipar yang dah jadi adik ipar sekarang ni pon nak try juga ESP, 2 tong terjual masa tu. hehe. itulah permulaan kisah Farah macam mana boleh terus berminat dalam bisnes Shaklee. 


2 tong customer punya. 4 tong stok untuk Farah. beli 6 dapat free membership.


Sebenarnya banyak kelebihan bisnes shaklee yang membuatkan Farah kekal betahan dalam Shaklee selama hampir 7 tahun, boleh baca kat sini Kelebihan bisnes Shaklee, anda patut tahu dan yang ni juga Peluang Bisnes Shaklee-3C. Panjang pulak bebelnya, hihi, okaylah Farah nak senaraikan antara kisah-kisah kejayaan Farah dalam Shaklee. jom!


...................................................................................................................................................................


Kisah kejayaan 1: Berjaya close order 2 tong ESP sebelum mendaftar sebagai ahli.

Yang macam Farah cerita tadi lah, customer pertama Farah yang beli tu adik-adik ipar Farah, terima kasih adik-adik, hehe. Imagine lah belum jadi ahli Shaklee lagi masa tu, baru share beberapa post kat FB pasal ESP ni, sekali Allah gerakkan hati bakal adik-adik ipar masa tu untuk beli ESP, kira 1 kejayaan juga lah kan belum ada niat nak bisnes lagi tapi sebab usaha dan niat kita untuk share kebaikkan Shaklee maka Allah hantar pula customer nak beli dengan kita.



Kisah kejayaan 2: Berjaya close order secara offline dengan cikgu-cikgu sekolah 

Farah ni bukan jenis banyak cakap dengan orang yang tak rapat, rasa segan nak tegur orang, sejenis yang introvert tau, biasa kena cop sombong. hukhukhuk, so mustahil lah kan nak promote barang dari mulut ke mulut. Masa start register ahli tu Farah dah bergelar guru di Sra Jaim Alai, Alhamdulillah rakan-rakan guru kat situ semua friendly termasuk guru besar. imagine lah guru besar beli minyak ikan Shaklee Omega Guard dengan Farah masa tu. hihi. bila dah berjumpa rakan-rakan guru mulut ni bagus pulak duk cerita bisnes yang Farah buat kat diorang, Farah saja bawa catalog Shaklee. atlast hampir semua guru-guru kat situ jadi customer Farah. 1 kejayaan besar bagi manusia introvert macam Farah ni boleh jual barang secara offline. kah kah kah.


Kisah kejayaan 3: Rank Up Shaklee Supervisor 3 bulan selepas mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Ingat lagi masa tu bulan September, bulan ni la ulangtahun ke-6 Farah berjaya rank up sebagai Supervisor di petang closing. happy bukan kepalang, bonus bulan pertama join Rm38 camtu kalau tak silap Farah, bulan ke-3 terus dapat bonus RM2k lebih, masa tu macam tak percaya sebab bonus lagi besar dari gaji Farah masa tu. Allah bagi rezeki sebab masa tu Farah nak nikah dah bulan 11, jadi dapatlah Farah ringankan beban ibu ayah untuk persediaan walimah Farah, 

Bonus pertama Farah. dulu pakai cheque, sempatlah rasa pegang cheque beberapa bulan. lepas tu dah canggih sikit pakai online transfer ajee. hihi


tadaa! ni Dapat dua cheque sebab rank up Supervisor. Cheque pertama RM1889.70, cheque kedua RM368(bonus naik pangkat as sv). total semua sekali RM2257.70


Kisah kejayaan 4: Rank up lagi 2 mata tangga. hingga sekarang Alhamdulillah Farah sudah berada di level Coordinator.

Actually semakin tinggi level kita semakin besarlah tanggungjawab kita sebab leaders bawah kita makin bertambah, ahli kumpulan juga kian bertambah dan waktu ni lah muncul satu persatu dugaan dan cabaran sikit, tapi its okay, kita pandang semua dugaan sebagai proses Allah nak beri hadiah pada kita. 


Rank up senior supervisor April 2014

12 December 2016 rank up sebagai coordinator



Kisah kejayaan 4: Income 4 angka setiap bulan

Alhamdulillah, sebagai seorang suri rumah macam Farah bila dapat income bulanan 4 angka dah besar nikmat dah. satu kejayaan bagi Farah walaupon Farah takde kerja tetap macam orang lain tapi ada rezeki setiap bulan untuk Farah setelkan komitmen bulanan, seperti yuran anak, bil api/air/astro, hutang belajar, penapis air, duit belanja ibu ayah, bil internet, back up perbelanjaan dapur, semua cukup Allah bagi. memang orang bisnes tawakal kena tinggi pada Allah kan. sebab kami tak de gaji tetap. kami amalkan konsep DUIT untuk dapatkan duit. 

D= Doa. 
U= Usaha.
I= Ilmu.
T=Tawakal. 

Semua tu bergantung antara satu sama, Doa tanpa usaha itu malas, usaha tanpa doa itu sombong, usaha perlu ada ilmu, ada ilmu tapi tak praktik tak kemana, tawakal penyerahan diri kepada Allah, hak Allah nak bagi atau tidak kepada kita. tapi Allah tak pernah zalim kepada setiap hambaNya. buat jelah sampai dapat. 

Kadang pernah bonus Farah tak capai 4 angka. tapi mesti ada sumber lain yang Farah dapat, lagi-lagi since join The Walking Beauty, pasti ada jalan keluar bila apply konsep DUIT tadi. 

Part time job sebagai beautician dan trainer The Walking Beauty.
sumber pendapatan tambahan Farah



Kisah kejayaan 5: Berjaya mencapai Kelayakkan ke BLNC setiap tahun. 

Business Leader National Conference atau BLNC merupakan 1 event khas untuk para leaders yang berjaya melepasi syarat efektif atleast 3 kali dalam 1 tahun. Alhamdulillah untuk tahun ni Farah dah melepasi kelayakkan ke BLNC pada tahun hadapan. dah efektif lebih dari 3 kali.  

BLNC ni adalah persidangan khas untuk para leaders, ia sangat special sebab time BLNC ni kami akan tahu terlebih dahulu perancangan Shaklee untuk next cycle, dapat aura positif, dapat surprise gift lagi, dapat vitamin free untuk tenaga sepanjang BLNC, dapat makan free 3x sehari sedap-sedap pulak tu. haha sebab tu rugi kalau para leaders tak fight untuk ke BLNC serius rugi. 

Free je tau tiada hidden charges memang tak kena bayar apa-apa, tak kena tolak uv ke apa, bawak diri je sekali suami pon dapat pergi kalau korang register ahli dengan suami sekali la. Kalau korang nak tahu lagi info tentang BLNC Farah ada share kat sini BLNC KALI KE-3.



ok next!

Kisah kejayaan 6: Trip mewah tajaan Shaklee (Libra Star Cruise)

Salah satu kejayaan terbesar Farah dalam bisnes Shaklee selain yang atas-atas tu adalah berjaya dapatkan 1 tiket region trip percutian mewah Shaklee bertaraf 5star. 

Masa dapat tu rasa excited namatey. haha. sampai upline Farah wassap "Farah, finally u did it!", saat dapat email invitation dari Shaklee rasa macam tak percaya aku dapat email jemputan ni. terus buat passport. 

Tapikan... entah kenapa masa tu tiba-tiba rasa tak happy nak tinggalkan anak yang masih menyusu lagi, berat sangat hati ni. jadi Farah decide untuk lepaskan masa tu, semoga ada lagi peluang untuk join trip shaklee lagi lepas ni.



...................................................................................................................................................................


Alhamdulillah sebenarnya banyakkk lagi kisah kejayaan yang Farah nak cerita, tapi setakat ni dulu yang terlarat untuk Farah share. semua ini pon datang dari Allah, siapalah Farah kalau Allah tak izinkan ni semua terjadi, semua dengan izin Dia. Insha Allah semoga perniagaan Shaklee ini dapat beri manfaat buat semua orang, insha Allah selama-lamaNya biiznillah. 

Okay kalau lah korang baca ni then terbuka hati dan komited untuk join Shaklee boleh terus contact Farah ya, insha Allah banyak sangat kelebihan bisnes Shaklee ni kalau korang buat betul-betul, senang cerita semua dah tersedia tinggal korang buat je. Okay sampai sini dulu, Farah akhiri dengan  lafaz Assalammualaikum w.b.t. 

Tq guys!

xoxo
Master Farah to be.
0132120792











Comments

  1. Bestnyaa entry kak farah..doakan kita dapat peluang camni gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah smoga diberi kejayaan yg lbih cmerlang. ��

      Delete
  2. Tahniah farah,semoga terus sukses dan dapat rank as Master 😘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)