Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus?
Bismillahirrahmannirrahim. Kajian ada menunjukkan, Malaysia merupakan negara orang gemuk dimana Malaysia menduduki carta pertama diantara Asean sebagai negara orang gemuk, dan tempat ke-enam di rantau asia pasifik. Betapa amat membimbangkan apabila obesiti ramai dikalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah kegemukkan, antaranya: 1) Keturunan Kebiasaannya orang gemuk berpunca daripada genetik keluarga yang mempunyai rangka yang besar. Tapi tak mustahil kalau ada tekad dan keazaman yang tinggi untuk kurus anda mungkin boleh menjadi contoh dalam keluarga supaya sentiasa bersemangat untuk kurus. 2) Gaya hidup yang tidak sihat. Kurang beraktiviti seperti bersukan, kuat tidur lagi-lagi selepas makan, merokok, stress juga boleh menyumbang kepada kegemukkan dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang teknologi yang serba canggih nak makan pon orang hantar ke rumah. berbeza pada zaman duhulu atuk nene...