Mentor Bisnes Saya.



Assalammualaikum wbt.

Sebelum tu Farah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada salah seorang mentor bisnes Farah iaitu Master Laila yang menyediakan blog contest selama 30 hari berturut-turut seperti ini sebagai salah satu cabang usaha supaya kami lebih komited dalam bidang bisnes. Actually bila ada contest macam ni kita akan rasa excited untuk cabar diri kita yang mana hasilnya adalah untuk kebaikkan bisnes kita pada masa akan datang.

.

Menurut Wikipedia definisi mentor adalah seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih, ia menyamai dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya, mentor ini merupakan seseorang yang berpengalaman dalam bidang yang diceburinya.

.

Perkataan Mentor berasal daripada perkataan Greek yang memberi maksud guru, rakan atau kaunselor yang biasanya mempunyai pengalaman, kemahiran atau kelebihan dalam bidang tertentu dalam membantu memberi tunjuk ajar kepada mentee iaitu merupakan pelajar atau penerima pertolongan.

.

Mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman akan bertindak untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk penambahbaikkan lagi dirinnya (mentee) dalam konteks pembentukkan kerjaya, kerohanian, pendidikan dan tak kira apa jua aspek-aspek pembangunan diri.

.

Apabila kita menceburi bidang pernigaan adalah menjadi satu keperluan bahkan satu kewajipan untuk kita mempunyai mentor-mentor yang boleh membantu dan membimbing kita supaya kita dipandu kearah yang lebih jelas, belajar apa pon kita perlukan guru kan. so untuk entry kali ini Farah nak kenalkan dengan semua pembaca-pembaca blog siapakah gerangan mentor-mentor bisnes Farah. 

.

Farah rasa syukur bila dipertemukan dengan Shaklee ni tau sebab terlalu banyak kelebihan bisnes Shaklee ni hinggakan bila korang sign up sebagai ahli Shaklee je terus tersedia mentor-mentor yang hebat. Tak perlu buang masa dan habis beratus atau beribu untuk cari mentor. join je da ada mentor. bukan sorang tapi ramai gila 😂 dapat free. kalau korang yang komited untuk berbisnes Shaklee lah. 


1) MASTER LAILA




Beliau merupakan seorang engineer berpendapatan RM5000, mula mengenali Shaklee melalui sahabat beliau Kak Cery di Miri Sarawak, disebabkan Master Laila ni selalu keletihan dan kelesuan ditambah pula dengan keadaan beliau yang masih menyusukan anak sulung maka kak Cery cadangkan beliau untuk ambil Shaklee, disitulah titik pertama beliau mengenali Shaklee dengan lebih dekat. oh ya bonus pertama beliau adalah RM31 (Bonus Shaklee 5%).

Mula aktif berblog pada June 2010 walaupun still sibuk bekerja dengan oil & gas di telaga minyak. Keadaan kerja yang agak sibuk dan memenatkan ditambah lagi apabila tiba dirumah menyambung pula tugasan sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata bukan penghalang untuk beliau komited dalam mencari side income. dalam fikiran beliau masa itu beliau nak berhenti kerja dan ada bisnes sendiri.

Bermula pelbagai cabaran dalam bisnes Shaklee, beliau juga pernah ada rasa malu untuk berkongsi di FB, pernah tiada sales berminggu-minggu, pernah menangis kecewa dan down, pernah rasa nak stop sebab pressure yela dah buat macam-macam tapi tak de sales baik tak yah buat ye tak? tapi asbab pujukan dari mentor beliau supaya suruh sabar beliau turuti. Pernah tak efektif sebagai supervisor income beliau cuma RM300, beliau minta nasihat mentor apa lagi kena buat. mentor ajarkan untuk berinfaq keoada sekolah tahfiz 30% dari modal setiap kali beliau beli Shaklee

Alhamdulillah hebatnya kuasa memberi, bulan-bulan seterusnya beliau rank up sebagai senior supervisor. dan beliau terus melazimi sedekah. rezeki dalam bisnes beliau mengalir seperti air walaupon banyak cabaran yang beliau hadapi termasuk tidak mendapat sokongan daripada suami. tapi hati milik Allah. lama kelamaan suami beliau mengiyakan dan turut membantu untuk pack dan poskan barang.

dan berkat usaha gigih dan pertolongan Allah kini beliau merupakan founder kepada group Jutawan yang mana sales team beliau berjuta-juta setiap bulan. beliau kini seorang suri rumah berpendapatan ratus ribu dan aktif memberikan bimbingan kepada kami anak-anak didiknya.

2) MASTER ZAHIRAH



Beliau juga merupakan bekas engineer Petronas. orangnya comel kecil-kecil cili api. tapi macam tak percaya dahulunya beliau seorang yang sentiasa tidak yakin nak consult customer, tahap confident beliau untuk bisnes adalah kurang dari 5% je. Berdasar apa yang beliau cerita ni memang jauh beza dengan sekarang.

Practice make perfect, pada mulanya nak jawab call customer pon takut-takut sebab level confident yang rendah. pernah orang call beliau then beliau jawab beri masa 3 minit beliau ada kerja urgent. padahal beliau nak semak balik betul atau tidak jawapan yang diberikan kepada customer. dan ini obvious berlaku selama 2 bulan selepas join Shaklee hehe. tapi lama kelamaan beliau cabar diri untuk improve communication skill beliau.

Seperti yang lain, beliau juga pernah mengalami rasa down, sedih, tension bila tiada sales walhal tak pernah tak buat msster checklist. mengadu dengan mentor beliau iaitu mak Shakee beliau Master Laila, pernah mentor call beliau tak angkat sebab terlalu down fikirkan macam mana nak efektif senior supervisor kalau zero sales.

Yang bagusnya Master Laila, beliau tak layan anak didik yang tengah stress. Bila anak didik dah tenang barulah dia sental habis-habis buang segala keladak yang ada. Alhamdulillah bila hati tenang sales Master Zahirah semakin banyak. Hingga beliau berjaya rank up sebagai master dalam Shaklee. hebat. masha Allah.

Master Zahirah kini merupakan founder kepada Legasi Anugerah Terindah. income bulanan tak kurang dari 5 angka. pernah berjaya mencapai income bulanan sebanyak 6 angka. Dan kini masih gigih memberikan yang terbaik untuk kami.

3) MASTER HAFSAH



Beliau dan suami master Aizan pernah diuji suatu ketika dahulu. ibu mertua sakit kanser otak. mungkin asbab menjaga seorang ibu Allah berikan kejayaan kepada mereka. imagine walaupon dalam keadaan yang sangat kelam kabut, suami beliau ambil unpaid leave sebulan untuk jaga ibunya. ulang alik sana sini, Bintulu ke KL,  tak terurus tapi Allah berikan hadiah kepada mereka waktu itu. mereka berjaya rank up senior coordinator pada bulan yang sama mereka diuji.

Ujian menjaga orang tua yang sakit disaat mereka sedang mengejar impian bukanlah sesuatu yang mudah. tapi alhamdulillah ujian ini menjadikan mereka lebih kuat dan saling bertoleransi, suami yang baik tidak membebankan isteri untuk menjaga ibu mertuanya (ibu master Aizan) sebolehnya sang suami bantu ringankan beban isteri. subhanallah.

Penyakit kanser otak biasanya akan mengalami gangguan sistem saraf dan motor. ia menyebabkan pergerakkan, pertuturan, ingatan dan segalanya terganggu, pesakit tak dapat uruskan sendiri. Mandi, pakai lampin, makan bersuap, bantu untuk jalan, duduk, solat sebab dia dah tak ingat aturan dan bacaan solat. hebat dugaan mereka, walaupon diuji untuk menjaga ibu yang sakit tetap berjaya efektif sebagai senior coordinator.

satu persatu ujian Allah datang melalui si ibu. mereka tetap berusaha menjaga sebaik mungkin keramat hidup mereka. dan beliau berjaya lagi rank up ke rank key coordinator walaupon macam-macam dugaan yang datang. kalau tak silap Farah ibu mertua master Hafsah dah dijemput Ilahi. sama-samalah kita sedekahkan alfatihah.

Kini master hafsah telah berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee. pernah mendapat anugerah Milion Dolar Eaner. dan banyak lagi kejayaan yang telah beliau kecapi dalam Shaklee. Income bulanan hampir mencecah 6 angka. sekarang banyak buat aktiviti amal seperti mengajar kanak-kanak mengaji, aktiviti sukarelawan dan banyak lagi.

4) MASTER AINUL SHAHRAZAD



Master Ainul merupakan sepupu Farah sebelah ayah, ex engineer Petronas juga. hihi. Beliau memang seorang yang selalu bersemangat dan suka berimpian sejak kecil hingga sekarang. Bijak dalam pelajaran dan suka membantu ibunya walaupon masih bersekolah. Impian ingin jadi kaya perlahan-perlahan beliau realisasikan dengan izin Allah.

Mula mengenali Shaklee asbab daripada Master hafsah, dan ketika itu sedang hamil anak ke-3. Mula-mula join Shaklee hanya untuk makan sendiri sebab beliau tekad untuk fully breastfeeding dan register member sebab nak makan vitamin untuk breastfeeding.

Turning point beliau mula serius untuk berbisnes setelah beliau baca dan mula terkesan dengan success story Master Zura Betty sharing daripada Master Zahirah. Part paling membuatkan beliau tersentap adalah tentang kepuasan hidup. Selama bekerja beliau terlalu sibuk hingga korbankan masa beliau bersama anak-anak, tak dapat lihat perkembangan anak sendiri, dan paling sedih bila terpaksa tinggalkan anak-anak ketika mereka sakit.

Itulah push factor Master Ainul. Sejak daripada itu beliau mula gali info tentang Shaklee, kebetulan sedang bercuti kerana berpantang anak ketiga. Apabila mula bekerja semula beliau terus aktif dalam  berkongsi tentang kebaikkan Shaklee kepada rakan-rakan ofis. Alhamdulillah dari situlah bermula perjalanan bisnes Shaklee beliau.

Dan kini beliau merupakan suri rumah berpendatan 5 angka setiap bulan. Jualan group mencecah ratusan ribu. merupakan founder The Walking Beauty yang sedang meningkat naik. Mentor yang selalu bersemangat dan berimpian tinggi. banyak impian beliau yang telah berjaya dikecapi satu persatu.

5) MASTER ATHIRAH



Kalau Master Ainul sepupu Farah, Master Athirah pula merupakan adik kepada Master Ainul. dan kami adalah sepupu rapat masa kecil-kecil dulu.Ya hingga kini kami tetap berhubung asbab dari bisnes Shaklee. Farah kenal Shaklee melalui Master Athirah.

Tak kurang hebat kisah beliau, sanggup meluapakan career sebagai seorang peguam sejak habis belajar sehingga kini Shaklee adalah lifetime beliau. Pernah rasa cemburu melihat rakan-rakan kemas bergaya dengan pakaian uniform peguam. tapi beliau pujuk hati untuk terus yakin bersama Shakle.

Beliau telah berjaya membuktikan kejayaan ada dimana-mana. Sekarang beliau sangat puas dengan kehidupan beliau bersama Shaklee.Tiada yang mustahil dengan Shaklee, sebab Shaklee boleh berikan apa yang beliau impikan. kesihatan, kewangan, kebebasan, percutian semua telah beliau nikmati.

Disaat orang lain tiada masa bersama keluarga beliau masih disisi anak dan suami follow kemana sahaja suami out station, nak rasa feel bekerja beliau pakai cantik-cantik keluar sana sini coaching anak didik, nak bercuti bila-bila je on, siap dapat percutian mewah percuma lagi daripada Shaklee. Bonus Shaklee 5 angka dah setiap bulan. nak apa lagi? Masha Allah.

Ogos 2018 beliau berjaya rank up sebagai Master Coordinator Shaklee dan telah diraikan Shaklee pada Mac 2019 bersama-sama dengan kakak beliau Master Ainul. Kejayaan demi kejayaan tercapai. Seorang yang sangat memahami anak didiknya. Tak pernah putus asa mengajar kami dan sentiasa bersifat terbuka untuk memaafkan kekurangan kami.

Video Tayangan Semasa Master Recognition Rally

 Master Celebration my Mommy

Alhamdulillah Inilah kesemua mentor-mentor bisnes yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada Farah. Farah akui ada masa Farah down, sedih dengan diri sendiri. haih kenapalah aku tak sekuat dan segigih mentor-mentor aku. tapi Farah tetap bertahan sehingga hari ni apabila Farah mula menghitung kesyukuran yang dah Allah bagi pada Farah asbab dari bisnes Shaklee. boleh baca kat sini saya-yang-dulu-bukan-yang-sekarang.
Dan mereka semua adalah merupakan susur galur Shaklee Farah, boleh baca disini juga apa-yang-best-join-teamjutawan.
   
.

Dikesempatan ini Farah nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua mentor-mentor, guru-guru Farah dan tak lupa kepada downline-downline Farah juga kerana kalian Farah terus disini. kerana kalian antara orang-orang yang Allah temukan untuk mendidik hati menjadi lebih kuat dan sabar. Banyak pengalaman yang telah menjadikan Farah insha Allah insan yang sedang berusaha menjadi lebih baik dari semalam. Ada yang manis dan ada yang pahit itulah lumrah yang terselit hikmah disebalik semuanya.

tq semua sudi baca sampai habis.

with ❤
Farah
Mentee kepada mentor-mentor.🤗







Comments

Popular posts from this blog

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia