Success Story Jom Detox Jutawan- 5 Testimoni Detox Jutawan



Assalammualaikum semua.

Entry hari ni Farah nak share dengan korang 5 success story peserta-peserta detox Shaklee dibawah Program Jom Detox Jutawan, sebenarnya banyak gila success story peserta-peserta program detox ni, tapi kita pilih 5 dulu, takut bengkak jari jemari hakak nak menaip panjang-panjang ni. haha.

.

Okay mungkin ada yang dah tahu apa beza Program Jom Detox Jutawan dengan program detoks diluar sana, mungkin ada yang masih tak jelas tentang program ini, tak pe korang boleh klik link ni 
kelebihan program jom detox jutawan untuk info lebih lanjut okay?

.

ok cerita dibawah ni Farah tulis semula pengalaman peserta-peserta Program Jom Detox Jutawan, ok lets start!

...............................................................................................................................................

#1 PULIH DARIPADA PENYAKIT ANXIETY AKIBAT DETOX! - EN.NAIM

Sedikit background saya, nama saya Naim. sebelum ada anak berat saya mencecah 70kg+. saya juga pernah buat Diet Metabolism Miracle selama 8 minggu.

Pada tahun 2015 saya pernah join detox Shaklee (masa dulu tiada program macam sekarang) so saya tidak ingat berapa kg lost masa tu tapi terasa siksanya.

sebelum join jom detox, setiap malam saya tidur selepas jam 12am, kadang-kadang jam 2am, bangun pagi mesti rasa letih dan sakit kepala, panadol jadi breakfast, kadang-kadang petang pon saya ambil panadol.

very stressfull life and anxiety, makan tak tentu, air tak cukup, anxiety sangat teruk sampai ada panic attack episodes. saya minum 2-3 cawan kopi setiap hari, bila stress lebih banyak makan junk food.

so sebelum join detox pun saya dah cuba kurangkan kopi atas nasihat Psychologist. during pre detox, saya follow nasihat coach, minum kopi sikit tapi nasi lemak tak tinggal.

stress tu masih ada, tidur masih lewat, last day pre detox saya ganti kopi dengan teh hijau.

Masa pre detox saya ambil acupunture treatment dan reflexology. so masa detox berjalan, memang ikut semua healthy habit dan menu sampai day 6 sahaja.

sepanjang detox week saya memang tidak bersenam sebab sibuk, tapi banyak pergerakkan 10k steps day 3, buat kerja rumah intensive day 5, swimming day 6.

during detox hanya day 1 ada chronic headache, after detox saya dah tidur seawal jam 11pm, bangun pon awal prepare meal.

sakit kepala memang tiada, kopi tu optional, tak rasa wajib pun, lagi best tengahari tak perlu tidur dah, dulu setiap hari mesti tidur tengahari kalau tidak cranky. hehe

so now less stress, hidup aman damai, less anxious. sekarang ni saya masih terus swimming dan acupunture. lepas ni nak cuba Cognitive Behaviour Therapy (CBT) pula untuk stress management.

nak turun berat lagi, target 70kg maybe dalam 3,4 bulan, saya akan teruskan eat clean. sekarang dah 79 kg seleas buang 6kg dengan Jom Detox. staff tegur dah kecil especially muka, bangganlah kejap. hehe

oh ya, hampir lupa nak mention, dulu saya ada chronic gastritis sampai tak boleh puasa, but now dah ok boleh je IF.

.
En Naim sebelum dan selepas detox.


#2 BERAT TURUN 10KG DALAM MASA 13 HARI, WAJAH BERUBAH TAMPAK LEBIH MUDA SELEPAS DETOX!- PUAN ELLY MATIN.


Puan Elly after detox, nampak awet muda kan?

2016 saya pernah join detox under Shaklee, tapi masa tu tiada support group macam sekarang, dan tiada coach yang boleh guide saya, berat paling maximum boleh kurang masa tu cuma 3kg. tidak macam sekarang, rekod terbaru 10kg dalam masa 13 hari!

Alhamdulillah, november 2018, founder jom detox jutawan telah menjemput saya untuk buat detox bersama-sama. ini adalah gambar sebelum saya detox november 2018 dengan berat 84.5kg.

Mungkin kalau sampai sekarang saya bagi alasan tidak mahu join detox sebab tidak mampu makan sayur, tidak mampu makan macam orang detox, tak boleh tak makan benda manis, tiada duit beli pakej detox, atau tiada tiada masa detox! mungkin saya akan lebih gemuk dari gambar ini.


Puan Elly sebelum detox


Syukurlah saya mampu melawan semua alasan diatas! sebab saya tahu, 80% kesihatan kita tergugat dengan kegemukkan.

Gemuk atau kurus 1 pilihan, tiada alasan "saya gemuk sebab saya bahagia". sebab perit tau tanggung kesakitan waktu gemuk! especially yang mau pregnant, saya pernah rasa berat 104kg. seksanya tu hanya saya saja yang tahu, tapi masa tu still cakap "gemuk sebab bahagia" walhal ku terseksa.

-baju susah cari
-kasut dan selipar susah cari
-takut nak duduk dikedai makan sebab takut kerusi patah
-badan berbau
-lipatan badan jadi hitam

Kegemukkan adalah satu mimpi ngeri bagi saya, saya tidak mahu merasa kegemukkan itu untuk kali kedua walaupon saya mengandung.

Sebelum ni bila ada orang bercakap tentang detox, saya pun jarang ambil kisah sebab saya rasa dah cukup sihat, selagi belum berada di katil hospital, apa nak kisah? so marilah ambil tahu apa itu detox. 


perubahan ketara Puan Elly selepas detox, tiada yang mustahil!



#3 BERAT NAIK MENDADAK, PERTAMA KALI DETOX TURUN 5KG!- PUAN FARAH AINI


Saya Norfarah Aini, umur 30 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, pertama kalinya saya mula jatuh cinta dengan set menyusu Shaklee masa anak saya berumur 3 bulan Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak saya selama 2 tahun 7 bulan.

turun 5 kg untuk kali pertama detox.


Bagaimana saya boleh terjebak dengan jom detox? 

Selepas saya berpindah ke semenanjung, berat saya semakin naik mendadak sehingga mencecah 63kg. Kehidupan sebagai seorang guru bila mana setiap pagi akan pergi ke kantin dan makan nasi dengan pelbagai jenis lauk pauk, air manis juga tidak ketinggalan setiap hari. Then bila nak diet tak jadi on off diet tapi berat tak turun, baju kurung semua dah tak muat.

Suatu hari terbaca post di fb master Laila nak buat detox, saya terus rasa nak join tanpa fikir banyak kali, dan ia sangat berbaloi, saya berjaya turun 5kg untuk pertama kali detox iaitu pada bulan 12 tahun 2018.

Program ini memang sangat-samgat berbaloi kerana banyak proven result dari program ini, tak rugi join dan korang yang join jom detox mesti akan ada kesedaran untuk kurus dan sihat.

Suami saya juga turut serta dalam program jom detox ni, dan sekarang saya masih teruskan detox lagi.

Suami puan Farah Aini


#4 STRESS, BERAT BERTAMBAH, SELULIT MAKIN TERUK, PEHA BERLAGA, FINALLY JOM DETOX PENYELESAIANNYA- EKIN
❤❤❤❤


Saya Nurul Ashikin, berumur 29 tahun, telah berkahwin. Dulu saya sangat sibuk dengan kerja, adakalanya makan entah kemana, rehat entah kemana dan pernah rasa stress kerana terlampau banyak sangat kerja, pergi kerja duk menangis bawah meja, kunci pintu bilik dan tutup lampu.

Saya bekerja sebagai human resource foreign worker di Jakel cawangan Shah Alam. banyak berurusan dengan imegresen je kerjanya, handle beratus visa pekerja warga asing hanya saya sorang tanpa pembantu.

8 bulan berlalu, saya mula perasan yang diri saya dah tak terurus, eye bag makin teruk, wajah tak bermaya, kulit makin kusam dan kalau tak make up nampak macam orang sakit. pernah staff tegur "kenapa Ekin macam orang sakit sangat ni?" saya makin bertambah tertekan.

Ekin memang tak pernah makan apa-apa suplemen sebelum ni, bagi Ekin rasa tak memerlukan suplemen pun dalam life Ekin, sungguh kedekut duit nak beli suplemen, kalau benda lain ya boleh.

Time makan paling tak terjaga, siang tak makan sangat, tengah malam lah baru terasa nak makan. berat badan makin naik mendadak pulak tu, berdiri lama rasa cepat penat, padahal bukan tahap obesiti, tapak kaki dan tumit ni memang sakit kalau berdiri lama. kena pulak badan ni naik lagi sebulan lagi nak kahwin, fuhh redha jelah time tu.

Lepas kahwin Ekin rasa nak turunkan berat badan, tapi nafsu makan tu sungguh tak boleh nak control. 

Pengakuan berani mati ni. hehehe, Ekin memang penggemar nasi, kalau nasi tu tak membukit satu pinggan memang tak sah, kena pulak lauk sedap, memang bantai 3 pinggan oi.

Bulan feb 2019, saat ni berat dah cecah 66kg, bukan setakat berat je bertambah, dia bagi spare tayar 3 kau, tak cukup dengan tu selulit nampak ketara gila tang peha, celah peha dan belakang peha. stress bertambah lagi lah nampaknya.

Ni part Ekin tak boleh terima, peha berubah menjadi peha ayam turki, asyik berlaga je setiap hari menyebabkan seluar cepat rosak, bila suami perasan tang ni, aduhailah, nak malu ke nak gelak ke nak nangis ke nak emo ke or cam mana?

Ekin ni jenis cepat sentap, dah kena tegur tang tu, rasa dah nekad ni nak cari jalan penyelesaian, tapi masih tak tahu lagi nak buat cam mana masa tu.

Dipendekkan cerita bulan Mac 2019 Ekin nak jumpa Master Ira, masa tu untuk bincang pasal bisnes Shaklee, time coaching Master Ira banyak story pasal detox, rasa macam seronok je detox ni, tanpa fikir banyak Ekin terus join program detox ni.

2x Ekin detox berjaya lost 5.5kg dan loss inc 30", gila oii banyak tu bukan senang Ekin nak turunkan berat, tak de lagi program lain yang boleh loss inc sebanyak ni dalam masa sebulan je, hanya dengan Program Jom Detox je boleh.

Ekin selepas join detox


#5 KOLESTROL TINGGI, VERTIGO, DAN MIGRAIN, WALAUPON EAT CLEAN TETAP GAGAL TURUNKAN BACAAN KOLESTROL. DETOX MERUBAH SEGALANYA - DEKYA




Sebelum saya mula berceloteh, jom kita tengok dulu video ni.


Saya Norazila @ Dekya, berusia 40 tahun, 4 orang anak dan menetap di Johor.

Dekya sebelum detox

Kolestrol tinggi memang inherited dari parents, jadi walaupon saya jaga pemakanan "eat clean" sebelum ini, saya tak berjaya turunkan bacaan kolestrol saya, ditambah pulak masa tu saya kena Vertigo dan Migraine.

Saya mula detect kolestrol tinggi pada tahun 2014 masa buat check up di hospital. Dr. Tay (Cardiologist) naik angin sebab bacaan kolestrol LDL saya 14, dia pelik sebab umur muda lagi tapi kolestrol tinggi.

Bila cek history yes arwah ayah meninggal sebab jantung, ada low blood pressure history. Genetically saya ikut arwah ayah. Dr. Tay terus minta saya makan ubat kolestrol for 3 month. After 3 month, another check up LDL turun kepada 9+, saya stop makan ubat.

Tahun 2015, saya bersalin anak ke-4, after another round of check up, kolestrol saya naik semula kepada 11. saya argue dengan doktor tak nak makan ubat. Dr cabar saya kawal pemakanan, exercise regularly, avoid seafood. Fuh sangat susah nak ikut.

Saya spent thousands untuk beli buah dan sayuran. Suplemen? sorry ya tak mahu makan. tak suka makan suplemen. Exercise? Langsung tak buat, alasan = tak de masa

dalam seminggu saya makan ponstan 2-3x sebab migrain, selalu sangat penat da letih. once ada simpton ni saya akan kena vertigo, end up makan Betaserc atas arahan doktor.

Salah satu sebab mengapa saya teruskan detox dan berjaya menurunkan bacaan kolestrol sebab dalam Program Detox itu sendiri diberi penekanan mengenai:

1) Kurangkan pengambilan gula dalam diet harian
2) Amalkan gaya hidup sihat
3) Tips dan panduan dari coach tentang meal plan
4) Pemakanan high fat yang sesuai untuk peserta yang mempunya kolestrol tinggi

Penekanan harus diberikan kepada bagaimana untuk merendahkan LDL (bad) dan dalam masa yang sama meningkatkan paras HDL (good)



Gambar diatas adalah result blood test selepas Jom Detox, ini selepas 2x detox. Alhamdulillah selepas saya join Jom Detox pada Januari 2019 saya dah tak migrain dan vertigo, saya stop makan ponstant dan Betaserc.

....................................................................................

Alhamdulillah itu dia 5 success story peserta Jom Detox, sebenarnya ramai lagi, coach dah siap compilekan dalam video-video dibawah, so Farah share juga video-video success story peserta-peserta yang lain. enjoy ur watching guys!





Macam mana? berbaloikan bila join Program Jom Detoks Jutawan, selain dapat kesan yang luar biasa seperti berat badan yang ideal, inc loss, tahap kesihatan juga semakin baik, kulit semakin berseri kita juga akan diberi ilmu yang sangat mahal daripada coach yang bertauliah. coach akan pantau setiap peserta. so peserta yang betul-betul follow nasihat coach PASTI akan gembira dengan result selepas detox.

Jom terus daftar sekarang. Klik link ni Saya Nak Join Program Jom Detox Jutawan


*semua success story diatas adalah pengalaman sebenar yang diceritakan oleh peserta-peserta Program Jom Detox Jutawan.






Comments

  1. Wow kemas la testimoni farah. Best baca 👍

    ReplyDelete
  2. Haah mudah baca, lepas tu my fav kalerrr kak farahhh.

    ReplyDelete
  3. Byk betul manfaat detox rupanya. Seronoknya nak join Detox Jutawan. TQ sharing yg sgt bermanfaat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

BIG WHY Saya Buat Bisnes Shaklee

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)